Kecewa sebab tak lulus Bantuan Khas Covid? Ya, kami faham perasaan anda selepas buat semakan BKC di bkc.hasil.gov.my, tiba-tiba dapat status “Semakan mendapati No. MyKad yang dimasukkan tiada dalam senarai Penerima BKC. Sila semak semula no. MyKad atau klik i untuk paparan alasan bukan Penerima BKC. Mohon rujuk FAQ BKC bagi maklumat lanjut.”
Apa pun tak boleh buat bukan? Hanya boleh klik butang Kembali.
Sabar. Tarik nafas panjang-panjang.
Untuk menenangkan hati anda kenapa dunia ini tidak adil, atau sebelum anda menghamburkan kata-kata nista kenapa kerajaan ini zalim, izinkan kami berkongsi apakah antara alasan-alasan yang menyebabkan anda gagal menerima bantuan BKC ini.
Izinkan kami berkongsi.
Makluman:
- Alasan tidak lulus adalah rasmi dari pihak LHDN
- Kami tidak mengada-adakan alasan ini
- Jika tidak puas hati, hubung pihak BKC di talian 1-800-88-2747
Kandungan
1. Screenshot tak lulus, tiada dalam senarai Penerima BKC
Pertama sekali, pastikan anda menerima status seperti di bawah selepas login dan buat semakan BKC di bkc.hasil.gov.my:
Ya, memang rasa macam nak pengsan bila menerima status BKC ini. Rasa dunia itu gelap. Kami pasti, ramai yang rasa tak keruan kerana tidak tersenarai sebagai orang yang layak menerima bantuan BKC.
Jadi, apa yang perlu dilakukan?
Teruskan membaca bahagian di bawah yang menerangkan alasan-alasan kenapa tidak layak BKC.
2. Alasan tiada dalam senarai Penerima BKC
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan tempohari, untuk bantuan BKC, tidak perlu mohon apa-apa. Tak perlu register. Tak perlu daftar.
Ini kerana kelayakan akan dibuat berdasarkan dua elemen iaitu:
- Berdasarkan data permohonan yang dibuat semasa permohonan BPR 2021, untuk penerima Miskin Tegar dan B40
- Berdasarkan data percukaian LHDN untuk penerima M40.
Jadi, sekiranya anda tidak lulus dan tidak layak BKC, ini adalah antara alasan yang disenaraikan dalam FAQ BKC:
Alasan tidak lulus BKC bagi Miskin Tegar dan B40
- Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
- Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia
- Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
- Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP
- Bekerja / menetap di luar negara
Alasan gagal BKC bagi M40
- Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40
- Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020
- Pembayar cukai meninggal dunia
- Bekerja / menetap di luar negara
3. Screenshot status lulus Penerima BKC
Sekiranya anda lulus, sepatutnya anda akan melihat paparan yang menunjukkan:
- Status
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Bayaran
Rujuk contoh seperti di bawah:
4. Tak puas hati tak layak & gagal bantuan BKC?
Janganlah marah kami. Kami sekadar menyampaikan apa yang kami tahu.
Jika anda mahu buat rayuan atau rasa sangat tak puas hati kerana gagal dapat bantuan BKC, kami sarankan anda hubungi nombor hotline BKC di sini:
- 1-800-88-2747
Sekiranya mahu bercakap dengan pegawai, boleh terus datang ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan. Sila patuhi SOP semasa hadir ke premis.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian kami mengenai alasan BKC tidak dalam senarai penerima ini berjaya membuatkan anda lebih tenang.
Kami tahu anda frust, tapi apa boleh buat. Sudah itu kelayakan yang diberi.
Rezeki itu milik Allah. Niatkan agar bantuan ini sampai pada orang yang sepatutnya dan membantu mereka meneruskan kehidupan.
Semoga bermanfaat.
