Semak No Akaun BSN


Mungkin anda lupa dan memang tak tahu apa no akaun BSN anda yang sebenarnya. So, macam mana nak dapatkan atau semak no akaun BSN anda dengan mudah dan pantas?

Mudah saja. Jom dapatkan jawapannya dalam penulisan kali ini. Izinkan kami berkongsi.

Semak no akaun BSN di mesin ATM

Jika ada mesin ATM BSN berhampiran anda. Anda boleh semak no akaun BSN anda melaluinya. Macam mana nak buat?

Ikuti langkah mudah seperti di bawah:

  1. Dapatkan kad debit BSN anda terlebih dulu.
  2. Kemudian, kunjungi mana-mana mesin ATM BSN yang berdekatan.
  3. Seterusnya, masukkan kad debit anda ke dalam ruangan kad.
  4. Sila tunggu seketika.
  5. Berikut, masukkan no pin kad debit anda.
  6. Tunggu seketika sehingga anda dibawa ke laman seterusnya.
  7. Pada halaman SILA PILIH URUSAN YANG DIKEHENDAKI, sila tekan PERTUKARAN PIN / URUSAN LAIN.
  8. Kemudian, pilih PENYATA MINI dan tekan YA untuk meneruskan urusan.
  9. Akhir sekali, penyata mini anda akan dicetak dan jangan lupa untuk tarik semula kad debit anda setelah urusan selesai.
  10. Sila semak no akaun BSN anda pada penyata mini tersebut.
  11. Tamat.

Semak no akaun BSN melalui panggilan telefon

Seterusnya, anda juga boleh semak no akaun BSN anda dengan menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan BSN.

Cara-caranya seperti berikut:

  1. Sila dail 1-300-88-1900 untuk bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan BSN.
  2. Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab.
  3. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda adalah untuk semak no akaun BSN anda.
  4. Seterusnya, panggilan anda akan disambungkan ke bahagian yang berkaitan.
  5. Tunggu sebentar sehingga panggilan anda disambung.
  6. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda sekali lagi.
  7. Berikan butiran yang diperlukan oleh pihak BSN.
  8. No akaun BSN anda akan diberikan.
  9. Selesai.

Check nombor akaun di kaunter BSN

Ikuti panduan di bawah untuk semak no akaun BSN di kaunter BSN:

  1. Dapatkan kad pengenalan diri terlebih dulu.
  2. Hadirkan diri anda di mana-mana cawangan atau kaunter BSN berhampiran.
  3. Dapatkan no giliran.
  4. Tunggu sehingga no giliran anda dipanggil.
  5. Bila no dah dipanggil, nyatakan tujuan anda adalah untuk semak no akaun BSN anda.
  6. Ikuti arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas (maksudnya kalau dia minta apa-apa butiran atau kad pengenalan anda nanti, bagi saja lah. Jangan buat-buat tak faham pula).
  7. Tunggu seketika sehingga permintaan anda berjaya diproses.
  8. No akaun BSN anda akan dimaklumkan.
  9. Sila catat atau rekod no akaun BSN anda untuk simpanan.
  10. Selesai.

Semak no akaun BSN secara online di mybsn.com.my

Walau bagaimanapun, myBSN Internet Banking hanya boleh digunakan oleh individu yang sudah membuat BSN online register atau dah mendaftar akaun di myBSN.

Buat anda yang dah mendaftar, berikut merupakan langkah-langkah untuk semak no akaun BSN anda secara atas talian:

  1. Layari laman web myBSN di sini mybsn.com.my.
  2. Pada bahagian log masuk, masukkan Username.
  3. Tekan butang Login.
  4. Seterusnya sahkan Security Image anda dengan menekan butang Yes jika betul.
  5. Kemudian, masukkan Password.
  6. Klik butang Login.
  7. Profil akaun myBSN anda akan terpapar.
  8. Sila tekan Account Overview pada bahagian menu di sebelah kiri skrin.
  9. No akaun BSN anda akan dipaparkan.
  10. Screenshot no akaun anda untuk simpanan.
  11. Sila tekan butang Logout jika urusan sudah selesai.
  12. Tamat.

Semak no akaun pada buku bank BSN

Jika ada di antara anda yang masih mempunyai buku bank BSN. Anda boleh dapatkan no akaun BSN anda di dalam buku bank tersebut.

Ada masalah untuk semak no akaun BSN?

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan untuk membuat semakan no akaun BSN atau pelbagai lagi urusan berkaitan. Anda boleh terus menghubungi Customer Service BSN di talian 1-300-88-1900 bagi maklumat lanjut.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk semak no akaun BSN sekaligus melancarkan lagi urusan perbankan anda.

Iyalah, kalau diikutkan no akaun BSN ini sangat penting untuk buat BSN online transfer dan pelbagai lagi urusan yang memerlukan penggunaan no akaun. Jangan ambil mudah ya!

Untuk loan kereta pula, anda juga boleh rujuk panduan untuk semak baki pinjaman kenderaan BSN secara online.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

28 thoughts on “Semak No Akaun BSN”

Leave a Comment