Cara Tebus eTunai Rakyat 2020 (eDompet TnG, Boost, GrabPay)


Khazanah Nasional Bhd pada 20 Disember 2019 telah mengumumkan bahawa penyedia perkhidmatan e-dompet atau e-wallet utama negara – Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay – telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam inisiatif e-Tunai Rakyat bernilai RM450 juta Kerajaan Persekutuan. Persoalannya, siapakah yang layak dan bagaimana cara tebus eTunai Rakyat yang diberikan secara percuma ini?

Tiga penyedia perkhidmatan e-wallet adalah antara yang terbesar di Malaysia, dan secara kolektif menyediakan platform siap untuk program ini, yang dijadualkan akan dilancarkan pada 15 Januari 2020.

Kelayakan eTunai Rakyat

Siapa layak dapat e-wallet percuma?

Untuk makluman semua, e-wallet memang percuma. Boleh download sahaja.

Cuma, rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan yang mendapat kurang dari RM100,000 setiap tahun akan layak menerima RM30 setiap satu melalui mana-mana 3 penyedia e-dompet yang mengambil bahagian.

Sekadar ringkasan, eTunai Rakyat adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dengan kad pengenalan (IC) yang sah.
  • 18 tahun ke atas pada tahun 2020.
  • Mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000.
  • Kelayakan disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

 

Pilih satu eWallet sahaja

Walaupun ada 3 penyedia utama eWallet iaitu:

  • Touch ‘n Go eWallet
  • Boost
  • GrabPay

anda hanya boleh pilih satu sahaja untuk claim eTunai Rakyat.

Maksudnya, jika anda pilih Boost, kredit RM30 itu hanya akan dimasukkan ke dalam akaun Boost Premium anda.

 

Berapa banyak kredit boleh dapat?

Seperti yang dimaklumkan di atas, pengguna boleh menggunakan e-kredit RM30 untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang tersedia melalui e-wallet pilihan mereka untuk tempoh program, yang berlangsung dari 15 Januari hingga 14 Mac 2020.

Penyedia perkhidmatan e-wallet yang mengambil bahagian dipilih berdasarkan bilangan besar pengguna aktif mereka dan rangkaian merchant yang luas, kepakaran teknikal serta kekuatan kewangan dan tenaga kerja untuk membina sistem, proses dan prosedur yang diperlukan.

Khazanah telah dilantik oleh Kementerian Kewangan untuk memudahkan dan menyelaras pelaksanaan dan pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat dalam jangka masa yang ditetapkan.

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MoF), inisiatif e-Tunai Rakyat ini bertujuan untuk mempercepat penggunaan dan penggunaan e-wallet dan pembayaran digital di kalangan pengguna dan peniaga Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit.

Penyedia perkhidmatan e-wallet yang diharapkan agar dapat memberikan lebih banyak maklumat tentang bagaimana rakyat Malaysia boleh menuntut dan menggunakan e-kredit RM30.

 

Cara tebus eTunai Rakyat 2020

Perlu diingatkan, yang boleh claim eTunai Rakyat ini bukan hanya pengguna baru. Pengguna lama atau pengguna sedia ada juga boleh claim.

Dapat insentif RM30 melalui Touch ‘n Go eWallet, Grabpay dan Boost bermula 15 Januari 2020.

Cara tebus eTunai Rakyat (Touch n Go)

  • Download Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu
  • Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  • Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  • Sahkan atau verify akaun Touch ‘n Go eWallet 
  • Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020

Di atas ini ialah penerangan yang ringkas. Jemput baca cara daftar TnG ewallet, yang lebih terperinci.

Maklumat lebih lanjut ada di sini: https://www.tngdigital.com.my/etunairakyat

 

Cara tebus eTunai Rakyat (Boost)

  • Download app Boost terlebih dahulu
  • Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  • Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  • Upgrade kepada Boost Premium
  • Sahkan atau verify akaun Boost
  • Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama
  • Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan
  • Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020

Menurut tulisan Boost di Facebook lagi, dengan lebih dari 125,000 peniaga seluruh negara, Boost amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Boost adalah e-Dompet rasmi Program e-Tunai Rakyat.

Sejak pelancarannya pada tahun 2017, Boost juga amat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada kami untuk memperkasakan 15 juta rakyat Malaysia dengan kemudahan untuk melibatkan diri di dalam pembangunan digital ekonomi negara.

Dan semestinya, Boost ingin memberi penghargaan kepada semua yang telah membantu kami dengan pencapaian ini, terutamanya kepada Boosties yang setia dan terus menyokong mereka. Semua ini tak mungkin dapat kami lakukan tanpa Boosties.

Pelbagai pilihan di hujung jari bakal menanti anda pada tahun 2020 di mana kami akan terus melonjakkan Malaysia maju ke hadapan.

 

Cara claim eTunai Rakyat (Grabpay)

  • Download app Grab terlebih dahulu
  • Grabpay memang ada didalam app Grab
  • Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  • Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  • Aktifkan Grabpay
  • Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  • Ambil gambar kad pengenalan
  • Tekan hantar
  • Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul

Rujuk gambar bergerak-gerak dibawah untuk memahami dengan lebih lanjut.

 

Bayaran BSH (Bantuan Sara Hidup) guna eTunai Rakyat?

Ada spekulasi yang mengatakan, eTunai Rakyat akan menjadi cara pembayaran BSH, dan tidak lagi menggunakan bank-bank lain seperti BSN.

Namun, belum ada kepastian lagi tentang perkara ini.

Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

 

Akhir kata

Untuk maklumat lanjut tentang penyedia ewallet ini, lawati laman web mereka seperti di bawah:

  • Touch ‘n Go eWallet (www.tngdigital.com.my)
  • Boost (www.myboost.com.my)
  • GrabPay (www.grab.com/my/pay/)

1 thought on “Cara Tebus eTunai Rakyat 2020 (eDompet TnG, Boost, GrabPay)”

Leave a Comment