Semak SSM Guna IC (MYDATA / e-Info)


Buat anda yang tercari-cari info lengkap tentang syarikat atau perniagaan berdaftar di Malaysia, dan tertanya-tanya cara check yang betul termasuklah jawapan mengenai kena semak SSM guna IC atau tak. Anda boleh ketahuinya melalui platform yang kami senaraikan di sini.

Boleh semak SSM guna IC?

Jawapan kepada soalan ini adalah tidak perlu. Ini kerana, untuk membuat semakan SSM anda boleh menggunakan cara dan maklumat lain tanpa memerlukan IC.

Namun, IC anda mungkin diperlukan untuk tujuan pendaftaran akaun semakan SSM secara online di laman web MYDATA SSM atau SSM e-Info dan urusan di kaunter SSM.

Cara semak SSM tanpa guna IC

Sila ikuti beberapa kaedah yang kami senaraikan di bawah untuk semak SSM syarikat yang anda perlukan.

a) Semak online di MYDATA SSM:

  1. Buka laman web MYDATA di sini mydata-ssm.com.my.
  2. Halaman utama web MYDATA SSM akan keluar.
  3. Untuk permulaan, anda boleh pilih Bahasa untuk digunakan ketika berurusan di laman web ini.
  4. Selepas itu, tekan MASUK.
  5. Di laman seterusnya, lakukan proses log masuk ke akaun anda.
  6. Pada halaman utama profil atau akaun anda, pilih Jenis Entiti yang terletak pada bahagian hujung ruangan Carian Entiti seperti:
    • Semua Entiti.
    • Syarikat.
    • Perniagaan.
    • Firma Audit.
  7. Klik pada entiti Company.
  8. Kemudian, isikan sebarang maklumat seperti nama atau nombor pendaftaran SSM syarikat yang ingin anda semak di ruangan yang disediakan.
  9. Jika syarikat tersebut berdaftar dengan SSM, maklumat berkenaan syarikat yang telah anda masukkan tadi akan dipaparkan secara automatik.
  10. Selepas itu, anda boleh terus semak SSM syarikat tersebut dengan menekan pada bahagian nama syarikat yang berkenaan.
  11. Info lanjut tentang syarikat tersebut akan terpapar.
  12. Selesai.

Walau bagaimanapun, pastikan anda telah mendaftar akaun di MYDATA SSM ini sebelum dapat melakukan MYDATA SSM login.

b) Cek online di SSM e-Info:

  1. Layari laman web SSM e-Info di ssm-einfo.my.
  2. Halaman utama web SSM e-Info akan terpapar.
  3. Pada halaman itu, tekan butang Login untuk melakukan langkah-langkah log masuk ke akaun anda.
  4. Setelah berjaya login ke dalam akaun anda, masukkan maklumat berkaitan syarikat yang ingin anda semak ke dalam ruangan yang disediakan dan tekan butang Carian / Search.
  5. Sekiranya syarikat tersebut berdaftar di SSM, maklumat berkenaan syarikat tersebut akan dipaparkan.
  6. Anda boleh teruskan semak SSM syarikat yang anda nak melalui menu-menu lain yang tertera di laman web ini.
  7. Tamat.

Tetapi, untuk mengikuti langkah semakan SSM di laman web ini. Anda mestilah dah register akaun anda terlebih dulu. Kalau masih belum ada dan tak tahu macam mana nak buat. Boleh rujuk cara daftar SSM e-Info yang kami kongsikan ini.

Akhir kata

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda yang nak buat semakan SSM walaupun tanpa menggunakan IC. Yang penting ada gajet dan internet, dah boleh cek secara online.

Sila login ezbiz kalau ingin buka syarikat baru.

Mudah saja kan?

Semoga bermanfaat.

Categories SSM

2 thoughts on “Semak SSM Guna IC (MYDATA / e-Info)”

Leave a Comment