Cara Beli Kereta Terpakai (Second Hand)


Kau dah berapa tahun kerja tapi sampai sekarang masih lagi berdolak dalik, nak beli kereta ke tak? Nak beli yang first hand atau second hand? Mampu ke tak mampu? Tapi hati kau lebih kepada second hand kereta ataupun kereta terpakai sebab boleh jimat duit kau. Jadi kalau kau terasa nak angkat kereta second hand, ini cara beli kereta terpakai dari kami.

Walau bagaimanapun, kau kena decide samada nak beli cash direct owner atau buat pinjaman dengan bank. Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Apa pun, izinkan aku kongsi dulu apa yang kau patut tahu tentang pembelian kereta second hand.

Sebenarnya bukan first car sahaja yang perlu kau tahu segala maklumat tentang kereta itu luar dan dalam. Kereta terpakai atau kereta second hand pun kena tahu juga dari A to Z. Jadi di bawah ini antara cara-cara macam mana nak beli kereta terpakai.

Buat carian dan research online

Zaman sekarang ini semuanya dihujung jari. Tak perlu kau nak susah-susah jenguk kedai kereta second hand satu-satu. Berlecak mat cara beli kereta terpakai macam itu.

Jadi sebenarnya kau boleh buat carian jenis kereta apa yang kau nak dan sesuai dengan bajet yang kau dah buat kira-kira tadi. Ini antara list yang kau boleh buat research online :

Dengan carian dan belian secara online ini kau boleh elakkan dari kena tipu. Sebab kebanyakkan syarikat kereta terpakai ini yang dah berbayar dan memang ramai gunakan.

Setiap laman web ini dah letak siap-siap maklumat pasal kereta itu. Kalau nak lebih details mungkin kena PM tepi lah dengan car dealer semua ini.

Cara beli kereta terpakai yang tidak kurang dari 5 tahun

Ha bunyi macam “ha apa ni?”. Jangan terkejut sebenarnya cara ini amatlah betul. Sebab apa?

Sebabnya nak dapatkan kereta itu dalam performance yang okay dan selamat. Maksudnya lebih kepada dalaman kereta itu dan juga luaran kereta itu macam mana.

Logiknya, semakin lama sebuah kereta itu, mungkin banyak kos maintenance yang kau kena keluar kau. Manalah tahu, enjin dia ada problem, bumper belakang tercabutlah pula dah kena tukar. Payah dik.

Satu lagi lagi kau kena check mileage perjalanan kereta itu. Kalau mileage dia dan beratus ribu jauhnya, baik elakkan beli.

Mungkin ada certain spare partnya dah lama tak bertukar atau tak ummph dah lagi perfomancenya.

Jadi sebab itulah, bagusnya beli lah kereta terpakai yang umurnya kurang dari 5 tahun.

Buat kira-kira sebelum buat loan

Sebab kenapa cara ini yang paling penting, ini kerana semuanya berbalik kepada dana kau. Mungkin kau nak bayar lump sum sebab memang dah target dan kira-kira nak beli kereta mana. Atau kau nak beli kereta dengan cara buat loan bayar bila kau dapat gaji. Kalau kau beli kereta terpakai dengan cara loan, kau mesti buat kira-kira.

Formulanya selalunya apapun:-

  • harga kereta yang kau nak beli itu tak melebihi gaji tahunan kau. Contohlah, gaji kau RM 2,500 kenalah kali dengan 12 bulan so dapatlah RM30,000. (2,500 x 12). Kemudian kau kena pastikan yang ansuran bulanan kereta kau itu tak lebih dari 15% gaji bulanan kau. Makin rendah ansuran kereta kau, makin baguslah untuk kewangan kau.

Kalau tak tahu nak kira atau tak faham lagi, kau cuba buat kira-kira dekat kalkulator pinjaman kereta yang ada. Dari phone kau ke atau dari website ke.

Ketahui pemilik asal kereta second hand itu

Ha ini kena ada dalam cara nak beli kereta terpakai.

Kau jangan main beli dik. Kena ketahui dan kaji dari agent jual kereta itu, siapa pemilik atau owner asal kereta yang kau nak beli itu. Orang Malaysia ke tak, dah pindah milik ke, ada pernah kena saman ke sangkut mana-mana, kereta curi ke tak dan lain-lain lagi.

Kau boleh juga kaji dan cari pemilik asal kereta terpakai sendiri  online pun boleh.

Kita dalam urusan jual beli ini, tak tahu jumpa agent yang jujur atau tak. Kalau tak jujur, entah-entah itu kereta curi dia, kemudian di palsukan semua maklumat, jual dekat kita, sekali kena tahan polis sangkut ini kereta curi. Burn duit macam itu sahaja, sekalilah dengan kau burn dengan agent itu.

Cara beli kereta terpakai dengan check kereta dulu

Ini kau memang kau kena buat dik.

Masa kau dah buat research pasal kereta apa yang kau nak beli, lepas itu proceed dengan agent kereta itu nak check kereta terpakai itu luar dan dalam.

Bukan enjin sahaja penting, brake, lampu, signal, fungsi meter-meter kereta, air cond pun penting juga.

Kau ada hak untuk tahu semua ini, sebab kau akan sign agreement nanti dan mungkin buat loan untuk kereta terpakai ini.

Pastikan diberi sekali buku servis kereta

Kau kena ingat dik. Dah nama kereta terpakai mesti owner lama ada hantar pergi servis beberapa kali ke servis center. Masa sebelum kau nak sign agreement itu, pastikan agent car sale itu dah bagi kau buku servis ataupun service & maintenance book itu dekat kau. Kalau takda, kau minta. Kalau dia tak bagi kau blah sahaja cari tempat lain yang jujur.

Iyalah, cara beli kereta terpakai ini betullah, sebab kau nak tahu sejarah kereta yang kau nak beli tu dari luar sampailah ke dalam. Jadi panduan dia melalui buku servis kereta sahajalah yang ada. Manalah tahu, melalui digital susah nak dapatkan.

Test drive dulu kereta second hand

Cara yang ini memang kau kena buat dik. Sebabnya, sebelum kau nak confirm angkat kereta terpakai itu, kau kena alami dan rasa kereta itu macam mana perfomance dia. Kalau dekat dalam dia punya kelengkapan dan peralatan itu cukup tak. Berbaloi ke dengan harga yang kau kena bayar nanti.

Melalui drive test juga kau tahu dah, kereta ini okay ke tak sebenarnya. Atau agent itu tipu ke tak pasal condition kereta itu.

Akhir kata

Jadi dari kau pening-pening, macam manalah cara nak beli kereta terpakai dengan betul dan anti-gagal, cuba kau ikut cara beli kereta terpakai dari kami ini. Degan izin-Nya urusan kau akan dipermudahkan dan pemilihan kereta kau itu terbaik punya.

Kalau ada duit lebih, boleh rujuk cara buat full settlement kereta. Senang bila dah bayar habis loan kereta.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

1 thought on “Cara Beli Kereta Terpakai (Second Hand)”

Leave a Comment