Cara Beli Kereta Terpakai Direct Owner (Boleh Buat Loan / Bayar Cash)


Anda nak beli kereta second hand daripada pemilik kereta itu sendiri? Kalau ya, kenalah tahu cara beli kereta terpakai direct owner terlebih dahulu. Bukan apa, bila dah tahu dari awal ini mudah sikit nak uruskan apa yang patut.

Al-maklumlah bila tak pakai khidmat orang tengah macam agen used car ini banyaklah sikit perkara yang nak kena uruskan sendiri. Senang cerita kena uruskan semua dari A smpai Z sehinggalah kereta itu dah jadi hak milik kita.

Tetapi tak apa, dari artikel inilah kami nak bagitahu macam mana caranya untuk beli kereta direct owner terus. So, jangan pening-pening sebab semua yang kami tahu dah diceritakan di dalam artikel ini.

Jom baca perkongsian kami.

Cara beli kereta terpakai direct owner

Dekat bawah ini ada 2 cara beli kereta terpakai direct owner yang boleh digunakan.

1. Cara beli kereta terpakai direct owner guna loan bank

Siapa kata kalau beli kereta direct owner tak boleh buat loan bank? Boleh ya. So, pada sesiapa yang tak mampu nak beli kereta by cash. Boleh buat loan bank guna cara-cara seperti di bawah:

  1. Mestilah kena tahu dulu kereta apa yang nak dibeli dan siapa pemilik keretanya. Orang kata survey dulu.
  2. Check condition dan test drive kereta itu dulu sebelum beli.
  3. Kalau dah berpuas hati dengan condition kereta, bincanglah harga dan dapatkan persetujuan serta segala apa yang patut daripada owner.
  4. Kalau semua ok dan tak ada apa-apa masalah, bolehlah proceed untuk buat loan dengan bank.
  5. Cari bank yang boleh buat loan untuk kereta terpakai dengan pembelian direct owner (bukan semua bank ada buat perkhidmatan ini, jadi kena usaha cari dan buat research).
  6. Jangan lupa untuk sediakan dokumen-dokumen penting untuk submit loan bank. Antaranya adalah:
    • Gambar kereta yang nak dibeli.
    • Geran kereta.
    • Salinan kad pengenalan owner kereta.
    • Salinan kad pengenalan anda.
    • Salinan lesen memandu anda.
    • Penyata gaji anda (selalunya 3 bulan terkini).
    • Borang permohonan berkaitan pembelian kereta terpakai daripada bank yang anda nak buat loan.
  7. Submit semua dokumen yang diperlukan pada bank yang telah anda berurusan untuk buat loan kereta.
  8. Tunggu proses kelulusan loan kereta anda dalam masa 1 minggu hingga 2 minggu (bergantung keadaan).
  9. Bila loan anda dah diluluskan, sila hadir ke PUSPAKOM terlebih dahulu untuk pemeriksaan kenderaan.
  10. Jika pihak PUSPAKOM dah bagi green light, bolehlah buat insurans untuk kereta itu di mana-mana agen insurans kenderaan.
  11. Kemudian, pergi ke JPJ untuk buat road tax kereta dan tukar penama pada geran kereta.
  12. Sekiranya semua proses berjalan lancar, maka dapatlah anda beli kereta terpakai direct owner.
  13. Selesai cara beli kereta terpakai direct owner guna loan bank.

 

2. Beli kereta terpakai direct owner dengan bayar cash

Kalau beli kereta guna loan bank boleh, mestilah bayar cash pun boleh. Jadi, ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk buat pembelian kereta secara cash:

  1. Buat pencarian kereta yang anda nak beli dan kenalpasti siapa pemiliknya.
  2. Bila dah jumpa kereta dan tuan kereta, check dulu keadaan kereta itu dan test drive.
  3. Kalau rasa puas hati dengan keadaan kereta itu, bincanglah dengan owner kereta pasal harga yang nak dijual.
  4. Andai kata dah bersetuju dengan harga dan segala perkara yang telah dibincangkan, buatlah pembayaran kereta itu secara cash dan full payment.
  5. Dapatkan geran dan dokumen berkaitan kereta yang dah dibeli itu untuk proses tukar nama pada geran.
  6. Pergi buat pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.
  7. Bila keputusan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM itu dah lulus, bolehlah ke JPJ untuk tukar nama pada geran.
  8. Andai kata road tax dan insurans kereta itu dah tamat tempoh, hidupkanlah sekali ya nanti.

 

PERHATIAN

*Cara beli kereta terpakai direct owner di atas hanya available untuk kereta yang owner sudah habis bayar. Maksudnya owner kereta yang nak dibeli itu dah tak ada apa-apa hutang dengan bank atau mana-mana institusi kewangan lain.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, kalau nak beli kereta terus direct dengan owner ini memang banyak kerja sikit daripada cari dekat use car yang memang akan buatkan semua untuk kita.

Selain daripada itu, pada sesiapa yang masih lagi ada loan kereta bertahun-tahun tak habis lagi sampai sekarang. Cubalah cari cara bayar hutang kereta dengan cepat. Biar kurang sikit komitmen bulanan itu.

Diharapkan cara beli kereta terpakai direct owner ini dapatlah membantu anda di luar sana yang memerlukannya. Good luck!

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Beli Kereta Terpakai Direct Owner (Boleh Buat Loan / Bayar Cash)”

  1. Salam, saya nak tanya kereta saya saya beli cash (kereta baru jenis perodua bezza) skrg saya nak jual buyer pun dah ada buyer nak buat loan bank.. jadi apa step yg saya perlu buat gambar kereta dan geran saya dah hantar pada buyer (urusan loan diuruskan oleh buyer) puspakom b5 dan b7 pun saya dah buat dan dah lulus.. ic saya buyer takda minta payment pun belum dapat lagi 3 hari buyer nak dtg ambik kereta jadi sy dh boleh release kereta ke macam mana?

    Reply
    • Salam, kak nak tanya mcm mana proses nya berjalan lancar tak ? Sbb sayang pun nak jual kereta saya cash tapi buyer nak buat loan boleh saya tahu proses nya ?

      Reply

Leave a Comment