AKPK Login akpk.org.my


Untuk buat semakan baki hutang, anda perlu login AKPK melalui portal rasmi akpk.org.my.

Sila rujuk panduan ringkas seperti di bawah ini.

Cara login AKPK

Berikut ialah langkah-langkah untuk customer login AKPK:

  1. Layari laman web rasmi AKPK di sini: https://www.akpk.org.my/home/gateway
  2. Ada beberapa pilihan iaitu:
    • Customer Login
    • Partner Login
    • Organisation Login
  3. Pilih Customer Login dan klik pautan yang diberi: https://customer.akpk.org.my
  4. Di ruangan User ID, masukkan Login ID yang anda peroleh di emel anda. Anda mesti ingat Login ID ini kerana akan digunakan setiap kali anda ingin login ke akaun anda.
  5. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda telah cipta untuk akaun anda.
  6. Tekan butang LOGIN AKPK
  7. Login anda berjaya.
  8. Selesai

Cara daftar AKPK

Sekiranya anda masih lagi belum mendaftar, ikut panduan untuk daftar AKPK secara online seperti di bawah:

  1. Layari laman web https://www.akpk.org.my/home/gateway
  2. Anda akan tiba di portal AKPK untuk login secara onlines ebagai Customer, Partner atau Organisation.
  3. Pada CUSTOMER LOGIN, tekan link Click here to login >.
  4. Pada laman seterusnya, pergi ke bahagian kanan skrin. Di bawah ruangan untuk Password, tekan link New User? Register here. Pengguna Baru? Daftar di sini.
  5. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisikan. Pada ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda yang anda mahu gunakan untuk pendaftaran. Pilih NRIC untuk memasukkan nombor MyKad.
  6. Pada ruangan ID Number, masukkan nombor MyKad anda (nombor kad pengenalan baru).
  7. Pada ruangan Customer Name, masukkan nama penuh anda. Nama yang anda masukkan mestilah sama seperti nama anda yang tertera pada MyKad anda.
  8. Pada Gender, pilih jantina anda, sama ada Female (perempuan) atau Male (lelaki).
  9. Pada ruangan Date Of Birth, tekan ruangan tersebut dan kalendar akan tertera. Kemudian, pilih tarikh lahir anda.
  10. Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda yang masih aktif dan boleh dihubungi. Sebarang karakter selain nombor termasuk simbol “-“ tidak dibenarkan.
  11. Pada ruangan Email Address, masukkan alamat emel anda yang aktif dan boleh digunakan.
  12. Baca Notis Privasi yang tertera di bawah. Sekiranya anda bersetuju dengan kenyataan, tick pada kenyataan di bawahnya.
  13. Kemudian, tekan butang Submit untuk meneruskan proses dan cara daftar AKPK secara
  14. Pendaftaran anda berjaya. Anda akan menerima emel daripada AKPK yang mengandungi link untuk mengaktifkan akaun anda.
  15. Pergi ke emel anda dan dapatkan emel daripada AKPK. Dalam emel itu terkandung link untuk mengaktifkan akaun anda serta Login ID/Customer ID.
  16. Highlight link tersebut, Kemudian, right click pada mouse anda dan tekan Go to……”. Anda akan dibawa ke alamat untuk link
  17. Pada paparan seterusnya, akan tertera ruangan untuk Customer ID. Masukkan Customer ID/Login ID yang anda peroleh juga menerusi emel daripada AKPK tersebut.
  18. Kemudian, tekan butang Submit.
  19. Pada laman seterusnya, anda perlu mencipta password untuk akaun anda. Password anda mestilah alphanumeric(mengandungi gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol). Tiada jarak dibenarkan. Panjang password anda mestilah antara 8-15 aksara.
  20. Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  21. Pada Confirm Password, masukkan semula password yang anda ingin gunakan di ruangan yang disediakan.
  22. Tekan butang Submit.

Maklumat lanjut AKPK

Sekiranya anda memerlukan kaunseling mahupun maklumat lanjut berkenaan cara untuk menyelesaikan hutang sedia ada, sila hadirkan diri ke cawangan AKPK yang berhampiran.

Sebagai alternatif, anda boleh cuba hubungi AKPK melalui Facebook di sini: https://facebook.com/AKPKofficial

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara login AKPK ini akan memudahkan urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment