Semak Baki Pinjaman Kenderaan BSN (Cara Check Balance)


Jika anda nak semak baki pinjaman kenderaan BSN. Apa kata kalau anda gunakan cara yang kami senaraikan di dalam artikel ini. Manalah tahu kalau ianya mungkin boleh membantu anda sedikit sebanyak.

Izinkan kami berkongsi.

Semak baki pinjaman kenderaan BSN di kaunter BSN

Kalau anda ada masa lapang dan nak tahu jumlah baki pinjaman kenderaan BSN anda secara terperinci. Anda bolehlah membuat semakan di kaunter BSN. Macam mana nak buat?

Ikuti panduan di bawah:

  1. Lawati mana-mana cawangan BSN berdekatan anda.
  2. Pergi ke kaunter hadapan atau kiosk di pintu masuk utama untuk mendapatkan nombor giliran.
  3. Ambil tempat duduk anda dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  4. Apabila nombor giliran anda dipanggil, sila ke kaunter urusan BSN yang telah dinyatakan.
  5. Kemudian, nyatakan tujuan anda adalah untuk semak baki pinjaman kenderaan anda dengan BSN.
  6. Sila berikan segala butiran diri dan maklumat yang diperlukan oleh kakitangan di kaunter urusan tersebut (jika diminta).
  7. Seterusnya, tunggu seketika sehingga permintaan anda diproses.
  8. Jika tiada sebarang masalah, baki pinjaman kenderaan anda akan diberitahu serta-merta.
  9. Sila catat atau rekod untuk rujukan dan sebagai simpanan anda (jika diperlukan).
  10. Selesai.

Apa-apa pun, sebelum anda datang ke cawangan BSN untuk sebarang urusan. Pastikan anda bawa sekali dokumen pengenalan diri dan yang berkaitan supaya urusan anda berjalan lancar. Tak adalah nak kena datang dua tiga kali untuk selesaikan nanti.

 

Check balance loan kenderaan BSN melalui panggilan telefon

Sekiranya anda nak cara yang lebih mudah dan cepat. Anda boleh saja buat semakan baki pinjaman kenderaan anda menggunakan panggilan telefon.

Berikut merupakan langkah-langkahnya:

  1. Dail 1-300-88-1900 untuk bercakap dengan Pusat Hubungan Pelanggan BSN.
  2. Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab.
  3. Apabila panggilan anda sudah dijawab, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda adalah untuk semak baki pinjaman kenderaan anda dengan BSN.
  4. Kemudian, panggilan anda akan disambungkan ke bahagian yang berkaitan.
  5. Sila tunggu seketika sehingga panggilan anda disambung.
  6. Apabila panggilan anda sudah disambungkan.
  7. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda sekali lagi.
  8. Seterusnya, sila berikan segala butiran diri atau maklumat yang diperlukan oleh pihak BSN (jika diminta).
  9. Tunggu seketika untuk permintaan anda diproses.
  10. Jika tiada sebarang masalah, baki pinjaman kenderaan BSN anda akan dimaklumkan serta-merta.
  11. Anda dinasihatkan untuk mencatat atau merekod maklumat baki pinjaman anda sebagai rujukan (jika diperlukan).
  12. Selesai.

Untuk makluman, talian di atas adalah tidak tertakluk untuk menyemak baki pinjaman kenderaan BSN anda saja. Anda juga boleh menghubungi talian di atas untuk pertanyaan lain yang berkaitan BSN.

Di samping itu, kalau dah call Pusat Hubungan Pelanggan BSN nanti. Jangan lupa untuk check full settlement kereta anda. Manalah tahu boleh bayar habis loan kereta itu. Jadi, ringanlah sikit komitmen bulanan anda kan?

 

Akhir kata

Kesimpulannya, hanya 2 kaedah di atas saja yang dapat kami berikan untuk membantu anda membuat semakan baki pinjaman kenderaan BSN anda pada ketika ini.

Andai kata anda tahu cara lain yang boleh digunakan untuk check balance kenderaan BSN anda ini. Jangan lupa untuk dikongsikan dengan kami.

Selain itu, katakanlah yang anda bukannya nak semak baki pinjaman kenderaan anda tapi nak semak baki akaun BSN. Anda boleh saja semak secara online. Tak perlu lagi nak ke ATM atau ke kaunter BSN semata-mata nak tahu baki akaun anda.

Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Tahu atau tak saja.

Diharapkan penulisan ini dapat mempermudahkan urusan anda yang memerlukannya.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

Leave a Comment