Cara Check Full Settlement Kereta


Mungkin ada di antara anda yang dah mampu untuk selesaikan ansuran kereta sepenuhnya dan mencari cara selesaikan hutang lapuk agar tidak terus berhutang lagi. Kalau macam itu, apa kata anda baca tentang bagaimana cara check full settlement kereta. Sama sahaja prosedurnya untuk kereta terpakai dan juga kereta baru dari showroom.

Sebelum itu, ini adalah definisi untuk yang kurang jelas akan makna full settlement. Full settlement bermaksud penyelesaian penuh yang dibuat ke atas kenderaan yang kita beli seperti kereta dan motor daripada baki yang tinggal. Orang kata “bayar habis”. Tak ada hutang-hutang lagi dah. Jadi, macam mana cara nak semak full settlement kereta ini? Jawapannya ada di dalam penulisan di bawah.

Sebenarnya, cara untuk check full settlement kereta ini perkara yang paling mudah untuk dilakukan. Kalau anda tanya dekat mana-mana pun mostly ramai orang akan cadangkan untuk guna cara-cara ini.

Cara check full settlement kereta di bank

Ini adalah cara yang tersangat simple dan tidak rumit. Anda hanya perlu hadir di mana-mana cawangan bank atau institusi kewangan yang telah anda gunakan untuk membuat pembelian kereta.

Ikuti langkah ini:

  1. Kenal pasti bank atau institusi kewangan mana yang anda berhutang.
  2. Kunjungi bank atau institusi kewangan tersebut berserta kad pengenalan dan apa yang berkaitan dengan maklumat kereta anda.
  3. Pergi ke kaunter check-in untuk dapatkan nombor giliran (selalunya waktu ini mereka dah tanya tujuan anda dan mereka akan bagi nombor giliran yang bersesuaian dengan urusan anda).
  4. Tunggu nombor giliran anda sehingga dipanggil.
  5. Apabila nombor sudah dipanggil, sila ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  6. Nyatakan tujuan anda (time ini anda cakaplah saya nak check full settlement kereta saya).
  7. Kakitangan bank itu akan minta maklumat atau dokumen yang berkaitan contohnya nombor kad pengenalan, nombor plat kereta dan lain-lain.
  8. Sila bagi maklumat dan dokumen anda yang diperlukan kepada kakitangan tersebut.
  9. Kemudian, maklumat anda akan diproses (masa ini kakitangan itu dia tengah proceed urusan anda jadi kenalah tunggu sekejap).
  10. Anda akan dapat tahu berapa jumlah full settlement yang harus dijelaskan (selalunya jumlah itu dah siap dikira sekali dengan rebat atau pengurangan bayaran kalau bayar awal dari tempoh yang ditetapkan).
  11. Selesai.

Harap maklum, apa yang kami nyatakan di atas adalah proses umum yang akan dijalani oleh sesiapa sahaja yang nak check full settlement. Sekiranya ada sebarang perubahan, semuanya bergantung kepada situasi sebenar anda serta terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan tersebut.

Senarai bank-bank di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Maybank
  2. CIMB Bank
  3. Public Bank
  4. RHB Bank
  5. Hong Leong Bank
  6. AmBank
  7. UOB Malaysia Bank
  8. Bank Rakyat
  9. OCBC Bank
  10. HSBC Bank
  11. Affin Bank
  12. Bank Islam
  13. Standard Chartered Bank
  14. CitiBank
  15. BSN
  16. Bank Muamalat
  17. Alliance Bank
  18. Agrobank
  19. Al-Rajhi Bank
  20. MBSB Bank
  21. Co-op Bank Pertama

Check full settlement kereta dengan panggilan telefon

Kalau rasa tidak ada masa nak pergi bank atau institusi kewangan berkaitan yang bagi anda pinjaman untuk beli kereta. Anda boleh check full settlement hanya dengan buat panggilan telefon.

Cuma pastikan anda tahu amaun bulanan dan serba sedikit tahu kira pinjaman kereta sekarang. Bila ditanya nanti, boleh jawab dengan mudah.

Ikuti langkah ini:

  1. Dapatkan nombor telefon customer service bank atau institusi kewangan yang terlibat.
  2. Buat panggilan telefon.
  3. Nyatakan tujuan anda iaitu untuk check full settlement kereta.
  4. Customer service tersebut akan sambungkan anda ke talian yang berkenaan.
  5. Bila dah disambungkan, nyatakan tujuan anda sekali lagi.
  6. Pegawai di talian berkenaan selalunya akan minta nombor kad pengenalan anda untuk proses semakan lanjut.
  7. Anda akan diberitahu jumlah full settlement kereta anda.
  8. Selesai.

Buat semakan di laman web loan settlement calculator

Andai kata anda nak buat pengiraan sendiri, anda boleh cuba cari laman web yang menyediakan bahagian loan settlement calculator contohnya seperti di blog myBestCarDealer dan banyak lagi. Tetapi kami tidak menjanjikan kesahihannya.

Guna atas tanggungjawab anda sendiri.

Sebenarnya, kami tidak galakkan anda untuk guna cara ini kerana tidak semestinya accurate 100% hasil pengiraan yang diberikan. Kalau nak tahu yang lebih tepat, lebih baik terus rujuk pada bank atau institusi kewangan pinjaman kereta anda.

Akhir kata

Walau apa pun urusan anda yang berkaitan dengan loan, kami cadangkan anda untuk terus rujuk sahaja di tempat yang sepatutnya. Contohnya macam nak check full settlement kereta ini. Memang cara paling bagus sekali adalah direct dengan bank atau institusi kewangan berkaitan sahaja.

Tidak perlu pening-pening fikir. Kalau anda rasa bank atau insitusi kewangan itu salah kira, anda kira sahajalah sendiri.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan faedah kepada pembacanya.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment