Cara Bank In Duit Online (Kaedah Yang Mudah Dan Ringkas)


Ledakan teknologi benar-benar mengubah landskap kehidupan seharian masyarakat. Sehingga urusan perbankan juga boleh dilakukan secara online, hanya di hujung jari sahaja. Dengan kecenderungan masyarakat hari ini membeli-belah secara dalam talian menerusi pelbagai platform, boleh dikatakan urusan bank in duit secara online merupakan pilihan ramai. Tunai hanya digunakan untuk situasi tertentu sahaja. Selebihnya digunakan secara online. jadi pada hari ini kami akan membahas tentang cara bank in duit online khas buat panduan anda.

Cara bank in duit online

Jadi, bagaimana mahu bank in duit secara online? Ada banyak kaedah.

Begitu juga dengan akaun-akaun bank lain. Majoriti bank hari ini mempunyai perkhidmatan online. Ledakan teknologi sememangnya mengubah landskap sektor perbankan.

Bagaimana mahu mendaftar akaun online ini? Boleh hubungi bank-bank yang digunakan anda atau minta bantuan di cawangan perbankan berdekatan.

Jika sudah ada akaun online, bagaimana mahu bank in duit? Begini caranya.

  1. Log in akaun masing-masing. Dan anda akan mendapati segala maklumat akaun anda. Baki akaun, sejarah akaun (urusan perbankan pengeluaran, pembayaran atau pemindahan wang). Ini sudah tentu memudahkan urusan anda.
  2. Baiklah, di sini mempunyai dua cara untuk bank in duit. Sama ada anda mahu Membayar atau Memindahkan Duit.
  3. Jika ingin membayar, anda ketik pada pilihan Pay (bayar). Kebiasannya pilihan ini adalah untuk membayar bil utiliti seperti elektrik, air, astro, bil telefon bimbit dan sebagainya.
  4. Masukkan nombor akaun untuk pembayaran dan ikut langkah seterusnya. Secara automatik anda telah bank in duit ke dalam akaun anda untuk pembayaran bil yang dikehendaki.
  5. Untuk memindahkan wang atau bank in duit kepada pihak/individu lain. Kaedahnya hampir sama.
  6. Selepas Log in, anda pilih ‘Transfer‘ (pindah). Anda kemudian akan diminta menyatakan bank yang ingin dipilih. Tiada batasan untuk anda memindahkan ke mana-mana bank.
  7. Misalnya anda menggunakan Maybank2U dan ingin bank in duit ke pemilik akaun bank lain, tiada masalah. Anda hanya perlu memilih jenis bank, contohnya CIMB, Public Bank, Bank Islam dan sebagainya. Kemudian masukkan nombor akaun penerima serta namanya.
  8. Anda boleh memilih untuk ‘Instant Transfer‘ iaitu pemindahan segera atau pemindahan biasa. Bezanya ialah untuk instant tranfer, duit yang dimasukkan akan terus berpindah, manakala pemindahan biasa mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari bekerja (sekiranya melibatkan akaun daripada dua bank berbeza).
  9. Kebiasaannya Instant Transfer mengenakan caj tertentu tetapi tidak terlalu mahal seperti RM1 atau kurang. Namun kebelakangan ini kebanyakkan bank telah memberikan caj percuma untuk perkhidmatan Instant Transfer.
  10. Selepas itu masukkan jumlah duit yang anda ingin bank in. Contohnya RM100. Dan klik Okay. Kebiasaannya anda akan diminta untuk ‘Request‘ TAC (Transaction Authorisation Code) untuk tujuan keselamatan ketika membuat transaksi dan melindungu akaun bank anda daripada diakses pihak lain.
  11. Nombor TAC akan dihantar melalui mesej ke telefon bimbit anda, masukkan dan kemudian proses bank in duit anda telah selesai.

Oh, sebelum terlupa, kaedah perbankan online ini boleh digunakan sama ada menggunakan komputer ataupun telefon bimbit dengan majoriti bank telah mempunyai aplikasi perbankan internet dalam telefon bimbit. Anda hanya perlu memuat turun sahaja mengikut jenis bank yang anda gunakan.

Sebagai tambahan kepada cara bank in duit, kini terdapat satu aplikasi yang lebih mudah untuk para pengguna. Jika sebelum ini anda perlu mengingati atau menyimpan nombor akaun bank pihak/individu lain untuk urusan bank in duit, kini dengan aplikasi DuitNow, anda hanya perlu ingat nombor telefon sahaja.

Hebat bukan?

Aplikasi ini yang menggunakan telefon bimbit turut disokong 14 institusi perbankan di negara ini, bermaksud majoriti bank menawarkan perkhidmatan ini.

Bagaimana mahu mengaktifkan DuitNow? Muat turun aplikasi DuitNow ke dalam telefon bimbit anda. Kemudian daftar menggunakannya. Yang penting ialah nombor telefon bimbit yang anda gunakan didaftarkan sekali dengan akaun perbankan yang anda gunakan.

Dengan cara itu, barulah bank in duit menggunakan DuitNow boleh dilakukan.

 

Akhir kata

Jadi, dengan ledakan teknologi hari ini, proses untuk bank in duit yang dulunya agak ‘leceh’ kerana perlu ke kaunter bank dan sebagainya telah menjadi lebih mudah.

Semuanya di hujung jari anda!

2 thoughts on “Cara Bank In Duit Online (Kaedah Yang Mudah Dan Ringkas)”

Leave a Comment