Nama Syarikat SSM (Company Enterprise & Sdn Bhd)


Kalau kau baru nak berniaga, kau kena ada nama syarikat yang menarik yang perlu didaftarkan dengan SSM. Ini bukan jenis berniaga ikut suka hati. Negara kita Malaysia ada undang-undangnya yang tersendiri.

Jadi, kalau kau betul-betul serius nak berbisnes, kau jangan ambil ringan tentang perkara-perkara macam ini.

Nama syarikat apa yang boleh digunakan dan dibenarkan SSM?

Secara asasnya, ada dua nama syarikat, nama perniagaan atau nama company yang kau boleh guna.

Guna nama sendiri

Yang pertama, kau boleh guna nama sendiri. Kalau nama kau Nasir bin Razak, kau boleh gunakan nama ini untuk syarikat kau. Asalkan nama syarikat yang kau nak buat ini sama seperti dalam kad pengenalan kau, tak ada masalah.

Contoh lain untuk nama syarikat bagi nama Cina ialah Lim Guan Kit. Manakala untuk nama India pula ialah Sammy A/L Vallo.

Itu sekadar contoh sahaja.

Untuk memudahkan pemahaman kau, kalau kau nak guna nama sendiri, kau hanya boleh gunakan dengan apa yang tertera pada MyKad sahaja.

Cuma tak menariklah kan?

Takkan nak guna nama sendiri pula.

Oleh sebab itu, SSM benarkan untuk kita gunakan nama selain nama sendiri.

Guna nama perniagaan

Tred itu dalam Bahasa Melayu. Trade itu dalam Bahasa Inggeris. Yang jadi pelik, SSM memelayukan Trade jadi Tred.

Mula-mula kepala otak aku macam nak pecah juga. Tred itu apa? Tak dapat nak cari maksudnya. Muncung-muncung mulut aku nak sebut. Trayd ke, terred ke atau terraid.

Entah kenapa dia guna tred pun aku tak pasti. Letak sahajalah nama perniagaan. Lagi mudah faham.

Terima kasih sudi dengar aku membebel.

Kalau kau masih tak faham aku membebel apa, Tred itu ialah Trade dalam Bahasa Inggeris. Trade itu maknanya Perniagaan.

Jadi, nama perniagaan yang kau boleh guna ialah yang bukan nama penuh kau dalam IC. Contohnya, Bapakku Enterprise atau Emak Kau Enterprise. Ikut suka kaulah nak letak apa sekalipun.

Cuma nama perniagaan yang bukan guna nama sendiri ini ada banyak pantang larang. Nama-nama company yang kau nak daftar akan tertalkuk kepada kelulusan Pendaftar Perniagaan.

Jadi, nama-nama seperti Syarikat Pembersihan Mak Kau Hijau mungkin tidak diluluskan kerana ia adalah kata-kata makian dan membawa maksud yang tidak baik.

Bayangkan kalau satu hari nanti company kau memang award.

“Dijemput syarikat terbaik tahun ini naik ke pentas. Berikan tepukan kepada Syarikat Pembersihan Mak Kau Hijau!”

Tak menarik langsung.

Lemah.

Akhir kata

Faham tak apa yang aku tulis tentang contoh nama syarikat SSM ini?

Kalau tak faham, kau memanglah. Aku dah tulis macam level budak Darjah 4 dah. Dah cukup santai dah.

Nak register Enterprise atau Sdn Bhd, sama sahaja prosedurnya. Cuma yang di belakang sahaja lain.

Apa-apa pun, aku doakan bisnes kau maju dan berjaya sampai ke bulan. Dah kaya nanti, jangan lupa bayar zakat. Yang lagi penting, kau jangan berlagak tayang kereta Mustang, Ferrari atau Lamborghini sambil posing depan-depan. Geli aku tengok.

Kalau ada apa-apa nak tahu, komen di bawah.

Categories SSM

5 thoughts on “Nama Syarikat SSM (Company Enterprise & Sdn Bhd)”

  1. Saya dah daftar guna nama sendiri ikut ic, dulu ingt nk bisnes suka, rezeki Allah bagi saya daftar lesen cidb dan kewangan, alhamdulillah ada buat kerja kerajaan, boleh ke saya tukar nama syarikat saya?

    Reply

Leave a Comment