Cara Buka Akaun CDS (Daftar & Register Online di Bursa Malaysia)


Bagi yang mahu mencuba-cuba bermain saham, sila baca cara buka akaun CDS online di Bursa Malaysia seperti di bawah.

Cara buka akaun CDS online

  1. Untuk mendaftar akaun Central Depository System (CDS) secara online, anda perlulah mendapatkan borang pendaftaran online di laman web rasmi Bursa Malaysia di sini: https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/central_depository_system/cds_forms 
  2. Download borang pendaftaran untuk anda isikan.
  3. Buka file borang tersebut. Kemudian, paparan borang akan tertera. Berlainan dengan paparan borang yang biasanya perlu anda print dahulu sebelum anda mengisinya, Bursa Malaysia meminta anda untuk mengisikan borang ini secara terus daripada peranti anda sama ada melalui telefon pintar anda ataupun melalui komputer atau laptop anda.
  4. Pada paparan borang tersebut, beberapa ruangan perlu anda isikan. Ruangan yang perlu anda isikan hanyalah ruangan kotak yang berwarna biru sahaja, sebagaimana hanya kotak biru sahaja yang anda boleh klik untuk isikan. Diingatkan bahawa hanya HURUF BESAR SAHAJA boleh digunakan.
  5. Pada ruangan OLD NRIC / PASSPORT / AUTHORITY CARD / REG NO:, masukkan nombor pasport anda, nombor kad kuasa atau nombor kad pengenalan lama anda (sekiranya ada).
  6. Pada ruangan NEW NRIC NO.:, masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda.
  7. Seterusnya, untuk buka akaun CDS, pada ruangan NAME OF APPLICANT (AS PER NRIC/PASSPORT/ AUTHORITY CARD/ REGISTRATION DOCUMENT):, masukkan nama penuh anda seperti yang tertera pada MyKad/pasport, kad kuasa atau dokumen pendaftaran anda.
  8. Pada ruangan REGISTERED ADDRESS OF APPLICANT (AS PER NRIC / PASSPORT / AUTHORITY CARD / REGISTRATION DOCUMENT)(SEE NOTE 5):, masukkan alamat penuh anda seperti yang tertera pada MyKad/pasport, kad kuasa atau dokumen pendaftaran anda. Untuk tentera atau polis, gunakan alamat penuh markas penempatan anda. Bagi pemohon warga asing, gunakan alamat seperti yang tertera pada pasport anda (jika ada).
  9. Pada ruangan POST CODE, masukkan poskod alamat anda.
  10. Pada ruangan TOWN, masukkan bandar untuk alamat anda.
  11. Pada ruangan STATE, masukkan negeri untuk alamat anda.
  12. Pada ruangan COUNTRY, masukkan negara untuk alamat anda.
  13. Pada ruangan TELEPHONE NO.:, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  14. Pada ruangan CROSS (X) WHERE APPLICABLE (SEE NOTE 13), tick sama ada MALAYSIAN untuk anda yang warganegara Malaysia, atau FOREIGNER bagi anda warganegara asing. Scroll ke bawah dan rujuk kenyataan nombor 13 untuk mengenal pasti sama ada anda diiktiraf sebagai warganegara asing atau tidak.
  15. Pada ruangan NATIONALITY / PLACE OF INCORPORATION:, masukkan nama kewarganegaraan anda.
  16. Pada ruangan RACE / OWNERSHIP, masukkan bangsa anda untuk teruskan proses buka akaun CDS
  17. Ruangan-ruangan yang lain akan diisi kemudian.
  18. Terdapat keseluruhan tiga borang yang mempunyai ruangan dengan maklumat yang sama. Isi kesemuanya dengan mengulangi proses-proses di atas iaitu cara buka akaun CDS.
  19. Cetak borang-borang ini.
  20. Kemudian, isi secara bertulis ruangan-ruangan yang selebihnya, dan tinggalkan ruangan FOR OFFICE USE ONLY dan ruangan sebelah kanan borang, iaitu To be completed by ADA / ADM / Bursa Depository (where applicable).
  21. Kemudian, turunkan tandatangan anda pada ketiga-tiga borang tersebut di ruangan SIGNATURE OF APPLICANT / AUTHORISED SIGNATORY(ES).
  22. Masukkan tarikh anda mengisi permohonan ini pada ruangan DATE.
  23. Untuk menyempurnakan proses ini, sertakan dengan dua salinan kad pengenalan MyKad/Pasport/Kad Kuasa Polis atau ATM. Sertakan juga dokumen Kuasa Wakil (Power Of Attorney) sebanyak dua salinan sekiranya ada. Ini adalah untuk permohonan secara individu. Scroll semula pada borang tersebut sehingga ke bawah dan rujuk pada jadual yang tertera untuk mengetahui dokumen tambahan yang perlu disertakan bagi pemohon dalam kalangan syarikat, koperasi atau pertubuhan yang berdaftar dengan undang-undang yang berkenaan.
  24. Bagi anda pemohon individu, bawa kesemua dokumen ini, dan hadir sendiri ke syarikat broker saham yang anda ingin buka akaun CDS anda. Hantar kesemua borang serta dokumen tambahan yang diperlukan dan ikuti prosedur-prosedur seterusnya untuk melengkapkan proses permohonan pendaftaran akaun CDS anda.

 

Akhir kata

Bagi yang tidak biasa dengan akaun CDS, kami sarankan anda buka akaun ASB sahaja. Lebih mudah dan selamat kerana risikonya rendah.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment