Caj Pengeluaran ATM MEPS 2022 (Semua Bank di Malaysia)


Pada 6 April 2020 yang lalu, kerajaan telah membenarkan pengecualian caj pengeluaran RM1 melalui sistem MEPS di setiap ATM (pengeluaran wang automatik) di Malaysia. Ini bagi memudahkan pengguna tidak perlu beratur panjang dan tak perlu pergi jauh ke ATM bank yang mereka langgan dalam keadaan pandemi itu. Dipetik dari K! Online

Namun pada 1 Februari lepas, caj pengeluaran RM1 transaksi antara bank ATM ini telah kembali semula selepas pengumuman dari bank-bank di Malaysia mahupun dari luar negara.

Pengumuman awal oleh syarikat-syarikat perbankan

Dalam pertengahan bulan Disember 2021 yang lalu, beberapa buah bank tempatan telah pun membuat pengumuman awal notis berkaitan caj pengeluaran ATM rm1 MEPS ini kepada para pengguna melalui laman web rasmi mereka serta di laman media sosial rasmi mereka. Antara bank-bank tersebut adalah Agrobank, KFH (Kuwait Finance House), CIMB, Maybank, Ambank, BankIslam, Public Bank. Turut serta mengumumkan notis tersebut adalah KFH (Kuwait Finance House), HSBC Malaysia, Citibank.

Bermula dari 1 Februari 2022, pengeluaran tunai di ATM antara bank akan dikenakan rm1.00. Para pelanggan Maybank boleh terus membuat transaksi pengeluaran tunai di Maybank ATM secara percuma – Sumber Twitter Rasmi Maybank

 

Pengumuman awal yang dikeluarkan oleh bank-bank ini adalah salah satu cara untuk menyiapkan pengguna perbankan ATM peka akan isu caj pengeluaran ATM RM1 yang mana akan dikuatkuasakan pada Februari 2022.

Ianya juga bagi memudahkan pelanggan bank-bank tersebut untuk memilih sama ada mahu gunakan ATM bank yang tidak mengenakan caj  atau ATM bank yang berlainan tetapi akan dikenakan caj.

Caj hanya dikenakan jika anda melakukan transaksi di ATM bank lain

Seperti yang telah diberitahu oleh syarikat-syarikat perbankan, para pelanggan mereka tidak akan dikenakan sebarang caj jika melakukan pengeluaran duit di ATM mereka. Contohnya seperti ini.

Jika anda adalah pengguna bank CIMB dan mengeluarkan duit di ATM CIMB dimana-mana cawangan, tiada sebarang caj akan dikenakan oleh MEPS. Jadi anda mesti mengeluarkan duit di ATM milik CIMB bank sahaja untuk tidak dikenakan caj pengeluaran.

Namun jika anda sebagai pengguna bank CIMB dan ingin mengeluarkan duit di ATM milik Maybank, caj transaksi sebanyak RM1 akan ditolak oleh MEPS melalui ATM Maybank.

Caj yang dikenakan jika berada di luar negara

Untuk memastikan perjalanan dan perancangan kewangan anda lancar apabila berada di luar negara, sila layari laman web rasmi atau berhubung dengan pihak syarikat perbankan yang anda langgani. Misalnya seperti ini.

Jika anda adalah pengguna bank CIMB dan mengeluarkan duit hanya di ATM milik CIMB, tiada sebarang caj MEPS pengeluaran akan dikenakan.

Tetapi jika anda melakukan transaksi pengeluaran tunai di ATM milik syarikat perbankkan lain, akan dikenakan caj pengeluaran sebanyak RM8.00 oleh MEPS di negara tersebut. Sumber dari CIMB Help Support.

Siapa yang sebenarnya caj RM1 untuk setiap transaksi di ATM?

Caj pengeluaran RM1 transaksi di ATM yang berlainan itu dikenakan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), yang mana Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan satu-satunya pemegang saham di dalam PayNet. Konsortium pembayaran juga dipegang oleh 11 syarikat bank tempatan. Sumber dari BH Online.

Jadi PayNet telah menjalankan sistem MEPS diantara rangkaian ATM bank yang sama ataupun di ATM yang berlainan. Ianya untuk memudahkan para pengguna mengeluarkan duit di mana-mana ATM di Malaysia mahupun rangkaian bank mereka yang berada di luar negara.

Visi mereka juga adalah untuk memperkuatkan ekonomi digital di Malaysia melalui sistem perbankan. Antara produk perbankan yang mereka telah hasilkan seperti IBG (InterBank GIRO), JomPAY, FPX, DuitNow dan lain-lain. Sumber dari laman web rasmi PayNet.

 

Akhir kata

Jika ada sebarang permasalahan atau kemusykilan ketika anda menggunakan ATM untuk melakukan transaksi penting, anda boleh bertanya kepada  pihak bank anda di kaunter pada waktu operasi mereka. Supaya anda tidak merasa salah faham mahupun kekeliruan tentang penguatkuasaan ini.

Jadi perkongsian tentang caj pengeluaran di ATM yang bermula pada 1 Februari 2022 ini adalah untuk memudahkan urusan para pembaca yang kami kasihi. Pastikan semak baki dalam akaun bank terlebih dahulu sebelum pergi ke ATM.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan rezeki anda sentiasa dilipat gandakan oleh-Nya.

Leave a Comment