Cara Check Bil TNB 12-Digit Terkini


Zaman sekarang, jarang-jarang kita dengar orang bayar bil TNB di Pejabat Pos mahupun di Kedai Tenaga. Kalau ada pun, mungkin di kampung-kampung atau bandar kecil kerana orang-orang tua di sana lebih suka bayar bil elektrik secara tunai. Kalau orang yang dah biasa dengan Internet, bayar secara online itu lebih mudah. Walau bagaimanapun, sebelum buat pembayaran bil, anda perlu tahu cara check bil TNB terkini dengan nombor bil yang betul. Bukan apa, takut tersalah bayar dengan nombor bil yang salah, susah pula.

Di negara kita, Tenaga Nasional Berhad Berhad (TNB) merupakan syarikat pembekal tenaga elektrik yang utama dan terbesar. TNB berfungsi sebagai teras untuk menjana, menghantar dan membahagikan tenaga elektrik ke seluruh negara. Bagaimana kita hendak tahu jumlah penggunaan bil yang perlu dibayar? Bil elektrik akan diterima secara bulanan. Pegawai bertugas akan membuat bacaan meter elektrik di premis-premis tertentu. Pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara check bil TNB online dan beberapa soalan lazim yang sering ditanya untuk panduan anda.

Kandungan

Cara semak bil TNB 12-digit

Secara ringkas, ada dua cara untuk semak bil TNB 12 digit secara online.  

  1. Yang pertama ialah menggunakan portal myTNB. Yang kedua pula menggunakan aplikasi myTNB yang boleh didapati di iPhone dan Android. Cuma anda perlu pastikan anda telah mendaftar sebelum ini.
  2. Cara kedua untuk menyemak no bil TNB 12-digit ini ialah dengan menelefon TNB Customer Care di talian 1300 88 5454. Talian ini dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi sehingga 7 malam.

Bagaimana cara untuk semak bil?

Cara check bil TNB online yang paling mudah adalah menerusi portal myTNB. Anda boleh log masuk di portal myTNB dan klik pada bahagian INFORMATION > Bill & Payments.

Cara akses

Bagi kemudahan myTNB Self Service Portal, anda boleh melayari www.mytnb.com.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi myTNB Apps di telefon bimbit melalui Google Play atau App Store.

Tujuan portal

Pembangunan portal ini dilakukan atas beberapa tujuan untuk memberi khidmat terbaik kepada pengguna, iaitu:

  • Semakan dan pembayaran bil elektrik
  • Permohonan bekalan elektrik
  • Penukaran nama pada bil elektrik secara online

Apa beza myTNB Apps dan myTNB Self Service Portal?

MyTNB Apps adalah portal yang boleh diakses melalui telefon bimbit dan tablet. Manakala, myTNB Self Service Portal boleh dilayari melalui Internet di komputer atau komputer riba. Kedua-dua aplikasi ini membolehkan pengguna menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.

Bagaimana untuk mendaftar myTNB?

Sebelum kita pergi ke cara check bil TNB online menggunakan perkhidmatan ini, terlebih dahulu anda perlu mendaftar sebagai pengguna myTNB di pautan yang diberikan di atas.

Kemudian, anda boleh mendaftar di akaun-akaun TNB yang disediakan. Setelah berjaya mendaftar, anda boleh menguruskan bil anda melalui portal ini.

Kami ada sediakan panduan ringkas tentang bagaimana anda boleh mendaftar dan log masuk ke akaun myTNB anda.

Apa kemudahan yang disediakan dalam portal myTNB?

