Cara Beli Channel NJOI


Bila berkumpul ramai-ramai di kampung, tentu bosan kalau tak ada aktiviti. Yang paling terkesan ialah kanak-kanak. Kalau boleh, kita tak mahulah mereka asyik mengadap telefon 24 jam sahaja.

Jadi, kalau mahu channel Astro NJOI yang menarik untuk ditonton bersama, boleh cuba ikuti cara beli channel NJOI ini. Kalau nak baca yang dalam Bahasa Inggeris, boleh rujuk “how to buy NJOI channel“. Izinkan kami berkongsi.

Cara beli channel NJOI

Anda boleh tambah channel sendiri dan anda boleh pilih saluran yang anda mahu dan gemari dengan cukup mudah.

Berikut ialah cara beli channel NJOI:

  1. Beli Prepaid NJOI/Top-up NJOI di outlet yang terpilih iaitu:
    1. e-Pay kiosk di Petrona,s Senheng, Mydin, KK
    2. Supermarket di 7-Eleven, 99 Speedmart, Tesco, Giant, AEON Big dan Cosway
    3. Perbankan Internet yang terpilih seperti CIMB Clicks, i-Rakyat, RHBNow, Maybank, Public Bank
  2. Terdapat tiga jenis kad prabayar NJOI disediakan iaitu RM10, RM20 dan RM30.
  3. Selepas beli, goreskan dan dapatkan kod pin 16 digit.
  4. Sekiranya anda membeli prabayar menggunakan online banking, anda perlu memasukkan nombor telefon supaya pihak mereka akan memasukkan kod pin 16 digit, kemudian anda boeh teruskan ke langkah yang seterusnya.
  5. SMS 111 <jarak> nombor kad pengenalan anda <jarak> kod pin 16 digit, ke 33310.
  6. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu akaun Astro NJOI, masukkan nombor smartcard untuk akaun yang anda ingin langgan, menggantikan nombor kad pengenalan anda untuk SMS tersebut.
  7. Tunggu respon SMS daripada nombor ini. Anda akan mendapat jawapan memaklumkan tentang baucer anda berjaya diaktifkan dan baki semasa baucer anda.
  8. Pergi ke channel Pilih Purchase.
  9. Pilih menu yang anda inginkan, sama ada ingin tonton by Channels atau by Package.
  10. Setelah pilih, ikut arahan seterusnya yang terpapar di skrin. Akan ada arahan untuk memasukkan kod tertentu ke nombor yang tertentu, iaitu 33888. Ikut arahan dan tunggu respon secara SMS.
  11. Anda akan mendapat saluran (channel) NJOI yang anda inginkan.

Macam mana nak langgan NJOI?

Bagi yang sudah tutup Astro, ataupun baru pertama kali mahu melanggan channel NJOI, boleh ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Anda juga boleh hubungi pusat pelanggan Astro atau pengedar sah di seluruh negara, juga secara dalam talian, melalui link ini https://www.astro.com.my/contactus/locatebranches
  2. Isi borang yang boleh didapati semasa ingin melanggan, dan mana-mana wakil jualan Astro akan menghubungi anda dalam masa lima hari bekerja
  3. Proses ini adalah ntuk mengesahkan segala maklumat yang diiisi dalam borang langganan tersebut.
  4. Anda akan dapat menikmati perkhidmatan Astro NJOI setelah pihak jualan datang ke rumah anda untuk memasang servis ini.
  5. Tetapkan temujanji dengan wakil pemasang untuk servis memasang Astro NJOI anda
  6. Pada hari pemasangan yang ditetapkan dengan pihak pemasang, anda akan menerima panggilan daripada pemasang untuk mengesahkan jadual temujanji. SMS peringatan akan dihantar sehari sebelum tarikh pemasangan untuk memudahkan anda.
  7. Pada hari pemasangan, pemasang daripada pihak Astro NJOI akan:
  8. Memasang Piring Satelit NJOI dan Dekoder
  9. Membantu anda dalam menggunakan peralatan baru seperti dekoder , alat kawalan jauh dan lain-lain
  10. Memberikan maklumat tentang produk/perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Astro
  11. Mengaktifkan akaun NJOI anda
  12. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam masa lima hari bekerja, anda perlu hubungi pihak Astro di talian 03-95438100
  13. Anda juga boleh emelkan aduan anda ke [email protected].
  14. Sertakan maklumat penuh peribadi anda seperti nama penuh dan nombor telefon di dalam emel tersebut.
  15. Sekiranya anda ingin mengubah suai maklumat di dalam borang permohonan anda ATAU anda ingin membatalkan serta-merta permohonan anda, anda boleh melakukannya apabila pihak perkhidmatan NJOI menghubungi anda dalam tempoh lima hari bekerja

Berapa harga pakej NJOI?

Terdapat dua jenis pakej harga yang disediakan untuk pemasangan Astro NJOI:

  • RM450 beserta dengan dekoder baru (termasuk GST)
  • RM385, tetapi dekoder hanya diperbaharui (termasuk GST)

Dua pakej harga ini adalah termasuk dengan GST beserta dengan yuran pemasangan sebanyak RM100.

Apa beza Astro dan NJOI?

Perbezaan paling ketara ialah tiada komitmen bulanan. Kalau Astro, kena bayar bulan-bulan. Kalau NJOI, tak perlu. Hanya beli bila perlu.

Senang cerita, berbeza dengan servis Astro yang mengenakan caj langganan secara bulanan, NJOI lebih jimat dan berbaloi. Servis ini berterusan selama mana pelanggan menggunakan NJOI.

Akhir kata

Sudah, jangan bosan-bosan lagi. Dengan perkongsian cara beli channel NJOI ini, kami harap masa anda lebih terisi dengan perkara-perkara yang baik.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment