Cara Cek Transaksi BSN (Semak Di mybsn.com.my)


Untuk penulisan kali ini, kami dah sediakan cara cek transaksi BSN yang boleh anda jadikan rujukan jika anda nak semak kemana perginya duit dalam akaun BSN anda selama ini. Ingin tahu macam mana nak buat?

Izinkan kami berkongsi.

Cara cek transaksi BSN di laman web mybsn.com.my

Kalau nak semak sejarah transaksi atau perjalanan keluar masuk duit dari akaun BSN anda. Anda boleh saja ketahuinya secara online di laman web BSN.

Ikuti panduan cek transaksi BSN seperti di bawah:

  1. Layari laman web BSN di mybsn.com.my.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama myBSN Internet Banking.
  3. Kemudian, pergi ke bahagian log masuk dan masukkan Username di ruangan yang disediakan dan tekan butang Login.
  4. Seterusnya, sahkan Online Image milik anda dengan memasukkan Password.
  5. Selepas itu, tekan butang Login lagi sekali.
  6. Laman utama profil atau akaun BSN anda akan terpapar.
  7. Selepas itu, sila lihat pada bahagian Menu di sebelah kiri skrin dan tekan pada bahagian Account Overview.
  8. Anda akan dibawa ke laman Account Overview.
  9. Kemudian, sila lihat pada bahagian Savings Account dan klik pada Account Number anda.
  10. Maklumat akaun anda akan dipaparkan secara automatik.
  11. Seterusnya, sila tekan pada butang Transaction History.
  12. Laman Transaction History akan dipaparkan.
  13. Sila lihat pada bahagian View Transaction For dan pilih Tempoh Transaksi yang anda ingin semak berdasarkan beberapa pilihan yang tertera.
  14. Selepas itu, tekan butang Submit.
  15. Sejarah transaksi BSN anda akan dipaparkan.
  16. Akhir sekali, sila tekan butang Print jika anda ingin mencetak sejarah transaksi BSN anda.
  17. Selesai.

 

Boleh ke semak transaksi dekat kaunter BSN?

Andai kata anda tak ada BSN online banking, anda juga boleh cek transaksi BSN anda di mana-mana cawangan BSN termasuklah kemaskini nombor telefon anda jika anda dah tukar ke nombor baru supaya tiada masalah untuk sebarang transaksi di kemudian hari.

Iyalah, orang kata dah alang-alang ada dekat sana. So, buatlah sajalah semua urusan berkaitan sekali jalan.

 

Ada masalah untuk cek transaksi BSN?

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan atau masalah berkenaan transaksi BSN atau hal-hal berkaitan. Anda boleh saja terus merujuk kepada Bahagian Khidmat Pelanggan BSN dengan menghubungi mereka di talian 1-300-88-1900 atau menghantar emel ke [email protected] bagi tindakan lanjut.

 

Akhir kata

Kami berharap agar penulisan mengenai cara cek transaksi BSN ini dapat memberikan faedah sekaligus mempermudahkan lagi urusan perbankan BSN anda.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

Leave a Comment