Anda boleh menyemak maklumat-maklumat berikut pada setiap akaun TNB yang didaftarkan

  • Bil elektrik semasa
  • Kadar atau trend penggunaan tenaga elektrik untuk 6 bulan sebelumnya
  • Sejarah bacaan meter (Meter Reading History) dan maklumat bayaran sebelumnya (Billing & Payment History)
  • Menggunakan lebih 1 akaun TNB
  • Memberi maklum balas kepada pihak TNB
  • Soal jawab
  • Menyimpan maklumat kad kredit untuk bayaran pantas
  • Senarai kontraktor elektrik berdaftar
  • Semak status bekalan elektrik
  • Maklumat akaun seperti jumlah deposit dan status akaun TNB

Pembayaran bil elektrik semasa

Permohonan online bagi kemudahan berikut:

  • Permohonan bekalan elektrik
  • Menukar nama pengguna (pemilik baharu atau penyewa)
  • Permohonan untuk membaca sendiri meter di premis pengguna
  • Penutupan akaun

4. Akses pautan-pautan lain berkaitan industri tenaga elektrik

Cara hubungi TNB

Jika bekalan elektrik terputus, sila hubungi 15454. Manakala, bagi sebarang pertanyaan umum sila dail 1-300-88-5454.

Malahan, boleh juga menghantar e-mel di [email protected] atau menghantar mesej di laman Facebook iaitu https://www.facebook.com/TNBcareline.

Alternatif lain ialah memberi maklum balas di ruangan ‘Feedback’ yang disediakan dalam portal untuk sebarang permasalahan.

Soalan lazim mengenai bil TNB

Adakah maklumat peribadi kita selamat?

Jangan risau, segala data dan maklumat peribadi anda selamat dalam portal ini. Pihak TNB menggunakan teknologi Internet bagi pengendali maklumat peribadi yang canggih dan terkini.

Jika mempunyai akaun sedia ada di myTNB Self Service Portal atau myTNB Apps, boleh gunakan akaun yang sama dalam salah satunya?

Ya, boleh. Kedua-dua portal mempunyai ID pengguna dan kata laluan yang sama bagi setiap pengguna.

Di bahagian mana untuk mencari bil nombor akaun TNB 12 digit?

Akaun 12 digit TNB boleh didapati di bahagian kiri atas bil bulanan.

Selain itu, anda juga boleh klik ‘More’ di bahagian ‘My Account’ di bawah ‘Electricity Supply Account List.’

Apa yang perlu dibuat jika Mother’s Name tidak dapat digunakan untuk penambahan nombor akaun?

Anda boleh hubungi TNB Careline iaitu 1300-88-5454 untuk tindakan selanjutnya.

Macam mana nak tambah akaun dalam myTNB?

Jika anda mempunyai lebih dari satu premis kediaman atau perniagaan dan bercadang untuk menambah akaun, anda boleh:

  • Log masuk portal TNB
  • Pergi ke pautan ‘Manage Account
  • Pilih ‘Owned / Other Account
  • Tambah ‘Add Account
  • Isikan maklumat yang diperlukan
  • Selepas berjaya, paparan akan keluar di bahagian dashboard portal

Macam mana jika akaun di myTNB Apps tiada dalam myTNB Self Service Portal?

Secara automatik kedua-dua aplikasi ini akan didaftarkan serentak kerana setiap pengguna mempunyai ID dan kata laluan yang sama.

Jika berlaku masalah dalam salah satu aplikasi, sila log keluar salah satu akaun yang telah dibuka. Kemudian, cuba log masuk sekali lagi.

Macam mana kalau ada masalah gagal cari alamat premis (data not found) bagi penambahan bekalan elektrik?

Pengguna boleh menggunakan cara ini:

  • Sila log masuk di myTNB
  • Pergi ke bahagian INFORMATION > Documents
  • Klik pada FAQ: Premise Searching

Jika bayaran telah dibuat, tetapi tidak dikemas kini

Dinasihatlkan hubungi pihak TNB Careline di 1300-88-5454 untuk tindakan selanjutnya.

Perlukah sentiasa kemas kini aplikasi

Jika hendak mendapatkan maklumat terkini, perkhidmatan terbaik, promosi dan sebagainya, pengguna digalakkan untuk membuat kemas kini.

Kenapa perlu buat pengesahan nombor telefon bimbit?

