Semak Baki Akaun BSN Melalui Kad Pengenalan


Mungkin ada yang nak semak baki akaun BSN melalui kad pengenalan tapi tak tahu macam mana nak buat. Tak mengapa. Kami ada jawapannya. Jom baca artikel ini untuk ketahui bagaimana nak check balance akaun BSN anda dengan pelbagai cara.

Izinkan kami berkongsi.

Semak baki akaun BSN melalui kad pengenalan di kaunter BSN

Untuk persediaan, sila dapatkan kad pengenalan anda terlebih dahulu. Jika dah ada, boleh terus ikut langkah-langkah berikut:

  1. Hadir di mana-mana cawangan atau kaunter BSN berhampiran.
  2. Pergi ke kaunter hadapan pintu masuk untuk ambil nombor giliran.
  3. Tunggu seketika sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  4. Apabila nombor anda dah dipanggil, sila terus ke kaunter urusan yang diberitahu.
  5. Nyatakan tujuan anda untuk semak baki akaun BSN.
  6. Berikan dokumen atau butiran pengenalan diri seperti kad pengenalan jika diminta.
  7. Tunggu seketika sehingga permintaan anda diproses oleh kakitangan di kaunter urusan.
  8. Baki akaun BSN anda akan dimaklumkan.
  9. Selesai.

Semak baki melalui panggilan telefon

Seterusnya, anda boleh semak baki akaun BSN melalui kad pengenalan dengan menelefon Bahagian Khidmat Pelanggan BSN.

Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Dail 1300-88-1900 untuk menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN.
  2. Tunggu sehingga panggilan anda dijawab.
  3. Kemudian, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda untuk semak baki akaun BSN anda.
  4. Tunggu seketika sehingga panggilan anda disambung ke bahagian berkaitan.
  5. Apabila panggilan sudah disambung, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda sekali lagi.
  6. Berikan segala butiran diri seperti nombor kad pengenalan jika diminta.
  7. Tunggu seketika untuk permintaan anda diproses.
  8. Baki akaun BSN anda akan dimaklumkan.
  9. Selesai.

Sekadar makluman, anda juga boleh menghubungi talian di atas untuk sebarang masalah, pertanyaan lanjut atau bantuan yang berkaitan BSN selain daripada semak baki akaun.

Semak baki akaun BSN secara online

Kalau anda tak ada masa nak ke kaunter BSN untuk semak baki akaun. Boleh juga check online balance BSN anda di laman web BSN.

Tapi, untuk gunakan cara yang ini. Pastikan anda dah register akaun BSN online. Andai kata anda tak tahu macam mana nak register, sila rujuk tutorial BSN online register dalam Bahasa Melayu ini.

Katakanlah yang anda memang dah ada akaun, jom ikuti panduan semak baki di bawah:

  1. Layari laman web rasmi MyBSN di sini https://www.mybsn.com.my.
  2. Halaman utama myBSN Internet Banking akan terpapar.
  3. Kemudian, masukkan Username anda dan tekan butang Login.
  4. Seterusnya, sahkan gambar Security Image milik anda.
  5. Sila tekan butang Yes untuk mengesahkan.
  6. Berikut, masukkan Password dan tekan butang Login.
  7. Anda akan dibawa terus ke profil akaun anda.
  8. Sila klik Account Overview pada bahagian menu di sebelah kiri.
  9. Tekan Savings Account.
  10. Lihat Balance untuk semak baki akaun BSN anda.
  11. Selesai.

Boleh tak semak baki akaun BSN guna SMS?

Jawapannya boleh. Anda boleh semak baki akaun BSN anda menggunakan SMS. Jadi kalau tak ada internet pun tak akan ada masalah untuk check balance.

So macam mana nak buat semakan guna SMS? Mudah saja.

Guna cara ini:

  1. Buka ruangan SMS pada telefon pintar atau bimbit anda.
  2. Taip BAL<jarak>M-PIN pada ruangan SMS.
  3. Kemudian, hantarkan ke 36898.
  4. Tunggu seketika sehingga anda mendapat SMS dari BSN yang mengandungi baki akaun anda.
  5. Selesai.

Contoh SMS:

Taip BAL M-PIN dan tekan Hantar ke 36898

Nak semak baki akaun di mesin ATM?

Tak ada masalah. Cara-caranya pun tak susah, cuma agak memakan masa dan tenaga anda. Kalau anda masih nak semak baki akaun di mesin ATM, boleh ikut langkah-langkah ini:

  1. Kunjungi mana-mana mesin ATM yang berhampiran.
  2. Masukkan kad ATM anda pada ruangan yang disediakan.
  3. Seterusnya, tekan nombor PIN kad ATM anda.
  4. Beberapa pilihan akan tertera di skrin.
  5. Sila tekan pada bahagian PERTANYAAN.
  6. Anda akan menerima mesej seperti URUSAN SEDANG DIPROSES. SILA TUNGGU.
  7. Tunggu seketika.
  8. Baki akaun BSN anda akan dipaparkan.

Akhir kata

Dah tak perlu lagi runsing kalau tak tahu macam mana nak semak baki akaun BSN melalui kad pengenalan. Sebabnya anda hanya perlu rujuk artikel kami ini. Mudah bukan?

Diharapkan penulisan ini dapat membantu urusan kewangan anda menjadi lebih ringkas dan cepat.

Sekiranya ada buat pinjaman dengan BSN, anda juga boleh semak baki pinjaman peribadi BSN secara online.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

23 thoughts on “Semak Baki Akaun BSN Melalui Kad Pengenalan”

  1. Dh col hot line tp x penah dpt..On line banking kn blok nk realese x bole..cl hotline pn x dpt..g kaunter staf pn x nk tlg

    Reply
  2. Assalamualaikum? Mcm mane nak aktif akaun beku, zaman pakai buku rujukan, terlupa no pin, no akaun buku hilang, pengeluaran wang melalui resit
    Cek tanda tangan.

    Reply
  3. Akaun beku, tahun 90an melalui buku bank. Buku hilang
    No pin lupa, pengeluaran wang tunai melalui cek bertandatangan

    Reply

Leave a Comment