Kelas SEO Malaysia Online


Kalau kau orang Malaysia, kau sebenarnya boleh belajar dan ikut kelas SEO Malaysia. Boleh belajar secara online dan naikkan Page Rank 1 dalam Google Malaysia. Masalahnya, tak ramai yang buka kelas kerana mungkin takut orang lain lebih pandai dari dia.

Kalau kau salah seorang yang betul ingin tahu lebih lanjut, boleh baca panduan SEO Malaysia.

Kelas SEO Malaysia ini untuk siapa?

Kelas SEO ini untuk siapa-siapa sahaja. Kalau kau orang yang berasal dari Malaysia, tapi berada di United Kingdom, pun boleh join. Kalau kau berada di Indonesia, pun boleh join juga.

Cuma priority ialah pada orang Malaysia.

Secara ringkasnya, sesiapa sahaja orang Malaysia boleh masuk kelas SEO ini asalkan penulisan yang dibuat dalam blog adalah dalam Bahasa Melayu.

Ilmu itu milik Allah. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak yang Allah akan beri.

Aku tak tahu banyak, tapi aku boleh ajar. Harap-harap, ilmu yang aku nak kongsi ini akan dapat beri manfaat.

Kalau kelas SEO, mesti guna WordPress untuk dapatkan Page Rank 1 Malaysia?

WordPress adalah platform terbaik kalau kau nak ranking #1 di Google, lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu. Tidaklah sesukar untuk rank dalam Bahasa Inggeris.

Ada caranya.

Aku boleh tunjukkan.

Cuma kau mesti tahu cara nak buat blog dahulu.

Itu syarat pertama. Kalau sudah ada blog, itu lebih mudah.

Cuma guna WordPress itu bukanlah satu janji untuk naikkan ranking dapat Page Rank 1 di Google Malaysia. Ada banyak faktor-faktor lain yang perlu diambilkira.

Kenapa buat kelas macam ini untuk naikkan SEO ranking di Malaysia?

Aku tahu ramai orang nak belajar, tapi tak tahu nak belajar di mana. Kalau ada sekalipun di EventBrite atau Peatix, caj adalah tak masuk akal.

Yang lain-lain, kau tak akan jumpa punya.

Anggap sahaja ini adalah fardhu kifayah. Oleh kerana tak ramai yang kongsi, paling tidak satu orang mesti tahu dan kongsikan dengan yang lain.

Apa syarat nak belajar SEO dengan kau?

Aku tak letakkan syarat yang besar. Asalkan kau sudah setup blog guna WordPress, itu sudah memadai. Aku tak nak tolong orang yang tak nak tolong diri sendiri.

Belajar dahulu cara nak beli domain dan setup server hosting sendiri dahulu.

Kelas SEO ini percuma?

Untuk 3 orang pertama, ia percuma. Kalau cukup 3 orang, kita akan duduk di Starbucks dan aku tunjukkan caranya.

Aku ajar, percuma. Air kopi Latte atau Cappucino, kau bayar sendiri.

Tapi kalau kau dari syarikat atau agensi kerajaan yang nak kursus SEO, itu aku kena caj. Dan aku tak boleh nak belanja Starbucks. Syarikat atau agensi kau kena buat teh o’ panas.

Apa-apa pun, isi dulu borang ini:

Akhir kata

Demi memartabatkan Bahasa Melayu, aku sanggup buat kelas SEO untuk orang Malaysia. Aku tak mahu tengok lagi konten sampah yang keluar dalam carian aku.

Kalau boleh, aku nak lebih banyak lagi ilmu tersebar dalam Bahasa Melayu.

Adakah kau sudi nak join aku? Kau bersedia?

1 thought on “Kelas SEO Malaysia Online”

Leave a Comment