BKC TAK LULUS COVID 19
Kenape sy x dapat bkc
Kenapa kami tak terima bkc ..sedangkan semua kategori alami kesusahan jadi mangsa semasa covid 19 b40 m40 n semua warga Malaysia ..bila tanya bg alasan pasangan terima gkp..ha.isteri saya jual nasi lemak tepi jalan bulanan dapat rm1000ribu bukan rm10000ribu . orang ada restoran dia pun terima gkp.. dia punya pendapatan bulanan rm50000ribu ke atas .fikir lah sikit kami ada anak-anak 5orang semua belajar kami susah bg lah bkc untuk menampung keperluan keluarga.bkc adalah bantuan khas covid 19 jadi semua rakyat Malaysia terjejas so patut bkc bg Pd semua golongan jangan pilih. Kalau nak LHDN tolong cek saya punya bank ac n pasangan punya.kami susah tolong kaji balik . tolong update saya punya rayuan tuan…. tolong lah bg bkc. serba sedikit ia akan tolong keluarga .TERIMA KASIH.
SAYA TIDAK DAPAT BKC, APA ALASAN YE.. TOLONG SPESIFIKKAN… T. KASIH
Saya pun xlulus, sbb dapat gkp. Tpi skrg ni sy xleh nak nega sbb terlalu banyak saingan disini. Suami pun kerja dgn org yg gaji 1500 je. Ank2 sy 3 org kecil2 lg. Tlong la kerajaan, jgn pilih kasih. Sblm ni sy dpt bsh walaupun dpt gkp. Kenapa skrg xdpt pun…tlong pertimbangkan..
Saya pun tk dpt bkc check nama tiada dlm senarai bkc apa citer ye???Kalau butir2 bpr blh dpt bkc lak tk dpt.Pastu mykasih kapital pun saya tk dpt ngo dr pas ada amik butir2 diri saya tapi sampai skrg ni habuk pun tk de .Dah amik butir2 diri buat apa nk buat pekasam ke?????????
Dlu Br1m,BPN BPR ok je..dan masa bayaran fasa ke 2..trus tdak layak.macam tak logik..sbb bantuan2 yg dah lpas ok je..lulus je kan..yg bpr ni mmg plik dan ajaib.knp fasa 1 layak..fasa 2 gagal.klau nak gagal kan skli knp fasa 1 lulus duit ada masuk akuan.buat krj plik…😪dlulu ok je tak ada masalh pun..tak prnh gagal..dah tukar ke bpr ni lah benda plik trjdi🤔
saya tidak lulus BPR alasan perlu pengesahan perkahwinan,tetapi tak sempat nak buat rayuan.harap LHDN buka kembali permohonan untuk rayuan agar dapat terima BKC ni.
Kenapa account says,belum masuk duit..
Kenapa tiada maklumat saya sebagai tak layak,sedang kan saya golongan b40
Rasa kesal sgt bantuan covid pun guna data BPR..sdgkn kseluruhaan trkesan. Sy slaku penerima GKP..dpt mnrima jika BPR tdk dpt. Moga pihak berwajib pertimbangkan sbb pnerima GKP tdk smua mampu..
Kenapa saya tak dapat bkc sedang kan antara alasan yg diberi semua saya dpat..
Bpr
Bkan penerima gkp
Semua alasan nya tiada kaitan dgan saya.. Bantuan sbelom nie semua saya lulus.. Sampai bkc teros tak lulus..
Saya terima mesej kata saya layak dapat bkc. Tapi duit belum masuk and saya tak blh log in bkc utk semakan, dia minta saya tukar password. Sedangkan bkc kan sama akaun dgn bpr. Bpr saya blh login. Bkc tk blh. Macam mana ye ? Saya call no hotline tu dia membebel banyak benda saya tanak tahu. Jenuh tunggu. Saya cuma nak tahu proses pengkreditan, risau kut lhdn dh kreditkan duit tapi masuk akaun orang lain ke apa. Haishh. Dh berapa kali dh buat bkc tu nak semak dari 6hb lagi.
