Bantuan e-Wallet


Apa itu e-Wallet?

E-wallet, atau dompet elektronik, adalah sebuah aplikasi atau platform untuk menyimpan wang secara digital. Dengan e-wallet, pengguna dapat melakukan pembayaran dengan mudah dan cepat.

Antara aplikasi e-wallet ialah Setel, Boost, BigPay, Touch ‘n Go, ShopeePay dan GrabPay.

Kenapa bantuan ini dinamakan bantuan e-Wallet?

Bantuan ini popular dengan nama bantuan e-Wallet kerana pembayaran daripada pihak kerajaan kepada penerima adalah menggunakan e-Wallet, dan bukannya bank.

Bantuan e-Wallet bukanlah nama yang rasmi.

Nama bantuan yang betul ialah bantuan eBelia Rahmah, dan bukannya bantuan e-Wallet.

Apa itu bantuan e-Tunai Belia Rahmah?

e-Tunai Belia Rahmah adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan belia (berusia antara 18 hingga 20 tahun) yang berkelayakan dan menepati kriteria yang ditetapkan.

Program ini memberikan bantuan dengan amaun yang akan ditentukan oleh kerajaan. Amaun yang diberikan adalah berbeza-beza. Namun ialah adalah dalam julat RM150, sehingga RM300.

Wang dapat bentuk digital dapat e-wallet ini boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan dari mana-mana syarikat-syarikat yang terlibat dalam program tersebut.

Bantuan ini diberikan dalam bentuk e-wallet dan boleh digunakan melalui aplikasi e-wallet yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Apa pengumuman terbaru mengenai bantuan e-Wallet 2023?

Pada 24 Mei 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa e-Tunai Belia Rahmah akan dibayar dalam bentuk e-Wallet kepada golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun bermula bulan Jun 2023.

Bila tarikh pendaftaran & bayaran bantuan e-Wallet 2023?

Untuk eBeliaRahmah yang terbaru, pendaftaran akan bermula pada 26 Jun 2023.

Buat masa ini, belum ada pengumuman mengenai tarikh pembayaran.

Kami akan kemaskini sekiranya menerima maklumat terbaru.

Leave a Comment