Cara Nak Mulakan Bisnes Online (Secara Kecil-Kecilan)

Cakap tentang bisnes, semua orang boleh sembang. Tapi cakap tentang cara nak mulakan bisnes online yang boleh mendatangkan untung, itu yang susah.

Tak ramai boleh sembang.

 

Cara nak mulakan bisnes

Aku akan kongsi sikit, apa yang korang boleh buat.

1. Fikir branding dulu

Jangan terburu-buru buat bisnes tanpa hala tuju. Ikut pendapat aku, kau perlu buat branding untuk bisnes yang kau nak buat.

Jangan letak nama yang bukan-bukan. Cari nama yang senang orang ingat.

 

2. Beli domain

Siap-siap beli domain yang kau nak. Jangan sampai terlambat, orang lain ambil.

Aku nasihatkan, beli domain .com; sebab lebih mudah. Kalau .my; pun tak ada masalah.

Ini cuma pendapat peribadi aku. Boleh baca lanjut cara memilih domain name.

 

3. Setup media sosial

Cepat-cepat chop nama branding yang kau nak dalam Instagram, Facebook, Twitter dan Tik Tok. Aku rasa, empat ini sudah cukup.

Tak perlu yang lain-lain.

 

4. Tulis konten

Jangan terus nak menjual. Kau kena educate dulu customer. Share apa yang kau tahu tentang servis atau produk yang kau nak jual.

Orang pun tak jadi menyampah.

Yang terbaik ialah kau belajar atau join kelas SEO Malaysia supaya lebih mudah untuk dapatkan customer.

 

Penutup kata

Aku galakkan untuk kau cuba apa yang aku senaraikan di atas. Memang tak mudah, tapi berbaloi untuk jangka masa panjang.

Jangan buat kesilapan yang aku dah buat.

Perlu tahu juga, apa beza blog dan website. Jangan main buat ikut suka.

Nanti menyesal.

 


Lagi Artikel Tentang Blog ↓

Leave a Comment