BPR yg pertama saya lulus
Yg kedua X lulus….buat rayuan BPR 2 minggu je…orang tak sempat nak pergi. Sbb bg tempoh 2 miggu aje…
Skrg pulak bkc…ckp X yah daftar…
Semua bole dpt….bila nk bg duit … Anda x lulus…ingt bila dh tukar jdi okay….makin X okay pulak 😔😔
tak adil lgsung kalau gitu. pilih orang kami jg rakyat malaysia. sama jg kene vovit ni tp tak dsenarai kan. kenapa….??? nk kata kaya raya bukan sewa rumah bilik je dduk. susah jg sama yg dpt tapi….
KEMASKINI BPR APA BENDA , KALAU BPR FASA 1-2 LAYAK APA LAGI YANG NAK DI UPDATE ? SAPA PATOT AKU CARUTKAN SEKARANG NI ? HARI TU MENTERI CAKAP LAIN LA NI CAKAP LAIN PULAK .. BERAPA RAMAI RAKYAT YANG DAPAT BRP , TETIBA KAU CITER PASAL UPDATE BPR 2021 KEPALA BAPAK KAU .. NAK KEMASKINI MACAM MANA MUSIBAT KALAU BPR FASA 1-2 AKU LAYAK .. PORTAL LHDN PON MACAM LHDN JUGAK LEMBAB NAK MAMPOS , LAGI SEKALI AKU NAK LOG IN MACAM SIAL , 2-3 KALI AKU TRY TEROS KENA BLOCK DALAM MASA 24 JAM .. TAK NAK BAGI CAKAP JE AWAL² , TAK PAYAH NAK PUTAR BELIT
KEMASKINI BPR APA BENDA , KALAU BPR FASA 1-2 LAYAK APA LAGI YANG NAK DI UPDATE ? SAPA PATOT AKU CARUTKAN SEKARANG NI ? HARI TU MENTERI CAKAP LAIN LA NI CAKAP LAIN PULAK .. BERAPA RAMAI RAKYAT YANG DAPAT BRP , TETIBA KAU CITER PASAL UPDATE BPR 2021 KEPALA BAPAK KAU .. NAK KEMASKINI MACAM MANA MUSIBAT KALAU BPR FASA 1-2 AKU LAYAK .. PORTAL LHDN PON MACAM LHDN JUGAK LEMBAB NAK MAMPOS , LAGI SEKALI AKU NAK LOG IN MACAM SIAL , 2-3 KALI AKU TRY TEROS KENA BLOCK DALAM MASA 24 JAM .. TAK NAK BAGI CAKAP JE AWAL² , TAK PAYAH NAK PUTAR BELIT MACAM APA JE
Terima kasih…kepada menteri kewangan..kerana sangup bertungkus Lumus membantu mereka yang hanya kais pagi hanya utk menampung keperluan keluarga…betul ape yg slalu kite dengar rezeki x salah alamat..
Kenapa saya xdpt bantuan bkc meniaga bkn banyak mna pun,BPR fasa 2pun xdpt,adil betul.
Saya segala bantuan x dapat padahal segala data data saya ade siap ade kad OKU lagi yang disahkan jkm tapi apa ada rilex bossku..percaya pada qodo dan qadar…nak kata kan kerja sejak dari sebelum raya puasa lagi..mujur ade lah sikit simpanan EPF yg tu ja dok bantu skang ni
Alhamdulillah Saya dapat, bantuan sebelum ni dari zaman brim Tak pernah rasa. Rezeki tak pernah salah alamat.
Yaa..saya pun tak Lulus bantuan bkc disebabkan
Dapat GKP saya ni sebagai ibu tunggal penjual suratkhabar
Masa nak apply GKP tak syarat tapi sekarang macam macam alasan untuk golongan b40
Berniaga semakin merosot
Sebagai ibu tunggal saya menghahadi banyak masalah yang tak kira bantuan apa yang ditetapkan oleh kerajaan lagi kena covid lagi teruk hilang pendapatan.
