Nama Syarikat Yang Menarik


Aku faham. Kau tak nak nama company yang tak sedap didengar. Kalau boleh, kau nak nama syarikat yang menarik, unik, catchy dan menarik perhatian. Tapi itulah. Kau jenis orang tak ada idea. Lagi satu, mungkin kau jenis orang yang malas nak berfikir.

Aku tahu kau tengah angguk-angguk setuju dengan apa yang aku cakap ini.

Kenapa perlu nama syarikat yang menarik?

Kau pun tahu jawapannya kan?

Ini tentang branding. Kalau orang tengok nama company pun tak ada selera, mungkin tak ada yang nak berurusan langsung dengan kau.

Satu lagi, nama syarikat perlu menarik supaya mudah orang ingat. Cuba kau tengok nama company Teguh Maju Sdn Bhd dengan Blue Frog Sdn Bhd.

Yang mana satu lekat dalam kepala otak kau?

Aku yakin kau akan cakap Blue Frog Sdn Bhd sebab ia satu nama yang unik. Dalam otak orang yang baca nama syarikat kau, dia akan mula proses sesuatu dalam fikiran dia.

“Apa benda weh katak biru. Dah kenapa nama company dia katak biru?”

Nampak tak di situ?

Jangan guna nama company yang tak catchy

Aku tahu, orang Melayu dan juga kaum Bumiputera ini suka terikut-ikut dengan trend. Aku tak kata salah. Cuma kalau ikut trend ini, kau akan terus jadi pengikut.

Dalam bisnes, kita bukan nak jadi pengikut. Kita nak jadi leader. Kita nak orang ikut kita.

Dia macam ni sebenarnya. Ramai yang suka guna nama yang bisnes lain dan guna seperti, Pakar, Sifu, Taiko, Power, Meletop, Viral dan lain-lain lagi.

Bab nama Viral ini paling aku benci. Dah kenapa nak guna Viral? Confirm sedap? Confirm bisnes kau bagus?

Contoh nama syarikat yang menarik

Aku tak spesifikkan untuk mana-mana industri. Cuma yang paling ramai orang cari ialah nama syarikat makanan yang menarik.

Ini antara beberapa frasa yang kau boleh gunakan:

  • Crunchy
  • Crispy
  • Delicious
  • Delight
  • Fluffy

Seterusnya, kau kena tambah perisa dengan makanan yang kau jual seperti:

  • Donut
  • Keropok
  • Kerepek
  • Corndog

Akhirnya, kau gabungkan kedua-duanya sekali. Contohnya adalah seperti berikut:

  1. Kerepek Crunchy Sdn Bhd
  2. Keropok Crispy Sdn Bhd
  3. Donut Fluffy Enterprise
  4. Corndog Delight Enterprise

Lagi contoh nama kedai yang catchy

Ini pula contoh nama perniagaan yang cantik dan sesuai digunakan untuk mana-mana syarikat yang letak signboard. Kalau Milikan Tunggal, letak Enterprise. Kalau Sendirian Berhad, letak Sdn Bhd sahaja.

Aku tidak berikan cadangan nama syarikat secara sepenuhnya kerana kau masih perlu gabungkan power words ini dengan produk atau servis.

Contoh perkataan dalam Bahasa Inggeris:

  • Inspiring
  • Dazzling
  • Dynamic
  • Stunning
  • Savvy
  • Crave
  • Genius
  • Captivate
  • Alive
  • Easy
  • Satisfy
  • Frenzy
  • Optimize
  • Synergy
  • Intelligence
  • Intellect
  • Quadrant
  • Ideal
  • Destiny

Contoh perkataan dalam Bahasa Melayu:

  • Aspirasi
  • Horizon
  • Wasilah
  • Sinergi
  • Nirmala
  • Sirna
  • Berjaya
  • Gigih
  • Mobiliti
  • Cakna
  • Paradigma
  • Afdal
  • Abstrak
  • Estetika
  • Idaman
  • Bitara
  • Alaf
  • Mutakhir
  • Simbiosis
  • Relevan
  • Era

Contoh nama syarikat yang berjaya dihasilkan dengan gabungan perkataan

Ini adalah bontoh gabungan power words dengan produk atau servis kau:

  • Interior Estetika Sdn Bhd
  • Syarikat Pembersihan Sinergi Aktif
  • Clothing Frenzy Sdn Bhd
  • Kedai Pakaian Sirna Sdn Bhd

Ada cadangan nama untuk company kontraktor?

Kalau kau ada syarikat pembinaan atau pembersihan, itu ada teknik lain. Nama company kontraktor perlukan pemilihan perkataan yang nampak sifat-sifat teliti, gagah, berkuasa dan secara asasnya nampak strong.

Contoh power words dalam English:

  • Solid
  • Strength
  • Integrity
  • Endurance
  • Bold
  • Ultimate
  • Energize
  • Exquisite
  • Remarkable

Contoh power words dalam Bahasa Melayu:

  • Cekap
  • Teliti
  • Urus
  • Pantas
  • Dedikasi

Nama syarikat yang baik dalam Islam

Secara asasnya, asalkan nama syarikat yang dipilih itu tidak melanggar apa-apa hukum agama, ia harus digunakan. Antara cadangan aku, gunakan 99 nama Allah. Cuma nasihat aku, sebelum kau gunakan nama Allah ini, perhatikan maksudnya terlebih dahulu kerana tidak semua sesuai.

