Cara Daftar MySejahtera App (mysejahtera.malaysia.gov.my)


Semenjak tular wabak Coronavirus COVID-19 dan dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita semua diarahkan untuk duduk di rumah. Jika ingin buat pergerakan, perlu buat permohonan Gerak Malaysia. Bukan itu sahaja, ย kita juga mempunyai aplikasi MySejahtera dan MyTrace. Untuk memudahkan semua, izinkan kami kongsi cara daftar MySejahtera.

[su_note]

Nota:

[/su_note]

Sila klik sini untuk baca cara download MySejahtera dan seterusnya tebus RM50 kredit eWallet yang akan diberikan oleh kerajaan melalui inisiatif PENJANA.

Klik sini juga untuk membaca cara daftar MySejahtera untuk syarikat. Ini adalah penting untuk mana-mana peniaga yang mempunyai bisnes atau premis perniagaan yang dikunjungi pelanggan dalam tempoh PKPP.

Langkau artikel ini untuk terus merujukย cara buat QR Code My Sejahtera. Kalau ada masalah untuk login, cuba reset password MySejahtera.

1. Apa itu MySejahtera?

MySejahtera mmerupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia adalah bertujuan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri.

Pada masa yang sama, MySejahtera juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Dengan kata lain, MySejahtera boleh bantu Kerajaan Malaysia untuk bantu kita semua dalam melindungi diri dan keluarga dari Coronavirus COVID-19. Ia bertujuan untuk:

  • Menilai tahap kesihatan terhadap risiko COVID-19 untuk diri kita dan keluarga
  • Mendapatkan panduan kesihatan terkini berkaitan COVID-19
  • Mendapatkan panduan tindakan yang perlu diambil berdasarkan kategori risiko COVID-19
  • Mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan
  • Menerima maklumat yang terkini dan panduan mengenai COVID-19 dari sumber yang sahih

 

2. Cara daftar MySejahtera

Berikut ialah langkah dan cara daftar MySejahtera seperti yang dikongsikan dalam laman web rasmi mysejahtera.malaysia.gov.my

  1. Muat turun atau download dahulu aplikasi MySejahtera
    • Klik sini untuk Android melalui Google Play
    • Klik sini untuk Apple iPhone melalui App Store
    • Klik sini untuk Huawei melalui AppGallery
  2. Klik Daftar Di Sini
  3. Daftar dengan nombor telefon atau email
  4. Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
  5. Klik pautan pengesahan dalam email
  6. Anda kini berada dalam langkah 1 dalam proses daftar MySejahtera
  7. Masukkan atau kemaskini butiran pendaftaran
    • Nama pengguna
    • Nama penuh
    • Nombor telefon
    • Nombor Kad Pengenalan atau Passport
    • Umur
    • Jantina
    • Bangsa
    • Alamat semasa
  8. Anda kini berada dalam Langkah 2 dalam proses daftar MySejahtera
  9. Tetapkan Kata Laluan
  10. Tekan butang Sahkan
  11. Pendaftaran MySejahtera anda telah berjaya
  12. Anda akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah [email protected]. Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya”
  13. Tekan Tutup
  14. Kini anda sudah boleh login MySejahtera

 

3. Cara login MySejahtera

Berikut ialah langkah-langkah atau cara login MySejahtera. Pastikan anda sudah install app MySejahtera dan mengikuti cara daftar MySejahtera.

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Tunggu sehinga siap loading sepenuhnya
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik Log Masuk
  5. Jika terlupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan
  6. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda boleh login MySejahtera

 

4. Tebus MySejahtera RM50

Menurut siaran media dari YB Tengku Zafrul, Menteri Kewangan, kerajaan mengumumkan program RM750 juta kredit ePENJANA untuk rakyat Malaysia..

Bagi anda yang sudah muat turun My Sejahtera, anda boleh claim atau tebus RM50 dari Grab Pay, Boost dan Touch ‘n Go.

Amaun RM50 ini bukan dalam dalam bentuk tunai kerana ia akan dimasukkan sebagai kredit e-wallet.

Tempoh memohon RM50 kredit ePenjana adalah pada 31 Julai hingga 24 September 2020, dan tarikh akhir penggunaan ePEJANA adalah pada 30 September 2020.

Cara daftar MySejahtera sudah ada. Kini kami akan kongsikan pula cara untuk claim atau tebus kredit seperti di bawah.