Saya Salmah Ismail.BKC saya ditulis dibatalkan,tahun lepas ok je.Siapa yang batalkan pun saya tidak tahu.LHDN tolong terangkan.
Lain kali bgtaulh gkp tu pinjaman bkn bantuan….klu dh pinjaman kenapa bntuan lain x dapat….pelik lh
Masalah yang sama. Rayuan bulan Jun. Ramai tak sedar nama dlm senarai tak lulus.
Dlm akaun ada 50rgt ja..tu pn xbrani ambk sb tkut emergency nt nk pkai..bengkel besi ni bkn bleh operasi masa covid..tp lhdn bleh pilih kasih plak nk bg bntuan..yaa rezeki milik Allah..alasan tu yg mereka bawa utk memilih bulu..trm ksh
Bantuan Khas Covid .. Bpr fasa 2 x layak ,buat rayuan sampai sekarang x ada khabar berita .. sebab Bpr x layak so automatically semua jenis bantuan x dapat .. tp terkesan juga la dengan bkc nie .. nama dh bantuan covid ,semua org terkesan lebih² lg mcm saya yg kerja gaji hari .. sekarang kena kuarantin ,kalau x kerja x dpt duit .. harap bantuan pun x lepas..
Terima kasih… Mgkn bukan rezeki sy. Suami ada gkp. Tp gkp pun blm ada lagi ni. Berniaga pun kepayahn musim c19 ni, mn ada projek masuk.
Lo
my mom da GKP tapi,sekali dapat jak..lepas itu,tiada suda..GKP 4.0 pun tidak lulus..bkc pun xlulus..bpr pun xlulus..my mom ibu tunggal kot..umur dah 50lebih..keluar kerja pun bukannya boleh kerana,dia dah lama berhenti dari kerja nurse dan pulang untuk menjaga atuk nenek saya..anak2 lainnya tak nak jagakan..bila arwah atuk dah meninggal..sekarang kena jaga nenek lagi dan adik saya seorang yang berumur 16tahun..makan minum kadang terpaksa berhutang di runcit2 terdekat..
Ibu tunggal mniaga DPT gkp. Meniaga itu pendapatannya sendiri dan sorang2 menampung pelbagai kos dan myara anak2. Knp ibu tunggal x layak DPT bkc sdgkan dia sorang2 survive dgn pendapatan seorang berbanding mrk yg mpunyai pasangan, dua pendapatan Pon x ckup..!! Kerajaan patut kaji semula . Ramai yg DPT gkp terkesan, Perniagaan terjejas dan hilang pendapatan musim covid.
Start 2020 dh menerima tetapi hanya sekali.. Lepas tu telah di batalkan olehkerna Sumai orang asing, sedangkan saya orang tempatan ada ke saya tidak layak dan Hanya suri rumah sepenuh masa… Ramai juga orang bersuamikan orang asing tetapi mereka lulus dn menerima seprti kerajaan berikan…
Saya juga alami yang sama… Lagi x bekerja.. Erm.. Saya ibu saya bapa…
Apalah kerajaan ni….pilih kasih betul….sudah namanya BKC bantuan covid…rasanya ramai yg terjejas pendapatan..kenapa perlu memilih lagi….saya dapat terima lg kalau bpr saya x lulus…tapi ni bantuan covid,sepatutnya semua pun dapat…sudahlah Skrang susah nak berniaga,apalah sangat pendapatan kedai runcit tu..suami lagi tak ada kerja,sebelum ni masi boleh kerja sendiri..harap dgn bantuan Jkm jak ni..harap kerajaan pertimbang kan la..mana hujung bulan mereka dapat BPR lg…sedang GKP sampai skang Blum ada…padahal saya tersenarai dlm miskin tegar..kenapa tak layak juga..
