Apa itu VoLTE Digi? (Ini Maksud Voice-over LTE, Yang Mudah Faham)


Jika anda ada telefon, tak kisahlah jenis iPhone atau Android, mesti akan rasa tak selesa tanpa data. Apa tidaknya, anda perlukan sambungan Internet untuk main Instagram, Facebook dan TikTok. Namun, line yang anda guna mungkin tidak cukup pantas tanpa VoLTE. Jadi, izinkan kami berkongsi apa itu VoLTE Digi.

1. Apa itu VoLTE Digi?

Digi VoLTE (Voice over LTE) adalah rangkuman servis yang membolehkan anda menggunakan perkhidmatan suara digital yang lebih berkualiti dan video yang berdefinisi tinggi. Perkhidmatan ini masih lagi menggunakan rangkaian 4G LTE.

Yang lebih menarik, SMS juga boleh digunakan tanpa apa-apa caj, selagi anda berada dalam rangkaian VoLTE Digi.

Namun, perkhidmatan ini hanya boleh digunakan oleh Digi VoLTE supported device sahaja. Yang tak support, tak boleh guna.

 

2. Apa beza VoLTE Digi dengan 4G LTE?

Ramai yang sudah tahu, 4G ialah sambungan yang pantas; tidak seperti 3G yang lembap macam siput. Bagi yang kurang arif, 4G ini 5 kali lebih pantas daripada 3G.

Dengan 4G LTE, anda hanya boleh melayari laman web atau media sosial kegemaran anda menggunakan data. Namun, anda tidak boleh gunakan 4G LTE untuk buat voice call atau SMS. Kalau nak guna voice call atau SMS, tetap kena bayar.

Anda kena bayar kerana jika mahu buat panggilan atau menghantar SMS, connection anda drop ke 3G atau 2G.

Dengan VoLTE Digi, semuanya percuma!

 

3. Apa kelebihan guna VoLTE?

Seperti yang diberitahu, VoLTE Digi adalah lebih baik dari 4G LTE biasa. Antara sebab-sebabnya ialah:

  • Percuma voice call, video call dan SMS
  • Panggilan suara atau voice call yang berkualiti tinggi
  • Panggilan video atau video call yang berdefinisi tinggi
  • Jangka hayat bateri juga lebih baik kerana bateri tidak cepat habis akibat selalu bertukar rangkain dari 4G ke 3G dan sebaliknya
  • Sambungan panggilan menjadi lebih pantas dan tidak perlu menunggu laama
  • Ada peningkatan fungsi VoIP
  • Boleh lakukan pertukaran segera antara voice call dan video call

 

Akhir kata

Untuk membolehkan anda menikmati faedah-faedah seperti yang dinyatakan di atas, ada baiknya anda menaiktaraf telefon bimbit anda.

Sila semak supported device Digi VoLTE yang disenaraikan oleh pihak Digi seperti Apple iPhone, Samsung, Huawei, Vivo, Oppo, Nokia dan realme.

Jangan tunggu lama-lama, cepat aktifkan Digi VoLTE anda.

Leave a Comment