Macam Mana Nak Semak Baki Akaun BSN Saya?


Ada masanya, kita perlu semak baki akaun BSN untuk tengok berapa amaun yang tinggal. Cuma, bila selalu tak check balance, dah lupa macam mana nak buat. Tak payah buang masa, Google sana-sini untuk bertanya tentang “Macam mana nak semak baki akaun BSN saya?”. Anda boleh buat sendiri. Kami akan sediakan tutorial dan panduan yang mudah lagi ringkas.

Izinkan kami berkongsi.

1. Boleh semak baki akaun BSN saya di www.mybsn.com.my tak?

Boleh, tak ada masalah. Sebenarnya, inilah cara yang paling pantas untuk cek baki BSN anda.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web rasmi MyBSN di sini: https://www.mybsn.com.my
  2. Anda akan tiba di laman utama myBSN Internet Banking
  3. Di ruangan Username, masukkan username untuk akaun BSN anda.
  4. Kemudian, tekan butang Login.
  5. Sahkan gambar yang terpapar ialah Security Image yang anda pilih
  6. Jika betul, tekan butang Yes
  7. Masukkan Password
  8. Tekan butang Login sekali lagi
  9. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan dibawa terus ke dashboard
  10. Klik Account Overview pada menu di sebelah kiri
  11. Klik Savings Account
  12. Lihat Balance untuk mengetahui baki BSN anda
  13. Lihat Account Number untuk memastikan nombor akaun BSN anda
  14. Selesai

 

2. Kalau bukan online, boleh semak baki akaun BSN saya melalui SMS?

Boleh juga, tak ada masalah untuk check balance guna SMS.

Langkah-langkah untuk menyemak baki dalam akaun BSN melalui SMS ini sangat sesuai untuk individu yang tidak mempunyai talian Internet yang stabil.

Bagi anak-anak yang mempunyai ibu-bapa berstatus warga emas yang tidak mahir menggunakan Internet, anda juga boleh menolong mereka gunakan SMS untuk cek baki dalam akaun bank BSN.

Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

[su_panel]

Taip BAL<jarak>M-PIN, dan hantar ke 36898

[/su_panel]

Tunggu dalam beberapa saat. Anda akan mendapat SMS daripada BSN yang akan menunjukkan baki akaun BSN anda.

 

3. Boleh check balance dalam akaun BSN guna ATM?

Mestilah boleh. Inilah cara yang paling afdal dan ia salah satu alternatif untuk buat semakan baki akaun BSN melalui online.

Cuma anda perlu keluarkan peluh dengan keluar daripada rumah dan singgah ke mana-mana ATM BSN yang berhampiran. Kami cadangkan anda hanya perlu hadir ATM apabila sudah confirm duit sudah ada dalam akaun.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk check balance BSN menggunakan ATM:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM BSN yang berhampiran
  2. Cucuk kad ATM anda pada slot yang disediakan.
  3. Pastikan slot tersebut mempunyai lampu menyala berwarna hijau sebelum anda cucuk kad ATM
  4. Jika tidak, jangan menangis tak berlagu jika kad ATM BSN anda sangkut di dalam mesin ATM tersebut
  5. Seterusnya, masukkan nombor PIN bagi kad ATM anda
  6. Beberapa pilihan akan tertera di skrin
  7. Tekan PERTANYAAN
  8. Akan keluar mesej URUSAN SEDANG DIPROSES. SILA TUNGGU.
  9. Tunggu beberapa saat
  10. Baki akaun BSN anda akan terpapar seperti contoh di bawah:

[su_panel]

BAKI AKAUN: RM 750.00

HAD LIMIT HARIAN

PENGELUARAN & PINDAHAN: RM 3,000.00

PEMBELIAN (POS): RM 3,000.00

STATUS TRANSAKSI LUAR NEGARA: TIDAK AKTIF

[/su_panel]

 

Akhir kata

Tak perlu pening-pening kalau ada orang tanya “Macam mana nak semak baki akaun BSN saya?”. Anda boleh bantu mereka dengan berkongsi artikel ini. Tunjuk mereka sekali cara untuk guna BSN DuitNow transfer yang terbaru.

Diharapkan agar perkongsian untuk semak baki akaun BSN melalui online ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Untuk transaksi-transksi atas talian, jika tidak dapat menerima kod TAC atau OTP, kami sarankan agar anda kemaskini nombor telefon BSN yang ada dalam sistem daripada yang lama kepada nombor telefon yang baru.

Semoga dipermudakan segala urusan.

Categories BSN

3 thoughts on “Macam Mana Nak Semak Baki Akaun BSN Saya?”

Leave a Comment