pm balik bley x…please..0174859902
pm balik bley x…please..0174859902
Tlg cek bkc sye..knp status sye x lulus..per2 pm sye okeyh..01115304545
Saya penerima GKP,tapi bln 6 Dan 7 GKP Saya gagal kredit disebabkan akaun x aktif,Saya dh update no akaun lain yang aktif,tp smpai skrg GKP Saya xdpt2,Dan oleh krn itu juga Saya xlayak untuk dpt BPN Dan BKC…tp masalahnya duit GKP Saya masih blm dapat…mintak kerjasama LHDN semak maklumat GKP Saya yg dh update no account baru
Selama ini dapat bantuan kategori b40. Tapi kenapa bila bantuan bkc jadi kategori m40
Betul tu saya mengalami nasib yg sama jugak tak dapat bantuan bkc disbbkn saya penerima gkp..padahal bkc adalah bantuan khas covid..jadi mmg semua la terjejas..tak kira peniaga atau bekerja..ini tidak adil..sepatutnya semua rakyat dapat bantuan bkc ni seperti yg mula² dulu..tiada yg terkecuali semua dapat..kerana semua terjejas..mohon pihak kerajaan dan LHDN pertimbangkn semula..kami benar² mengharapkn bantuan bkc ni..untk kelangsungan hidup..perniagaan pon terjejas sgt..
Kenapa bkc saya tidak lulus.. Sebelum ni saya dapat bsh… 😪
Betul ke buat mcm Tu??kenapa x letak status lebih awal,bahawa sesiapa yg memohon gkp tidak lg akan menerima BPH/BPR…sedangkan Sy penjaja jlnanan,COVID x dpt LG berniaga..krn seblm ni hanya berniaga seblh mlm,Suami x berkerja,ank 5 org…status keluarga dlm ekasih…mcm ni ke adil??semak lah betul2…sedangkan bkc sepatutnya tiada golongan yg Tercicir!!!!
saya dah masukan dokumen cerai sata berkali kali dan no tarik penceraian saya seperti yg diminta. Isi ruangan pun saya dah isi. Atau pekerja LHDN tidak begitu mahir. Duduk office makan gaji buta. Staff kerajaan memang macam ni, dah biasa duduk kerusi office bekerja pun mls
Dah berkali kali saya buat dah hantar. Korang dah biasa duduk kerusi malas.
Kenapa bkc akaun Maybank masih blom dikreditkan sedangkan BSN dh dpt semua…jgn ingat bsn je nk guna duit bank lain pun nk guna duit juga..tlg bg tau rakyat apa sebabnya
SAYA TIDAK DAPAT BKC, APA ALASAN YE.. TOLONG SPESIFIKKAN… T. KASIH
SAYA TIDAK DAPAT BKC, APA ALASAN YE.. TOLONG SPESIFIKKAN… T. KASIH
Nama saja bantuan BKC utk covid sepatutnya jgn pilih2 rakyat semua terjejas covid bantu la 1 malaysia ni x yg ada GPK x layak dpt BPR DAN BKC sedangkan bantuan GPK rm500 bertahan lama mana bukannya bulan2 bagi dah tu BPR 1 dapat lepas tu apply GPK terus BPR 2 x dapat lagi la BKC…mcm ni ke nak bantu rakyat klau x nak bagi jgn buat lockdown buka je semua sector biar semua pergi kerja covid tu peduli apa mati tanam masuk kubur daripada ramai yg hidup susah x makan mati kebulur dan mati bunuh diri stress duduk rumah…kaji la balik nak bantu jgn pilih bulu dlm pendemik semua terjejas so bagi je laa klau nak bagi ni x lagi nak tapis kepala otak langsung x ada akal….rm500 nak bayar sewa rumah pun x lepas ini kan lagi utk makan…sewa rumah siapa nak bayar tertunggak berbulan2 nasib dapat owner boleh hutang klau kena halau nak lari mana tolong la bagi BKC jgn pilih bulu😢😭
Kenape bck saye punya mykad tiada rekod? Sedangkan sebelum
bpr dpt bsh dpt 😭
kenapa duit bkc says belum masuk masuk juga ya.. adakah tidak lulus..
bingung kita mcm ini, aduhhhhh