Blog Politik Paling Popular di Malaysia


Tahun 2021 memang hangat dengan arena politik tempatan. Semua parti politik memang saling berusaha untuk memenangi hati pengundi masing-masing. Maka dengan ini, izinkan kami berkongsi senarai blog politik paling popular di Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihak kami ialah pihak yang berkecuali. Tidak menyokong mana-mana pihak.

Kenapa blog politik?

Masing-masing ada pendapat masing-masing. Ada yang sokong parti A, ada pula yang sokong parti B.

Dalam situasi ini, setiap penyokong sebenarnya bukanlah mencari titik perbezaan semata-mata. Kami yakin, dengan adanya blog politik yang ditulis oleh individu, ia tidak akan memihak kepada sesiapa.

Bahaya blog politik

Walaupun sesiapa sahaja boleh berkongsi idea dengan blog politik masing-masing, pembaca disarankan agar menapis dahulu apa sahaja yang dikongsikan.

Ini kerana, penyebaran berita palsu akan menyebabkan fitnah.

Senarai di bawah ini adalah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kami tidak akan bertanggungjawab atas apa yang anda baca di laman blog ini.

  1. OutSyed The Box: syedsoutsidethebox.blogspot.com
  2. Rebuilding Malaysia: mariammokhtar.com
  3. Rocky’s bru: rockybru.com.my
  4. Cilisos: cilisos.my/category/politics
  5. Free Malaysia Today: freemalaysiatoday.com
  6. Malaysia Dateline: malaysiadateline.com
  7. Shahbudin dot com: shahbudindotcom.net
  8. Minda Rakyat: mindarakyat.net
  9. Dialog Rakyat: dialograkyat.blogspot.com
  10. MYKMU: mykmu.net
  11. The Unspinners: theunspinners.blogspot.com
  12. Suara Pakatan Daily: suarapakatandaily.com
  13. Ameno World: amenoworld.com
  14. tumpang sekole: alditta.blogspot.com
  15. Omak Kau: omakkau.blogspot.com
  16. Semut Hitam: semuthitam80.blogspot.com
  17. MSO Melayu: msomelayu.blogspot.com

Laman berita isu politik

Berbeza dengan blog, informasi di laman web berita adalah lebih dipercayai. Walaupun bukan 100% sahih, setidak-tidaknya mereka bertanggungjawab atas apa yang ditulis.

  1. Politik – SINAR HARIAN
  2. The Malaysian Insight

Pertarungan sekarang adalah antara blog Pakatan Harapan vs Perikatan Nasional vs Barisan Nasional vs Muafakat Nasional. Ada terlalu banyak persaingan beberapa penjuru.

Sebagai pembaca, hati-hati dengan semua maklumat yang ditulis oleh blogger. Tak kiralah blog politik Pro BN ataupun Pro Pembangkang, gunakan akal firkiran sebelum mempercayai sepenuhnya.

Akhir kata

Senarai di atas adalah hasil kajian yang bersumberkan dari Feedspot, Similarweb dan Alexa. Tambahan lagi, ada juga senarai dari cenangau.blogspot.com

Ingin kami tegaskan sekali lagi, senarai ini bukan bermakna kami menyokong mana-mana pihak yang disenaraikan. Ini hanyalah senarai yang kami kongsikan setelah membuat kajian.

Jemput baca cara menjadi penulis blog, tidak kiralah politik, kewangan, parenting dan lain-lain.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Blog Politik Paling Popular di Malaysia”

Leave a Comment