Berita gembira untuk anda sebagai rakyat Malaysia yang menjadi pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) kerana Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan telah pun dibuka di bawah penganjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ianya dibuka untuk pelajar yang bercita-cita untuk menjadi bakal guru yang cemerlang dan berwawasan dari Universiti Awam yang kini menuntut, dalam bidang pendidikan yang telah disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun pertama dan juga tahun kedua bagi tahun 2022.
Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP ini apa?
Untuk makluman anda sebagai pelajar bagi tahun pertama dan tahun kedua yang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan ini adalah untuk membantu pelajar yang ingin menjadi seorang guru suatu hari nanti melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan membantuk anda sebagai para pelajar menjadi bakal guru yang penuh motivasi, integriti dan juga ilmu pengetahuan yang luas.
Dalam pada masa yang sama melalui bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ini juga membantu melahirkan bakal pegawai-pegawai yang berkualiti untuk diberikan lantikan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk bidang-bidang (KPM) yang memerlukan pegawai.
Siapa yang layak memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan Progam ISMP?
Anda mestilah seorang pelajar yang kini sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Apakah bidang ISMP yang layak memohon?
Antara bidang jurusan dari Ijazah Sarjana Muda Pendidkan yang boleh memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan ini adalah :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Khas
- Dini
- Matematik
- Sejarah
- Geografi
- Reka bentuk dan Teknologi
- Bimbingan dan Kaunseling
- Teknologi Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Automotif
Apakah syarat permohonan Biasiswa Perguruan ISMP?
- Anda seorang warganegara Malaysia;
- Anda berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (ketika memohon);
- Anda mempunyai Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan lantikan di perkhidmatan awam dengan kepujian dalam :
- Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
- Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
- Anda adalah pelajar aktif untuk tahun pertama atau tahun kedua di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang yang telah disenaraikan dan PNGK anda tidak kurang dari 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester masa kini.
- Jika anda dari Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, anda mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) anda akan diberi keutamaan.
- Jika anda dari Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, anda perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan mesti menyediakan dokumen berkaitan seperti :
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.
- Bagi yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga.
- Bagi yang berjaya akan mendapat tawaran Biasiswa Perguruan KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.
- Jika anda seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.
Bilakah tarikh permohonan Biasiswa Perguruan ISMP?
Untuk makluman anda, tarikh permohonan untuk Biasiswa Perguruan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan adalah :
- Dibuka pada 25 Mac 2022 hari Jumaat pada pukul 5.00 p.m.
- Tarikh tutup permohonan pada 22 April hari Jumaat pada pukul 5.00 p.m.
Cara permohonan Biasasiwa Perguruan Persekutuan ISMP.
Jika anda telah mencukupi syarat yang telah ditetapkan, anda boleh lakukan permohonan Biasiswa Perguruan ini dengan cara :
- Pergi ke laman web rasmi Biasiswa Pergururan Persukutuan : https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.
- Pilih permohonan baru
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada.
- Kata laluan yang digunakan mesti diantara 8 โ 12 aksara dan ikut garis panduan kata laluan yang telah diberikan.
- Masukkan maklumat dengan betul dan semak semula.
- Selepas pendaftaran segala maklumat tidak boleh ditukar atau dibetulkan.
- Klik MASUK untuk menghantar permohonan dan untuk akses laman permohonan.
- Anda WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda *.
- Sila klik SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.
- Jika permohonan anda sudah diisi lengkap dan disemak sila tekan HANTAR untuk menghantar permohonan anda.
Klik linkย https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/image/PANDUAN.pdf ini jika ingin tahu lebih lanjut cara untuk mengisi permohonan dengan betul .
Peringatan permohonan Biasiswa Perguruan ISMP
- Anda mestilah mengikut garis panduan permohonan dan memberi maklumat yang sahih.
- Jika ada sebarang kesalahan ketika isi maklumat, permohonan anda boleh ditolak
- Anda digalakkan untuk menghantar permohonan dan mencuba membuat permohonan online ini pada waktu dan hari yang lain apabila tidak dapat membuat permohonan.
- Ini adalah kerana mungkin talian server laman web tersebut sibuk.
- Jika anda memohon dengan Sistem e-Penawaran ianya rasmi dan sah. Jadi sebarang borang permohonan dan salinan sijil dokumen TIDAK perlu diberikan secara hardcopy terhadap Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Segala dokumen ASAL ketika pendaftaran perlu ada jika terpilih untuk temu duga.
- Jika permohonan tidak mengikut kriteria yang telah ditetapkan akan ditolak.
- Anda dibenarkan untuk mengubah permohonan sebanyak 3 kali dan hanya menghantar SATU permohonan sahaja.
- Anda WAJIB untuk download dan save Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti dan rujukan.
Jika ada sebarang masalah semasa mohon Biasiswa ISMP?
Jika anda sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan berminat untuk memohon dan ada masalah atau soalan tentang Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan ini, boleh hubungi :
Pegawai Urus Setia
- Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi: 03-8321 7113
- Puan Nor Hazren binti Che Hassan : 03-8321 7138
- Puan Siti Hajar binti Othman : 03-8321 7154
- Puan Nur Izzati binti Marzuki : 03-8321 7149
- Encik Muhammad Zikri Firdaus bin Sulaiman : 03-8321 7159
- Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Syah : 03-8321 7157
E-melย
Melalui akaun epenawaran
- Pautan pantas:ย https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
Akhir kata
Semoga perkongsian dan hebahan tentang permohonan Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ini memberi manfaat kepada anda yang ingin memohon dan menjadi bakal guru mahupun pegawai suatu hari nanti.
Sila berhubung dengan pihak urusetia sama anda akan terima ePenawaran Biasiswa KPM atau tidak.
Selamat maju jaya!