Cara Aktifkan Lazada Wallet Malaysia (Activate Sebelum Guna)


Lazada Wallet merupakan dompet elektronik bagi menyimpan wang secara dalam talian. Wang ini boleh digunakan bagi pembelian anda di aplikasi Lazada. Izinkan kami untuk berkongsi lebih lanjut tentang cara aktifkan Lazada Wallet dengan mudah. Bagi yang ingin mengetahui perbezaan antara cara aktifkan ShopeePay dengan Lazada Wallet, boleh rujuk cara aktifkan ShopeePay.

Cara aktifkan Lazada Wallet

#1 Daftar akaun Lazada

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi Lazada di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android
  3. Buka aplikasi Lazada ditelefon pintar anda.
  4. Di halaman utama, tekan kotak berlogo dompet yang terletak di sebelah kotak pencarian utama.

#2 Isi maklumat peribadi

Seterusnya, cara aktifkan Lazada Wallet memerlukan anda untuk mengisi maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit bagi pengesahan akaun. Sila ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Di paparan skrin anda terlihat butang Activate My Wallet.
  2. Klik pada butang tersebut dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya.
  3. Masukkan nombor telefon bimbit anda di ruangan yang disediakan.
  4.  Setelah itu, klik pada butang Get Code bagi mendapatkan kod pengesahan melalui SMS.
  5. Isikan kod yang diterima di ruangan tersedia dan tekan pada butang Verify Mobile Number untuk melengkapkan proses pengaktifan.
  6. Kami sarankan ada untuk menyemak terma dan syarat sebelum anda meneruskan pengaktifan Lazada Wallet.
  7. Setelah selesai proses di atas, anda akan dibawa ke halaman Balance Details di mana akaun anda siap untuk menggunakan servis Lazada Wallet.
  8. Anda hanya perlu topup  Lazada Wallet dan pilih kaedah pembayaran melalui Lazada Wallet sewaktu proses check out.

Makluman tambahan, baki Lazada Wallet anda tidak boleh dipindahkan ke mana-mana akaun kecuali terdapat isu pembatalan pesanan dari pihak penjual di Lazada.

Selepas aktifkan Lazada Wallet, dapatkan baucar diskaun

Kalau anda selalu beli barang di Lazada, jangan lupa untuk mengaktifkan Lazada Wallet. Ini kerana, bagi pembayaran melalui kaedah Lazada Wallet, anda mungkin layak untuk menerima baucar diskaun pembelian.

Langkah menyemak baucar pembelian

Berikut ialah cara menyemak baucar pembelian setelah cara aktifkan lazada wallet telah anda lakukan.

  1. Di halaman utama, klik pada butang Account yang tertera di kanan paparan skrin di bahagian bawah.
  2. Seterusnya, scroll ke bahagian Lazada Wallet dan tekan butang Vouchers yang terletak di sebelah kanan paparan skrin.
  3. Baucar pembelian yang layak anda gunakan akan tertera di halaman ini.
  4. Klik pada butang Use Now untuk menebus baucar yang diterima.

Cara aktifkan Lazada Wallet gagal?

Sekiranya proses pengaktifan anda gagal, pihak Lazada akan sedia membantu. Anda boleh menghubungi pihak Lazada di sini dan bercakap dengan khidmat pelanggan Lazada menerusi live chat pada:

  • 09:00 AM – 09:00 PM (Isnin hingga Ahad)
  • 09:00 AM – 06:00 PM (Cuti Umum)

 

Akhir kata

Pihak kami berharap agar perkongsian cara aktifkan Lazada Wallet ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk berbelanja secara online di aplikasi Lazada.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment