Bantuan Ibu Bersalin Sarawak (BIB) adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak yang menyediakan bantuan tunai sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu berstatus ‘K' atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K' yang melahirkan anak.
Bantuan ini bertujuan untuk membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak, seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang. Bantuan ini bermula pada tahun 2020 dan terbuka kepada semua bangsa, agama, dan status sosio-ekonomi.
Macam mana kaedah permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak ini?
Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dibuat melalui:
- Online di laman web iSarawakCare. Maklumat lanjut: isarawakcare.sarawak.gov.my
- Manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak, atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja). Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/borangbib2023
Apa maklumat penting pemohon Bantuan Ibu Bersalin perlu tahu?
- Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi mulai tahun 2020.
- Permohonan ini sah hanya untuk tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar.
- Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.
Untuk semakan status Bantuan Ibu Bersalin, hubungi kami melalui WhatsApp +6014-6881398 (mesej sahaja) atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare.
Untuk pertanyaan lain, sila hubungi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui e-mel: bib@sarawak.gov.my
Maklumat lanjut boleh didapati di iSarawakCare.
Apa syarat kelayakan Bantuan Ibu Bersalin?
Syarat dan kriteria yang melayakkan seseorang itu boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K' atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K'
- Melahirkan di Sarawak atau di luar Sarawak
- Pendaftaran bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga 3 bulan selepas bersalin
Apa dokumen yang diperlukan untuk mohon Bantuan Ibu Bersalin ini?
Dokumen yang perlu disediakan dalam permohonan Bantuan Ibu Bersalin adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon (depan & belakang)
- Salinan kad pengenalan suami/penjaga (depan & belakang)
- Salinan sijil perkahwinan jika permohon bukan berstatus 'K'
- Salinan rekod kesihatan ibu mengandung (muka hadapan)
- Salinan muka hadapan buku akaun/penyata akaun
- Salinan nota discaj/sijil lahir bayi