Log Masuk STR


Sila ambil maklum bahawa bantuantunai.hasil.gov.my ialah pautan direct link untuk login STR yang rasmi. Walaupun dijenamakan semula daripada BTR (btr.hasil.gov .my) menjadi STR (bukan str.hasil.gov.my), intinya tetap sama. Tidak ada apa-apa perubahan yang ketara, kecuali pada nama dan URL sahaja.

Apa-apa pun, di bawah ini ialah perkongsian pautan dan juga cara untuk login STR untuk rujukan anda.

Sila ambil maklum bahawa pautan ini masih lagi belum live. Apabila dilancarkan kelak, link ini mungkin jem sebab terlalu ramai orang masuk.

Nasihat kami, sila masuk portal Sumbangan Tunai Rahmah 2023 pada waktu bukan puncak (contohnya 2 pagi dan ke atas) untuk mengelakkan kesesakan di bantuantunai.hasil.gov .my kerana ramai yang sudah tidur.

Berikut ialah langkah-langkah yang ringkas untuk log masuk STR:

  1. Layari portal rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Sumbangan Tunai Rahmah di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
  3. Masukkan No MyKad anda
  4. Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
  5. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  6. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 950202-03-5455, masukkan 950202035455
  7. Tekan butang Semak
  8. Sila ambil perhatian. Akan ada dua situasi di sini semasa dalam proses login STR:
  9. Yang pertama, jika ada belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.” Maka, anda perlu buat pendaftaran BTR terlebih dahulu.
  10. Yang kedua, jika anda sudah mendaftar, akan berjaya login STR
  11. Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah
  12. Selesai

Seperti yang dimaklumkan, laman web kerajaan termasuk STR Hasil selalunya akan sibuk pada waktu puncak kerana ramai orang mengaksesnya pada masa yang sama. Ini boleh menyebabkan laman web tersebut lambat, tidak stabil, berpusing-pusing dan secara tidak langsung akan menyebabkan kesulitan dalam mengakses maklumat yang dikehendaki atau menyelesaikan urusan yang diperlukan.

Untuk mengelakkan masalah akses portal rasmi STR pada waktu puncak, ada beberapa langkah yang boleh diambil:

  1. Akses portal rasmi STR pada waktu yang kurang sibuk, seperti pada waktu malam atau pada hari cuti.
  2. Gunakan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan melalui telefon bimbit kerana data yang digunakan lebih kecil.
  3. Sediakan maklumat yang diperlukan sebelum mengakses laman web kerajaan, ini akan memudahkan proses dan mempercepatkan akses dan mengisi maklumat yang diperlukan.
  4. Selalu refresh dan pantau laman web kerajaan untuk mengetahui masa yang sesuai untuk mengakses laman web.

Sekiranya anda masih mengalami masalah akses STR, sila hubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Akaun STR disekat?

Jika anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, jangan menggelabah.

Apa yang anda perlu buat ialah tunggu dalam masa lebih kurang 10 minit.

Selepas itu, cuba login sekali lagi.

Namun, jika masih lagi gagal, boleh rujuk panduan berkenaan STR akaun disekat.

Selepas Log Masuk STR, Perlu Buat Apa?

Ada banyak sebab seseorang itu perlu login STR selepas pendaftaran berjaya. Jangan ingat selepas selesai daftar, anda tidak perlu buat apa-apa. Pemohon bertanggungjawab untuk melengkapkan permohonan dan menyemak dari semasa ke semasa.

Selepas login STR, anda boleh melakukan perkaran-perkara berikut:

  1. Mohon STR
  2. Kemaskini STR
  3. Semak status permohonan STR
  4. Buat semakan STR
    1. Semak status kelulusan STR
    2. Semak bayaran STR
  5. Rayuan STR

Semakan STR Tanpa Login, Boleh Atau Tidak?

Berdasarkan pemerhatian kami, semua aktiviti melibatkan permohon bantuan seperti STR memerlukan pemohon log masuk.

Ini bermakna semakan STR tanpa login adalah tidak dibenarkan, kecuali atas beberapa perkara sahaja.

Antaranya, pemohon tidak perlu login untuk semak kelayakan STR kerana mana-mana pemohon yang layak akan menerima SMS dan email secara automatik.

Status pembayaran STR ke dalam akaun bank juga tidak memerlukan pemohon login ke portal STR. Ini kerana anda boleh menyemak baki dalam akaun bank melalui Perbankan Internet.

Masalah Log Masuk STR

Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login STR:

  1. Portal STR jem, tak boleh masuk
    • Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal STR mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
    • Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login STR dalam masa yang sama.
    • Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 12 tengah malam dan ke atas.
  2. Keluar error“ID pengenalan belum didaftarkan”
    • Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Prihatin Nasional atau bantuan-bantuan sebelum ini
    • Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.
    • Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun STR
  3. Kata Laluan salah
    • Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan?  sebelum mencuba Log Masuk STR
    • Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
    • Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu
    • Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya
    • Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
    • Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai

Maklumat lanjut berkenaan STR

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara login STR, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BTR, permohonan STR, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BTR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara login STR di bantuantunai.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat pendaftaran dan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah yang terbaru ini..

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon Sumbangan Tunai Rahmah ini.

Janganlah terlalu berharap kepada bantuan ini, bimbang akan kecewa nanti.

Benar, kita memang layak. Namun, tak semestinya bantuan ini ditakdirkan untuk kita.

Andainya rezeki tidak menyebelahi kita, janganlah marah-marah. Berlapang dada itu lebih baik

Apa-apa pun, kita cuba dahulu. Semoga berhasil.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Selepas selesai semua proses daftar STR, mohon STR dan kemaskini STR, barulah boleh buat semakan STR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

6 thoughts on “Log Masuk STR”

Leave a Comment