Semak Bil TNB 12 Digit Yang Baru (BUKAN 14 Digit)


Untuk pembayaran bil elektrik secara online menggunakan FPX mahupun kad kredit, anda mesti siap-sedia dengan nombor akaun TNB. Anda perlu semak bil TNB 12 digit yang baru, bukan 14 digit.

Nombor akaun atau bil TNB dengan 14 digit adalah yang lama dan tidak boleh digunapakai untuk pembayaran bil elektrik secara online. Jadi, macam mana nak semak bil TNB 12 digit?

Izinkan kami berkongsi.

Cara semak bil TNB 12 digit

Secara ringkas, ada beberapa cara untuk semak nombor bil TNB 12-digit, termasuk secara offline dan online.

1. Semak bil TNB yang dihantar ke rumah

Tidak kisah anda adalah pemilik rumah atau penyewa, anda akan dapat bil TNB setiap bulan. Sila lihat bil anda di bahagian paling atas yang tertera:

  • No. Akaun
  • No. Kontrak
  • Depost
  • No. Invois

No. Akaun itu ialah nombor bil TNB 12 digit anda.

 

2. Semak bil TNB 12-digit di portal myTNB

Seterusnya, untuk check bil TNB, anda boleh menggunakan portal myTNB. Sila pastikan anda sudah mendaftar di myTNB portal terlebih dahulu.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi myTNB di sini: https://www.mytnb.com.my
  2. Masukkan bahagian Enter Email Address
  3. Masukkan bahagian Enter Password
  4. Tekan butang Login
  5. Jika anda mempunyai beberapa akaun TNB, sila pilih akaun TNB yang dikehendaki
  6. Lihat dua butang ini yang terletak bersebelahan iaitu View Bill dan Pay Bill
  7. Klik View Bill
  8. Bil elektrik terkini anda akan dipaparkan dalam format PDF
  9. Sila lihat bil anda di bahagian paling atas yang tertera:
    • No. Akaun
    • No. Kontrak
    • Depost
    • No. Invois
  10. No. Akaun itu ialah nombor bil TNB 12 digit anda.
  11. Selesai

 

3. Check TNB bill 12-digit melalui aplikasi myTNB

Bagi yang mahir menggunakan telefon bimbit dan Internet, anda boleh gunakan aplikasi myTNB yang boleh dimuatturun secara percuma melalui Google Play dan App Store.

  1. Download dan install aplikasi myTNB
  2. Buka aplikasi myTNB
  3. Sila masuk menggunakan username dan password yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Login
  5. Anda kini berada di dalam sistem aplikasi myTNB
  6. Pilih Bahasa Melayu untuk menggunakan aplikasi ini dalam Bahasa Melayu
  7. Klik Bil di bahagian bawah skrin
  8. Jika anda mempunyai beberapa akaun TNB, sila pilih akaun TNB yang dikehendaki
  9. Tekan Lihat Butiran
  10. Tekan Lihat Bil
  11. Bil elektrik terkini anda akan dipaparkan dalam format PDF
  12. Sila lihat bil anda di bahagian paling atas yang tertera:
    • No. Akaun
    • No. Kontrak
    • Depost
    • No. Invois
  13. No. Akaun itu ialah nombor bil TNB 12 digit anda.
  14. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian panduan untuk semak bil TNB 12 digit ini akan memudahkan urusan pembayaran bil elektrik anda.

Bagi mana-mana pengguna yang mempunyai masalah untuk menambah bil elektrik ini dalam perbankan Internet, sila hubungi pihak bank untuk maklumat lanjut.

Untuk bil utiliti yang lain seperti bil air, boleh rujuk cara semak nombor akaun bil Air Selangor pula.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

2 thoughts on “Semak Bil TNB 12 Digit Yang Baru (BUKAN 14 Digit)”

Leave a Comment