Cara Register MySejahtera Untuk Syarikat (Premis Perniagaan)


Jika anda seorang peniaga yang mempunyai kedai atau premis perniagaan, jemput baca cara register MySejahtera untuk syarikat anda yang kami kongsikan di bawah melalui mysejahtera.malaysia.gov.my. Sila ambil maklum, hanya selepas selesai pendaftaran, barulah anda boleh print MySejahtera QR code untuk ditampal di pintu masuk kedai.

Apa itu My Sejahtera?

MySejahtera untuk apa sebenarnya? Bagi yang masih tertanya-tanya, sila baca serba sedikit tentang MySejahtera dalam perkongsian cara daftar MySejahtera untuk individu atau orang biasa yang tidak mempunyai perniagaan.

Untuk makluman, My Sejahtera ini adalah untuk semua. Bukan hanya premis perniagaan sahaja yang boleh gunakan MySejahtera. Gerai, kedai, kedai makan, pejabat, tapak pembinaan malahan sekolah pun boleh gunakan sistem ini.

1. Cara register MySejahtera untuk syarikat (Guna telefon)

Jika anda bercadang untuk buat pendaftaran menggunakan telefon bimbit, berikut ialah cara register MySejahtera untuk syarikat anda.

Sila ambil maklum bahawa proses pendaftaran ini memerlukan nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS.

  1. Layari laman web rasmi MySejahtera di mysejahtera.malaysia.gov.my
  2. Lihat menu di bahagian atas kanan
  3. Klik MySejahtera Check-In
  4. Kami andaikan bahawa anda adalah seorang pengguna baru
  5. Klik Daftar MySejahtera Check In
  6. Masukkan maklumat yang dipinta seperti berikut:
    • Country code: Malaysia (Bermula dengan kod +60)
    • Masukkan nombor telefon
    • Tick I’m not a robot
    • Pilih gambar yang terpapar
    • Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with cars, pilih semua gambar yang ada gambar kereta
    • Tekan butang VERIFY
    • Tekan butang Register
  7. Tunggu sehingga anda menerima OTP melalui SMS untuk proses verifikasi nombor telefon
  8. Masukkan OTP yang diterima
  9. Tekan butang Submit
  10. Isikan maklumat dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
    • User Name
    • Business Name
    • Contact Name
    • Current Address
    • Postcode
    • State
  11. Tekan butang Submit
  12. Pendaftaran MySejahtera anda kini sudah selesai
  13. Anda sekarang sudah boleh buat QR Code My Sejahtera

Sekiranya ada masalah untuk login, sila ikut langkah untuk reset password My Sejahtera.

2. Cara register MySejahtera untuk premis perniagaan (Guna email)

Cara daftar MySejahtera menggunakan email adalah lebih kurang sama sahaja. Cuma tidak perlu masukkan 6 digit OTP.

  1. Layari laman web rasmi MySejahtera di https://mysejahtera.malaysia.gov.my
  2. Lihat menu di bahagian atas kanan
  3. Klik MySejahtera Check-In
  4. Kami andaikan bahawa anda adalah seorang pengguna baru
  5. Klik Daftar My Sejahtera Check In
  6. Masukkan maklumat yang dipinta seperti berikut:
    • Masukkan alamat email yang sah dalam ruangan Email Address
    • Tick I’m not a robot
    • Pilih gambar yang terpapar
    • Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with cars, pilih semua gambar yang ada gambar kereta
    • Tekan butang VERIFY
    • Tekan butang Register
  7. Tunggu sehingga anda menerima email dari My Sejahtera untuk proses verifikasi
  8. Klik pautan dalam email yang diterima
  9. Isikan maklumat dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
    • User Name
    • Business Name
    • Contact Name
    • Current Address
    • Postcode
    • State
  10. Tekan butang Submit
  11. Pendaftaran MySejahtera anda kini sudah selesai
  12. Anda sekarang sudah boleh buat QR Code

 

3. Cara buat QR Code, selepas daftar MySejahtera

Untuk memudahkan orang ramai supaya tidak perlu tulis nama, nombor telefon dan rekod suhu badan dalam buku yang besar itu, anda boleh gunakan terus QR Code.

Secara ringkas, berikut ialah cara buat QR Code untuk premis perniagaan:

  1. Ikut proses daftar My Sejahtera seperti di atas
  2. Selesai sahaja anda tekan butang Submit, bahagian Print QR akan keluar secara automatik.

Untuk langkah yang lebih terperinci, rujuk panduan dan cara buat QR Code My Sejahtera.

 

4. Cara login My Sejahtera online

Berikut ialah langkah-langkah atau cara login MySejahtera. Pastikan anda sudah install app MySejahtera dan mengikuti cara daftar MySejahtera.

  1. Buka aplikasi MySejahtera atau laman web rasmi MySejahtera
  2. Tunggu sehinga siap loading sepenuhnya
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik Log Masuk
  5. Jika terlupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan
  6. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda boleh login MySejahtera
  7. Selepas log masuk, anda boleh cetak QR code
  8. Anda juga boleh tambah premis menggunakan akaun yang sama

 

Akhir kata

Kami menyambut baik langkah kerajaan dalam memperkenal sistem MySejahtera ini. Pada awalnya, ramai yang tidak pasti samada mahu guna MySejahtera atau Gerak Malaysia.ย Kini ramai yang sudah faham penggunaan MySejahtera.

