Check No Akaun BSN Di ATM


Macam mana cara check no akaun BSN di ATM yang sebenarnya? Sekiranya persoalan ini pernah terlintas di fikiran anda. Mari ketahui jawapannya di sini.

Izinkan kami berkongsi.

Cara check no akaun BSN di ATM

Nak semak no akaun BSN di mesin ATM bukannya susah sangat. Anda hanya perlu ikuti langkah mudah seperti yang kami nyatakan di bawah.

Berikut merupakan cara check no akaun BSN di ATM:

  1. Mula-mula sekali pastikan yang anda bawa sekali kad ATM atau debit BSN anda.
  2. Andai kata dah ada, sila kunjungi mana-mana mesin ATM BSN berhampiran anda.
  3. Selepas itu, masukkan kad ATM anda ke dalam ruangan kad yang disediakan (tunggu sehingga lampu hijau menyala baru masukkan kad).
  4. Tunggu seketika sementara kad anda sedang dibaca.
  5. Seterusnya, anda perlu memilih BAHASA yang ingin anda gunakan untuk urusan di ATM tersebut.
  6. Kemudian, masukkan Nombor PIN kad ATM anda.
  7. Tunggu seketika.
  8. Halaman menu utama akan dipaparkan.
  9. Pada bahagian SILA PILIH URUSAN YANG DIKEHENDAKI, tekan pada butang PERTUKARAN PIN / URUSAN LAIN.
  10. Selepas itu, tekan butang PENYATA MINI dan tekan butang YA.
  11. Tunggu seketika sehingga penyata mini anda selesai dicetak.
  12. Akhir sekali, ambil semula kad ATM dan penyata mini anda yang telah siap dicetak tadi.
  13. Anda boleh check no akaun BSN anda yang ada tertera pada penyata mini tersebut.
  14. Tamat.

Boleh ke semak di platform selain ATM?

Ya, anda boleh check no akaun BSN anda selain daripada ATM. Antara platform yang anda boleh gunakan untuk mengetahui nombor akaun anda adalah melalui BSN online banking, panggilan telefon, kaunter BSN atau pada buku bank BSN anda.

Banyak pilihan kan? So dah tak ada alasan lagi kalau masih tak tahu apa no akaun BSN anda. Apa yang perlu anda buat hanyalah tinggal pilih saja cara apa yang nak digunakan.

Masih ada masalah nak check no akaun BSN?

Jika anda masih menghadapi sebarang masalah atau kesulitan berhubung cara check no akaun BSN di ATM atau hal-hal lain yang berkaitan BSN. Anda boleh terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900.

Di samping itu, anda juga boleh menghantar emel ke alamat [email protected] untuk sebarang aduan atau maklum balas.

Akhir kata

Kami berharap artikel ini dapatlah membantu anda check no akaun BSN di ATM. Anda juga boleh kongsikan info ini kepada mereka yang mungkin belum tahu dan sangat perlukannya.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

Leave a Comment