Status program lesen percuma 2025 / 2026
Kemaskini Mei 2026: Program bantuan lesen memandu percuma (kini dikenali sebagai Bantuan Lesen Memandu Madani (BLMM), dahulunya BLKM) diteruskan oleh Kerajaan Madani untuk golongan B40. Sasaran 2026 ialah lebih 30,000 penerima Lesen Kelas B2 (motosikal bawah 250cc). Pendaftaran dibuka secara berperingkat melalui portal rasmi JPJ dan agensi pembangunan masyarakat negeri.
| Atribut | Butiran (2026) |
|---|---|
| Nama rasmi | Bantuan Lesen Memandu Madani (BLMM) |
| Jenis lesen | Kelas B2 (motosikal di bawah 250cc) |
| Kos | Percuma (ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan) |
| Kelayakan | Warganegara Malaysia, B40, umur 16 tahun ke atas |
| Permohonan | Melalui agensi pembangunan masyarakat negeri / JKM / NGO terpilih |
| Portal rujukan | www.jpj.gov.my |
Bantuan lesen memandu percuma ini dipanggil BLKM, iaitu nama panjangnya Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia. Pada 2024, ia ditukar nama kepada Bantuan Lesen Memandu Madani (BLMM) di bawah Kerajaan Madani, tetapi konsep dan kelayakan asas kekal sama.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang anda perlu tahu tentang bantuan lesen memandu percuma ini.
Apakah Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) ini?
Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) ialah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan diselaraskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Program ini bertujuan untuk membolehkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal Bawah 250cc) pada kadar yang lebih rendah daripada harga pasaran.
Kenapa bantuan lesen memandu ini diwujudkan?
- Meningkatkan daya upaya sosio ekonomi golongan B40 dan luar bandar
- Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih mengutamakan keselamatan jalan raya
- Mengatasi masalah tidak memiliki Lesen Memandu Kelas B2 di kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan
Bagaimana pelaksanaan bantuan lesen memandu percuma ini?
Program BLKM dilaksanakan dengan kerjasama antara:
- Agensi Kerajaan yang terlibat dengan pembangunan masyarakat
- Agensi yang bertanggungjawab dalam menyelaras sumbangan bantuan Kerajaan kepada masyarakat
- Pemimpin masyarakat yang dilantik atau diiktiraf oleh Kerajaan untuk menyuarakan hasrat masyarakat
- Lain-lain agensi yang difikirkan perlu dan boleh memberi sumbangan kepada rakyat dan negara, tertakluk kepada persetujuan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia
Apa peranan JPJ Malaysia dalam program bantuan lesen memandu ini?
JPJ Malaysia berperanan untuk menyelaras pelaksanaan program ini dengan kerjasama Institut Memandu (IM).
Bagimana cara memohon untuk melaksanakan program bantuan lesen memandu ini?
Pemohon yang mempunyai Insitut Memandu (IM) perlu menyediakan maklumat berikut:
- Kumpulan Sasar
- Kawasan/ Lokasi Kumpulan Sasar
- Justifikasi Permohonan
- Cadangan Tarikh
- Peruntukkan/ Bajet
- Lain-lain maklumat yang bersesuaian
Macam mana nak mohon program bantuan lesen memandu percuma ini?
Orang awam boleh menghubungi Pejabat Pemimpin Masyarakat yang dilantik/ diiktiraf oleh Kerajaan untuk memohon pelaksanaan program ini di kawasan mereka.
Apa syarat dan kriteria yang melayakkan untuk mohon bantuan lesen memandu percuma ini?
Calon perlulah memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 16 tahun
- Penerima bantuan zakat/ baitulmal (Jabatan Agama Islam Negeri) atau penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) atau penerima Bantuan Keluarga Malaysia/Prihatin Rakyat (Lembaga Hasil Dalam Negeri); calon perlu menyerahkan salinan dokumen bantuan
- Tanggungan kepada penerima bantuan seperti para (iii) di atas, juga boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program ini
- Sihat tubuh badan dan mental
- Tiada kecacatan fizikal
- Tiada senarai hitam JPJ atau Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
Berapa bayaran yang dikenakan?
Fi yang dikenakan kepada calon adalah tidak melebihi RM200.00 bagi Program di Semenanjung Malaysia dan RM250.00 bagi Program di Sabah dan Sarawak.
Apa kursus dan latihan yang disedikaan dalam program bantuan lesen memandu percuma ini?
Struktur pelaksanaan latihan/ujian yang ditetapkan adalah:
- Kursus Teori Penunggangan Selamat (KPP01) – 6 jam
- Ujian Bertulis/ Lisan (bagi calon kategori buta huruf/ lembam sahaja)
- Memegang Lesen Belajar Memandu (LDL) yang sah sekurang-kurangnya 30 hari
- Latihan Amali Litar (KPP02) – 9 jam 30 minit
- Latihan Amali Jalan Raya (KPP03) – 5 jam 30 minit
- Melepasi Pra Ujian (QTI)
- Lulus Ujian Praktikal
Bila waktu kursus dan latihan BLKM?
Kursus/latihan bagi program ini dijalankan pada cuti hujung minggu atau mana-mana tempoh masa yang bersesuaian, agar tidak mengganggu rutin harian peserta.
Berapa lama tempoh pelaksanaan program BLKM?
Tempoh pelaksanaan program, yang merangkumi kursus/latihan/pengujian, dianggarkan dari tiga (3) hingga lima (5) bulan, bergantung kepada jumlah peserta yang terlibat.