Cara Aktifkan SIM YES (Activate SIM YES Prepaid / Prabayar)


Bagi anda yang baru sahaja mendapat kad SIM YES, anda perlu activate dahulu sebelum guna. Jadi, izinkan kami kongsikan cara aktifkan SIM YES dengan langkah-langkah yang mudah.

1. Cara aktifkan SIM YES

Berikut ialah panduan untuk mengaktifkan SIM YES prepaid:

  1. Layari laman web rasmi YES di sini: https://activate.yes.my/selfactivation
    • Untuk makluman, https://activate.yes.my/selfactivation tidak lagi aktif
    • Sila gunakan link yang kami berikan tadi
  2. Akan ada dua pilihan di sini:
    • Aktifkan kad SIM yang saya telah memohon secara atas talian
    • Aktifkan kad SIM yang telah saya terima secara fizikal
  3. Pilih salah satu seperti yang dinyatakan di atas
  4. Masukkan Order Number / Nombor Pemesanan anda
  5. Masukkan Nombor Mudah Alih Yes anda
  6. Tekan butang Activate / Aktifkan
  7. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai

 

2. Kenapa SIM YES No Service?

Apabila terpapar No Service, ini bermakna tidak ada line. Anda hanya boleh buat panggilan emergency call sahaja. Contohnya, hanya boleh buat panggilan ke 999 atau 994.

Kenapa ini berlaku?

Ada beberapa kemungkinan ini berlaku:

  • Anda tidak layak menggunakan SIM YES promosi
  • Salah masukkan kad sim, mungkin terbalik
  • Salah masukkan kad sim ke slot yang sepatutnya, seperti slot 1 atau 2
  • Handphone memang tak support
  • Handphone hang

 

Macam mana nak selesaikan masalah SIM YES No Service?

Jawapannya seperti di bawah:

  • Jika anda beli SIM YES di Shopee berharga RM1, anda mestilah seorang pengguna yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  • Jika anda seorang pelajar dan berumur kurang daripada 18 tahun, sila gunakan pelan khas dari Yes 4G iaitu:
    • Learn From Home Free Phone Initiative – percuma telefon untuk anak golongan B40
    • YES Online Prepaid Sim Card for Learn From Home Education Programme – kad sim percuma dengan data 40GB
  • Masukkan semula kad sim mengikut model telefon tersebut dengan berhati-hati
  • Pastikan telefon anda memang support kad sim YES
  • Restart semula telefon anda

 

3. Masih ada masalah untuk activate sim card YES?

Jika anda masih lagi tidak berjaya mengaktifkan SIM YES, boleh hubungi customer service Yes Care seperti nombor tertera:

  • 018-333 0000
  • Waktu panggilan dari 8 pagi – 11 malam setiap hari
  • Termasuk hari minggu dan cuti am
  • Panggilan dari nombor YES adalah percuma

Anda juga boleh hantar email ke [email protected]

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara aktifkan SIM YES ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Ingat, walaupun sim card ini percuma (jika anda salah seorang penerimanya), sila semak baki YES 4G selalu supaya tidak habis kredit. Sila topup jika perlu.

Semoga bermanfaat.

12 thoughts on “Cara Aktifkan SIM YES (Activate SIM YES Prepaid / Prabayar)”

  1. Kenapa sim saya dah aktif tapi bila masukkan sim dalam fon no service lepastu nak longin masuk yes perlukan no tac atau email saya daftar masuk email lain tapi bila nk login masuk guna no tac dekat bawah tu naik email lain tapi email tu lebih huruf xsama dengan email yang saya buat tggu mesej no tac dh sim kad no service macam mana saya nak login masuk myyes kalau no tac dengan email saya tak tahu??

    Reply

Leave a Comment