Boost e-wallet

Sila layari dan baca cara guna ePenjana Boost untuk panduan yang lebih terperinci.

 

Touch n Go e-wallet

  1. Download Touch โ€˜n Go eWallet terlebih dahulu
  2. Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  3. Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  4. Sahkan atau verify akaun Touch โ€˜n Go eWalletย 
  5. Claim MySejahtera RM50 My Sejahtera

 

Grab Pay e-wallet

  1. Download app Grab terlebih dahulu
  2. Grabpay memang sudah sedia ada didalam app Grab
  3. Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  4. Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  5. Aktifkan Grabpay
  6. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  7. Ambil gambar kad pengenalan
  8. Tekan hantar
  9. Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul
  10. Tebus kredit MySejahtera RM50 mengikut arahan yang diberikan

 

Akhir kata

Mungkin anda rasa terlalu banyak mahu install. Apa-apa pun, kita percaya, kerajaan tahu apa yang terbaik untuk rakyat.

Diharapkan agar perkongsian cara daftar MySejahtera ini dapat memudahkan lagi pencarian maklumat anda.

Semoga kita semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah dari wabak COVID-19 ini.

Semoga bermanfaat.

35 thoughts on “Cara Daftar MySejahtera App (mysejahtera.malaysia.gov.my)”

  1. Because of technical problem, when i register again, system said that my phone number already exist, can’t proceed again. What should i do now?
    Firstly, i register using email, but i can’t bring my pc to enter work place. So i using phone number, maybe several times i register, they are allowed me to register again.

    Reply
  2. sya dh daftar my sejahtera.tpi kena tunggu di aktifkan melalui email @ no hnset.masalahnya 1/6 daftar.tpi tak ad apa2 maklumat..pening lh mcm ni.

    Reply
  3. Sy tlh mendftar my sejahtera tetapi hnya sempat mngisi password dan pengesahan password…selepas itu tiada apa2 respon..sepatutnya sy mndapat no id utk penggunaanya ttpi x dpt…bila sy klik my sejahtera dan ltak no telepon dan password yg sy cipta tu sy masih x dpt mmbukanya…apa yg perlu sy buat…

    Reply
  4. No otp hantar lebih dri 200 kali dah kat fon msj fon sy,hantar msj yg sama je,tolong hentikan..serabut la mcm nie,

    Reply
  5. Saya dah daftar mu sejahtera dah berbulan..tiba harini nak redeem rm50 dkt tng ewallet dia tulis mysejahtera belum daftar..apa benda

    Reply
  6. Saya cuba daftar my sejahtera,bila mohon otp daapt..tp bila nak masuk otp…system reply otp invalid…padahal baru dpt..mcmana tu?

    Reply
  7. Same issue like show ” Invalid user ID” when using Iphone, but i change to Android phone log in with Email still can & no problem. Is this iphone problem ???

    Reply
  8. Assalam. Saya dah register semua step dgn betul. Dan dah successful. Tapi bila nak sign in…. pop up “invalid user Id or password”. Helpdesk pun tak membantu.
    Ada sesiapa boleh share mcmana nk settle problem ni ya?

    Reply
  9. Kenapa saya nak login tak boleh? Daftar baru pun tak boleh,tertulis kat situ no ic saya telah digunakan,sedangkan saya tak pernah daftar guna nombor ic saya,saya daftar sebelum ini pun guna nombor telifon dan email je..tolong bagi tahu saya,juka nombor ic saya ada orang lain guna tolong block dia pun mysejahtra,please

    Reply
  10. I had accidentally logged out from MySejahtera. I had managed to reset my password successfully as I had totally forgotten my earlier password.

    However, when I try to login to MySejahtera again with the new reset password, I am getting error message “Invalid user ID or password”. Why I am unable to login to MySejahtera mobile app although I am able to reset my password successfully? It seems that irregardless of login using the email ID or the mobile phone ID with the reset password, I am still getting those error message “Invalid user ID or password”.

    This is really making me very upset with the app, as the helpdesk is not able to answer to my question.

    Please kindly respond asap.

    Thank you.

    Reply
  11. Sebelum ni sya mendaftar guna telefon anak sya.tetapi apabila saya guna tel sendiri tak boleh buka.tolonglah.sya warga emas tak pandai guna tel anggih.

    Reply
  12. Sudah berpuluh kali cuba register my sejahtera di handphone ke-2 (no lain), malang seribu kali malang, OTP request tidak pernah dihantar..

    Reply

Leave a Comment