Untuk memastikan pengguna ialah pemegang akaun untuk tujuan transaksi.

Maksud RM0.00 dan simbol (–) pada bahagian ‘Due / My Earnings

Jika anda telah membayar kesemua bil semasa dan tiada tunggakan serta bil akan datang belum disemak lagi.

Maksud jumlah negatif (-) di ruang ‘Due

Jika anda membuat lebihan bayaran pada bil semasa anda.

Apa itu kilowatt-jam (kWh)?

kWh ialah jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan.

Cara menggunakan akaun Smart Meter?

Anda boleh menyemak Smart Meter di bahagian dashboard. Jika anda pengguna perkhidmatan ini, anda juga boleh menyemak penggunaan elektrik harian di bahagian ‘Month’ dan penggunaan bulanan di bahagian ‘Year.’

Apa maksud bayaran semasa?

Kadar bayaran yang dikenakan mengikut tarikh terkini dalam sesuatu bulan yang telah ditetapkan.

Apa maksud penggunaan semasa?

Kadar penggunaan elektrik mengikut tarikh terkini dalam sesuatu bulan yang telah ditetapkan.

Cara semak bil elektrik di myTNB Apps

Sila ke bahagian ‘Current Bill’ di bahagian dashboard. Bil terkini akan keluar dalam bentuk PDF. Kemudian, pergi ke bahagian ‘Bill’ untuk lihat bil dan sejarah bayaran.

Cara bayar bil melalui myTNB Apps

Sila tekan butang ‘Pay’ di bahagian dashboard. Pengguna boleh membuat bayaran secara kad kredit atau Online Banking menerusi FPX (transaksi bank).

Jika hendak bayar bil orang lain, boleh ke?

Ya, boleh. Jika anda hendak membayar bil ahli keluarga yang lain masukkan sahaja nombor kad pengenalan pengguna tersebut.

Berapakah jumlah maksimum dalam 1 transaksi?

Dalam 1 transaksi hanya RM5,000 dibenarkan melalui kad kredit atau debit dan transaksi bank.

Jika ada masalah untuk bayar secara online, apa boleh dibuat?

Pengguna boleh guna alternatif ini:

  • JomPay
  • One Stop Center
  • Direct Debit
  • Mesin ATM
  • Mesin Deposit Tunai
  • Kaunter
  • Cek

Pengesahan status selepas bayaran dibuat

Boleh dilihat pada paparan ‘Bills’. Klik pada bahagian ‘Payment History’ untuk lihat dan cetak resit berbentuk PDF. Para pengguna juga akan menerima e-mel untuk pengesahan status bayaran.

Cara untuk mendapatkan maklumat terkini

Selain anda boleh sentiasa menyemak portal myTNB, anda juga akan menerima notifikasi. Segala penambahbaikan, promosi, pengumuman dan sebagainya akan sentiasa dikemas kini untuk manfaat pengguna bersama.

Akhir kata

Diharapkan artikel ini dapat memberi maklumat kepada para pembaca tentang cara menggunakan myTNB. Ini merupakan pencapaian dalam usaha transformasi TNB untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara. Ini sejajar dengan moto TNB iaitu “Pelanggan Sentiasa Diutamakan.”

Walau sejauh manapun kecanggihan teknologi, yang paling penting ialah gunakan tenaga elektrik secara berhemah. Janganlah suka membazir sewenang-wenangnya kerana pembaziran itu ialah amalan syaitan.

Jika ada kesalahan fakta dan informasi yang tidak benar, diharapkan dapat memberi teguran. Kami mengalu-alukan juga penambahan fakta baharu untuk rujukan semua.

Semoga bermanfaat.

Categories TNB

5 thoughts on “Cara Check Bil TNB 12-Digit Terkini”

  1. Shum Chee Keong, nak semak TNB bill. untuk bayar online. Nombor Akaun TNB 220178369200…
    Terima Kasih.

    Reply

Leave a Comment