Semak No Akaun Tabung Haji Guna IC (Jika Terlupa / Tak Ingat)

Terlupa nombor akaun itu biasa. Tak ada orang yang hafal. Tapi, jarang orang lupa nombor kad pengenalan. Jadi, hari ini kami akan beritahu anda cara semak no akaun Tabung Haji guna IC.

Izinkan kami berkongsi.

Cara semak no akaun Tabung Haji guna IC melalui telefon

Biasanya, ini berlaku kepada warga emas atau orang tua-tua yang berusaha gigih untuk semak no akaun sendiri tanpa bantuan anak-anak.

Jika anda salah seorang daripada warga emas yang tidak mahu menyusankan anak-anak, sila ikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Buat panggilan ke Tabung Haji Contact Centre di talian 03-6207 1919
  2. Beritahu mereka anda mahu buat semakan nombor akaun
  3. Maklumkan nombor kad pengenalan baru anda 12-digit, bukan kad pengenalan lama yang berwarna biru
  4. Tunggu sebentar di talian
  5. Jika tiada masalah, pegawai di talian akan memaklumkan nombor akaun Tabung Haji anda
  6. Selesai

 

Cara semak no akaun Tabung Haji guna IC melalui kaunter

Andai kata anda tidak berapa pandai mahu gunakan telefon; ataupun takut terkena scam akau kes penipuan, kami sarankan anda ke mana-mana cawangan Tabung Haji yang berdekatan.

  1. Hadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji terdekat
  2. Ambil nombor giliran
  3. Tunggu sehinga nombor giliran dipanggil
  4. Maklumkan kepada pegawai bahawa anda ingin menyemak nombor akaun Tabung Haji anda
  5. Kami sarankan, anda maklumkan pegawai bahawa anda juga ingin semak baki akaun Tabung Haji anda
  6. Jika tiada masalah, pegawai akan mencetak nombor akaun TH anda berserta penyata terkini
  7. Selesai

 

Boleh check nombor akaun Tabung Haji menggunakan kad pengenalan secara online?

Ini adalah cara yang paling mudah sekali. Cuma anda tidak perlukan nombor IC untuk buat semakan.

Ini kerana kaedah log masuk Tabung Haji online yang dipanggil THiJARI ini, tidak memerlukan pengesahan nombor kad pengenalan. Anda hanya perlu login menggunakan username yang anda create dulu.

Untuk orang-orang tua yang tidak ada akaun THiJARI, anda boleh minta bantuan anak-anak untuk daftar THiJARI secara percuma.

Mudah untuk melakukan apa-apa transaksi pada masa hadapan.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian mengenai cara semak no akaun Tabung Haji ini dapat membantu urusan anda menjadi lebih mudah.

Bagi yang masih belum ada akaun lagi, cepat-cepatlah daftar. Sekarang, sudah boleh buka akaun Tabung Haji secara online.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Semak No Akaun Tabung Haji Guna IC (Jika Terlupa / Tak Ingat)”

    • Assalam…hye encik boleh tlg cek akaun sy x?sy bernama wahidatul mumtazah bt mohd amin…almt plk lot 2667,jln nenas,meru,42200,kapar,selangor…tlg ye cek akaun sy ade brape n klu blh bg no,bor akaun skali lar..tqvm

      Reply
  1. Assalamualaikum.saya mohd feendy b mohd noer,ic no:780314145465 ingin menyemak Baku acc tabung haji saya.no tel:780314145465

    Reply
  2. Salam.saya terlupa no acc tabung haji..boleh tolong semak no acc tabung haji sya..
    (851210-13-5890)
    Hasrina binti Abdul rani

    Reply
    • acc tabung haji online sy kena sekat.. sy cuba bwt butiran log masuk.. tpi sy lupa no acc tabung haji sy.. dan rasanya no tel berdaftar tabung haji sy dulu tak sama.. sbb sy tukar no tel baru.. sy nk buat kat kaunter tabung taji.. tapi jauh dari tmpt sy tggl

      Reply

Leave a Comment