Elakkan dari menggunakan “Al” kerana ini membawa maksud “Maha”. Aku rasa SSM juga tidak akan benarkan penggunaan kalimah atau nama Allah secara suka-suka dan membuta tuli. Semuanya tertakluk kepada kelulusan SSM nanti.

Ini sekadar contoh:

  • Rahman Retail Sdn Bhd
  • Rahim Brothers Sdn Bhd
  • Salam Vacation Enterprise
  • Aziz
  • Jabbar
  • Kedai Makanan Razzaq
  • Fattah Interior Design
  • Basit
  • Muiz
  • Halim
  • Latif
  • Jalil Trading Enterprise
  • Karim
  • Hakim

Adakah ini nama syarikat yang membawa rezeki?

Nama syarikat yang baik dalam Islam seperti yang aku kongsikan di atas bukanlah satu guarantee bahawa syarikat kau akan catat untung dan berjaya.

Ia hanya sekadar nama. Untung atau tidak sesuatu syarikat itu tetap bergantung kepada usaha kau dalam menguruskan syarikat dan membuat jualan. Tidak dilupakan, untuk murah rezeki, kau juga mestilah selalu bersedekah dan berdoa pada Allah supaya perniagaan semakin maju.

Antara mindset yang kau boleh cuba praktikkan ialah dengan berkata dan berjanji pada diri sendiri, “Aku nak kaya dan berjaya supaya aku boleh bayar zakat lebih banyak”.

Kalau itu yang kau sematkan dalam hati, iaitu dengan berniat mendahulukan zakat dan sedekah, pasti Allah akan permudahkan.

Syarikat perlu guna nama Melayu?

Tak semestinya. Kau bebas menggunakan apa-apa nama syarikat yang difikirkan baik asalkan tidak melanggar undang-undang. Nak guna English boleh, nak guna Bahasa Melayu pun boleh.

Yang penting, jangan sampai dalam bab mahu membuka syarikat baru, kau hilang jati diri dan keyakinan kerana malu menggunakan Bahasa Melayu dalam berurusan tentang hal perniagaan seharian.

Kedai perniagaan online vs kedai fizikal di premis lot kedai? Ada beza tak?

Kedai fizikal, perlu sewa. Kedai online, tak perlu sewa. Itulah bezanya.

Cuma dari segi nama syarikat, tidak ada beza. Kau bebas menggunakan apa-apa nama syarikat untuk kedua-duanya.

Yang lebih utama di sini, kalau kedai yang terletak di lot-lot kedai, kau perlu letakkan signboard dan bunting supaya mudah dilihat oleh orang yang lalu-lalang di hadapan kedai. Nama kedai yang unik dapat menarik perhatian. Itu satu bonus.

Kalau kedai online pula, kau perlu pastikan akaun media sosial kau sentiasa updated. Kalau gunakan website, pastikan laman web kau mempunyai design yang menarik. Upah designer jika ada bajet. Gunakan sistem seperti WooCommerce, Shopify dan lain-lain supaya pengurusan jual beli menjadi lebih sistematik. Kalau berniaga di Instagram, pastikan ada gambar-gambar aesthetic.

Contoh nama kedai online yang menarik yang aku kongsikan di atas itu hanyalah panduan semata-mata. Kau boleh ubah mengikut citarasa sendiri.

Perlu komen? Tak ada idea untuk nama syarikat di Malaysia?

Aku faham. Nak cipta nama syarikat yang bagus bukan mudah. Lagi satu, nama untuk company ini, kalau salah pilih, ia akan jadi masalah yang akan berpanjangan.

Jadi, kalau ada kesempatan, aku boleh tolong tengok-tengokkan dan beri cadangan untuk nama company baru kau. Nak aku komen nama company kau pun boleh.

Itu pun kalau kau percaya aku. Dan yang penting, syarikat kau mestilah yang berpengkalan di Malaysia. Kalau di Singapura atau Indonesia, aku tak tahu undang-undang sana.

Suggestion aku ini free sahaja. Tak ada caj apa-apa pun. Sekadar tolong kawan-kawan.

Kalau nak, kau cuma perlu isi borang ini sahaja. Cuma tak janjilah bila akan balas. Bila ada kelapangan, aku akan reply.

Akhir kata

Aku tak adalah sampai nak bagi kau idea nak tulis apa. Bisnes kau, kau fikirlah sendiri. Kau yang kena buat kerja-kerja mental.

Lainlah kalau kau nak bayar aku RM1 juta, bolehlah aku pecahkan kepala aku untuk buat branding company kau.

Fikirkan nama syarikat elok-elok. Jangan main-main bab branding.

Kalau dah jumpa sinar di penghujung jalan, cepat-cepat daftar SSM. Bukan apa, takut orang lain ambil nama syarikat yang kau nak. Melepas nanti. Pastikan tengok contoh nama syarikat untuk finalize idea yang ada.

Apa-apa pun, aku doakan bisnes kau berjaya. Tolong komen di bahagian bawah juga kalau kau dah ada nama syarikat sendiri. Boleh juga beri inspirasi kepada usahawan-usahawan lain. Aku doakan team dan group business kau juga terus maju ke hadapan.

Kalau ada duit lebih, bolehlah cuba perniagaan francais di Malaysia kerana risikonya lebih rendah berbanding buka bisnes sendiri.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

11 thoughts on “Nama Syarikat Yang Menarik”

  1. Assalamualaikum Tuan,
    Sy nk buka hotel kucing blh BG cadangan ke Nama apa yg sesuai,? Blh ke klu sy letak Nama
    AnNisa Cat hotel

    Reply

Leave a Comment