Diharapkan agar perkongsian cara register MySejahtera ini dapat memudahkan lagi urusan anda. Diharapkan juga agar bisnes anda semakin pulih.

Sama-sama kita cari rezeki.

Bagi sesiapa yang mempunyai syarikat atau perniagaan di negeri Selangor, anda juga boleh guna dan daftar ย Selangkah Selangor.

Semoga bermanfaat.

29 thoughts on “Cara Register MySejahtera Untuk Syarikat (Premis Perniagaan)”

    • Kalau melalui mysejatera…pelanggan yg dah check in kat premis kita biasanya hanya KKM yang tahu bila ada kes baru…KKM akan hubungi setiap orang yg pernah berurusan disesuatu premis tersebut.Kalau untuk kegunaan kita sendiri untuk check pelanggan yg pernah masuk ke premis kita.Saya cadangkan tuan gunakan google form.Go to google…cari google form…isi apa-apa maklumat yg tuan kehendaki berkaitan pelanggan tuan..Kemudian copy and paste url tersebut…save kan dan paste ke qr code generator(app)..dan printkan qr code tersebut.Bila ada mana-mana pelanggan yg dah check in..kita boleh lah check di excell dgn pastekan url tersebut.Di situ akan ada segala butir2 yg tuan perlukan dari pelanggan.Maaf kalau saya silap.
      Tuan boleh hubungi saya melalui e mail saya utk lebih lanjut.

      Reply
  1. salam. Hai saya nak tanya.

    1- Jika di ‘entrance’ kompani sudah melakukan Mysejahtera ”scanning” ,
    dan di dalam kompani terdapat ruang servis yang berbeza, adakah setiap ruang servis perlu melakukan ‘scanning’mysejahtera juga?

    2 – jika perlu, bagaimanakah cara untuk mencipta qr code & siapakah yang boleh mendapat aksess untuk memeriksa sejarah kedatangan pelanggan kami?

    terima kasih.

    Reply
    • Mohon saya cuba menjawab soalan puan.Maaf kalau saya silap.
      Utk soalan pertama…yg terbaru arahan kerajaan mana2 premis yg dah ada mysejahtera…pelanggan cuma dikehendaki scan cuma sekali sahaja sewaktu mula entrance..walaupun lain2 unit atau bahagian atau cawangan atau lain2 premis masih dlm bangunan yang sama.

      Utk soalan kedua ..puan boleh gunalan google form untuk buat qr code dan semakan pelanggan puan
      Cara nya pergi ke google form..Isi maklumat pelanggan yg puan perlukan..Copy and paste url tetsebut ke qr code generator(boleh dapati melalui google search).Save kan url tersebut dan print.Bila ada mana2 customer yg check in gunakan qr tersebut..puan boleh check melalui excell dgn syarat copy and pastekan url tersebut ke excell.

      Reply
  2. salam. Hai saya nak tanya.

    1- Jika di ‘entrance’ kompani sudah melakukan Mysejahtera ”scanning” ,
    dan di dalam kompani terdapat ruang servis yang berbeza, adakah setiap ruang servis perlu melakukan ‘scanning’mysejahtera juga?

    2 – jika perlu, bagaimanakah cara untuk mencipta qr code & siapakah yang boleh mendapat aksess untuk memeriksa sejarah kedatangan pelanggan kami?

    terima kasih.

    Reply
  3. Kalau buat bisnes car rental dan hantar kenderaan kepada pelanggan macamana?boleh ke diangkut barcode tu kehulu kehilir

    Reply
  4. sy nak tambah location di acc mysejahtera. di situ pun ad mention “Notis: Anda boleh menambah lokasi lain” tp bila sy nk print out, ad 2 nama pula dkt 1 QR code. bagaimana ya?

    Reply
  5. saya dah register my sejahtera dan ingin memdapatkan bar code tapi bila login diberitahu masih blo mendaftar..pada hal saya sudah pun mendapat email mengatakan sudah berdaftar dan akaun aktif. macamana harus saya login untuk mendapatkan bar code untuk permis perniagaan itu. mohon penjelasan tindakan selanjutnya. terima kasih.

    Reply
  6. Saya ingin mendaftar My Sejahtera, kami menjalankan outdoor senaman sahaja, tapi dalam aplikasi salah satu soalan – premise catogory, Patut saya memilih Other untuk pendaftaran saya sebab kami hanya outdoor senaman sahaja.
    Harap boleh dapat bantuan pihak tuan.
    Sekian terima kasih.

    Reply
  7. Selamat sejahtera dan selamat pagi, tuan.

    Saya terdaftar Mysejahtera untuk syarikat saya dengan menggunakan nombor handphone personal, sekarang saya sendiri tidak dapat daftar Mysejahtera untuk kegunaan sendiri. Apa cara untuk menukar nombor perseorangan itu ke nombor syarikat, tolong tunjuk cara, terima kasih!

    Reply
  8. Premis Perniagaan saya mengunakan qr code mysenjahtera lama. Macam mana nak update qr code lama ke baru yang ada alamat di bawah nama premis,

    Reply
  9. unit SEWA premis peninagaan saya belum beroperasi tetapi terdapat syarikat lain yang guna unit ini sudah beroperasi dan telah mendafter my sejahtera aplikasi di pintu masuk , adakah saya perlu mendaftar lagi my sejahtera apps

    Reply

Leave a Comment