Cara Daftar KWSP Guna Kiosk (Register i-Akaun, Walk-In di EPF)


Kepada ahli-ahli KWSP yang masih belum membuat pendaftaran i-Akaun, jangan risau kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda segala yang anda perlu tahu tentang cara daftar KWSP guna kiosk.

Bagi yang belum ada akaun lagi, jemput baca cara buka akaun KWSP terlebih dahulu.

Cara daftar KWSP guna kiosk

Kepada mereka yang tidak tahu, permohonan i-Sinar telah dibuka oleh kerajaan pada 21 Disember yang lepas. Tahu atau tidak sekiranya anda ingin membuat pendaftaran i-akaun, cara yang paling mudah adalah anda membuat pendaftaran di kiosk KWSP.

Mengapa? Ini kerana walk-in ke kiosk KWSP lebih mudah kerana anda tidak perlu membuat temu janji ataupun perlu beratur untuk membuat pendaftaran anda.

Sebab yang lain adalah, untuk pendaftaran pertama kali, anda memerlukan kod TAC dan perlu membuat pengesahan cap jari untuk menjana kod pengaktifan.

Perkhidmatan yang disediakan oleh kiosk KWSP

  • Pengaktifan kod TAC
  • Pendaftaran ahli baru
  • Pendaftaran i-Akaun
  • Cetak penyata KWSP
  • Semak profil
  • Mengemaskini profil

Cara daftar KWSP di kiosk berhampiran

Jika anda tidak mahir untuk daftar i-Akaun KWSP online atau melalui email, berikut ialah cara yang lebih mudah iaitu menggunakan kiosk KWSP.

Ikuti cara daftar KWSP guna kiosk seperti di bawah:

  1. Pertama sekali, hadirkan diri ke mana-mana cawangan KWSP yang mempunyai kiosk yang berfungsi.
  2. Masukkan kad pengenalan ke dalam ruangan yang disediakan dan nombor telefon anda yang masih aktif.
  3. Kemudian anda perlu mengecap cap jari anda pada ruangan scan yang disediakan.
  4. Selepas seketika, sekeping kertas penyata yang mengandungi nombor unik ID anda akan dikeluarkan. Anda juga akan menerima mesej yang mengandungi kata laluan sementara anda yang akan dihantar ke telefon pintar anda.
  5. Masukkan semula kad pengenalan anda dan anda perlu mengecap cap jari anda sekali lagi.
  6. Pilih Semak Penyata dan sekeping kertas lagi akan dikeluarkan oleh kiosk yang mempunyai penyata akaun 1 dan penyata akaun 2 anda serta baki keseluruhan akaun anda.
  7. Lalu, anda perlu install aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon anda.
  8. Muat turun di Apple App Store untuk pengguna Apple atau muat turun di Google Play Store buat pengguna Android.
  9. Masukkan nombor unik ID dan kata laluan sementara anda sebentar tadi.
  10. Kemudian masukkan nombor ID dan kata laluan yang baru dan yang mudah untuk anda simpan dan ingat apabila anda ingin log masuk ke i-Akaun anda pada masa akan datang.
  11. Selesai sudah urusan anda.

Cara daftar KWSP guna kiosk sudah dikongsikan seperti di atas.

Untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci, boleh dapatkan informasi berkenaan cara menggunakan kiosk KWSP di cawangan KWSP atau UTC.

Akhir kata

Selain cara daftar i-Akaun melalui email, kini anda mempunyai alternatif lain dengan mendaftar melalui kiosk KWSP yang berhampiran. Lebih mudah kerana boleh terus aktifkan.

Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian cara daftar KWSP guna kiosk ini akan dapat memudahkan urusan anda.

Jangan lupa baca cara daftar i-Sinar dan seterusnya cara mohon i-Sinar untuk keluarkan duit dari Akaun 1 yang dibenarkan oleh kerajaan semasa musim pandemik Covid-19 ini.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Daftar KWSP Guna Kiosk (Register i-Akaun, Walk-In di EPF)”

Leave a Comment