Buka Akaun Tabung Haji 2022 (Cara Daftar Online)


Selain ASB, simpanan di Tabung Haji juga sangat selamat. Tak tahu melabur, simpan sahaja duit di sini. Tak perlu ikut sifu-sifu di luar sana yang menjanjikan pulangan wang yang secara kasar nampak tinggi tetapi berisiko. Jadi, jika anda belum pernah buka akaun TH, kami sarankan anda buka akaun Tabung Haji online tanpa perlu hadir ke kaunter cawangan TH. Boleh jimat banyak masa dan tenaga.

Izinkan kami berkongsi.

Apa kelayakan sebelum buat pembukaan akaun Tabung Haji?

Pertama sekali, anda mestilah beragama Islam. Ini adalah syarat paling asas dan utama. Tabung Haji tidak membenarkan pembukaan akaun daripada pendeposit yang beragama Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain.

Yang kedua, anda mestilah Warganegara Malaysia. Ini bermakna, walaupun anda orang Islam tetapi status anda adalah warganegara Singapura, Brunei, Indonesia atau Thailand, anda tidak dibenarkan membuka akaun Tabung Haji.

Seterusnya, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas dan berakal.

Kalau nak buka akaun Tabung Haji untuk anak?

Boleh, tak ada masalah. Cuma akaun kanak-kanak perlu akaun ibu / bapa atau penjaga yang sah. Kami akan kongsikan panduan untuk buka akaun Tabung Haji untuk anak satu hari nanti.

 

Cara buka Tabung Haji online di thijari.com.my

Sekiraya semua kelayakan di atas dipenuhi, sila ikut langkah-langkah ringkas untuk buka Tabung Haji online seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi THiJARI di sini: https://www.thijari.com.my
  2. Anda akan dapat lihat paparan Selamat Datang ke THiJARI
  3. Lihat ayat Tiada Akaun TH? dan klik pautan BUKA SEKARANG
  4. Isikan maklumat seperti dipinta
    • Nama Penuh
    • Tarikh Lahir
    • No Surat beranak
    • No MyKad
    • No Kad Pengenalan Lama
    • No Kad Pengenalan Tentera
    • No Kad Pengenalan Polis
    • Agama
    • Warganegara
    • Masukkan karekter CAPTCHA seperti yang tertera
  5. Tekan butang Berikutnya
  6. Lengkapkan Bahagian A iaitu MAKLUMAT PERIBADI
  7. Lengkapkan Bahagian B iaitu MAKLUMAT PEKERJAAN
  8. Lengkapkan Bahagian C iaitu MAKLUMAT PERNIAGAAN (jika berkenaan)
  9. Jangan bimbang, tiada Bahagian D dan Bahagian E
  10. Teruskan dengan Bahagian F iaitu HEBAHAN BAHAN-BAHAN PROMOSI DAN PEMASARAN
  11. Teruskan lagi dengan Bahagian H iaitu PENGISYTIHARAN FATCA DAN CRS (jika berkenaan)
  12. Tekan butang Berikutnya
  13. Semak semua maklumat yang terpapar
  14. Tekan butang Sah
  15. Selesai

 

Selepas selesai pembukaan akaun, boleh terus guna THiJARI?

Selepas selesai buka akaun TH, anda tidak boleh terus guna.

Sila ambil perhatian sekali lagi, panduan ini adalah berkenaan cara buka akaun Tabung Haji secara online sahaja. Anda masih perlu buat pendaftaran lain untuk menggunakan thijari.com.my.

Anda dikehendaki untuk hadir ke cawangan Tabung Haji pilihan anda atau mana-mana cawangan lain untuk mengaktifkan akaun Tabung Haji anda.

Maklumkan sekali bahawa anda ingin mengaktifkan THiJARI kepada pegawai Tabung Haji yang bertugas. Mereka akan membantu anda untuk proses berikutnya.

Anda juga hany diberi masa selama 30 hari sahaja untuk proses pengaktifan. Sekiranya anda terlupa dan lebih daripada 30 hari, anda perlu buat sekali lagi.

 

Tadi kata tak perlu ke kaunter cawangan TH?

Maksud kami, anda tidak perlu ke kaunter cawangan Tabung Haji untuk mengisi borang dalam bentuk kertas lagi. Anda hanya perlu isi borang yang disediakan di THiJARI.

Anda tetap perlu hadir ke kaunter Tabung Haji atas tujuan pengaktifan akaun sahaja.

Maaf jika salah interpretasi. Harap tidak mengelirukan.

 

Perlu bawa apa untuk proses pengaktifan Tabung Haji di cawangan?

Anda dikehendaki membawa dokumen pengenalan diri iaitu Kad Pengenalan atau MyKad ke cawangan Tabung Haji untuk tujuan pengesahan.

Anda juga dikehendaki membawa wang permulaan minima RM2.00 untuk pembukaan akaun ini. Walau bagaimanapun, apa salahnya bawa duit deposit lebih. Duit simpanan kita juga. Tak lari ke mana, kecuali anda yang pilih untuk keluarkan duit Tabung Haji anda.

 

Akhir kata

Kami sangat-sangat menyarankan agar cepat-cepat buka akaun Tabung Haji online. Lagi lambat buka akaun, lagi lambat dapat tarikh untuk menunaikan haji nanti.

Lagipun, mudah untuk buat semakan jika sudah ada akaun THiJARI. Cuma jika terlupa, anda boleh semak no akaun Tabung Haji guna IC. Tak susah mana pun.

Niatkan menyimpan untuk mengerjakan Rukun Islam kelima. Pasti Allah permudahkan.

Semoga dipermudahkan urusan.

Leave a Comment