Senarai Whois Protection Untuk Domain (Yang Percuma)


Bagi sesiapa yang selalu beli domain, Whois Protection yang percuma itu sangat penting. Bukannya apa. Kita tak mahu orang lain tahu kita yang beli domain itu.

Kadang-kadang, kita beli hanya untuk suka-suka atau untuk cuba-cuba. Jadi, tak mahulah sampai orang tahu identiti pemilik sebenar di sebalik domain itu.

Whois Protection Untuk Domain Yang Percuma

Di bawah ini adalah beberapa senarai domain yang memberikan Whois Protection atau Privacay secara percuma:

Kenapa bukan GoDaddy?

Walaupun GoDaddy ialah penjual domain terbesar dunia, Whois Protection tak free. Kita kena bayar lagi.

Kita yang tak berapa kaya ini mulalah rasa tak senang hati dengan GoDaddy. Takkanlah semua mahu caj kan?

Tambahan lagi, caj untuk renew sangatlah tak berbaloi. Lebih baik transfer siap-siap dan guna yang lain.

 

Kalau guna MyNIC?

Anda beli dari MyNIC untuk domain .com.my, .my dan lain-lain lagi yang berakhir dengan .my. Ada sebab orang guna .my.

Salah satunya, ia lebih bagus untuk audiens Malaysia. Orang pun mudah kenal.

Walau bagaimanpun, anda tak boleh berselindung di sebalik MyNIC. Ini kerana semua maklumat tentang pemilik boleh diakses oleh orang awam.

Cuba guna pautan ini: https://whois.mynic.my dan masukkan apa-apa domain .my

Pasti akan akan tahu siapa pemilik domain itu.

 

Wajib guna .my kalau client dari Malaysia?

Tak semestinya perlu guna domain .my.

Contohnya jomalquran.com. Walaupun kebanyakan pelanggan adalah dari Malaysia, mereka tetap menggunakan domain .com berbanding .my.

Kenapa?

Mungkin lebih mudah untuk uruskan berbanding .my. Seperkara lagi, mungkin juga mereka ingin berkembang ke luar negara satu hari nanti. Cuma hasil semakan kami, mereka mengguna Whois Protection dari Namecheap. Kurang bagus kerana orang yang mencari informasi pemilik sebenar sukar untuk mendapatkan maklumat peribadi. Lebih-lebih lagi jika ingin berkolaborasi.

Apa-apa pun, ia adalah lebih kepada citarasa peribadi.

 

Akhir kata

Dengan adanya servis yang free ini, maka lebih mudah proses pendaftaran domain.

Semoga bermanfaat!

Leave a Comment