Cara Cash Out ePemula


Kami yakin, anda salah seorang pemuda pemuda yang susah berjaya mendapatkan kredit ePemula RM150 melalui eWallet pilihan masing-masing. Tak kisahlah eWallet yang mana satu sekalipun, kami pasti anda mahukan duit tunai bukan? Benarkan ada cara cash out ePemula yang ramai tak tahu?

Izinkan kami berkongsi.

Macam mana cara cash out ePemula & transfer ke bank?

Jawapan pendek, tidak boleh. Tidak ada cara untuk cash out ePemula.

Kenapa?

Ini kerana ada terma dan syarat yang mengatakan bahawa anda tidak boleh menukarkannya dalam bentuk wang tunai. Ini bukan KWSP 10k ataupun bantuan BKM. Ini hanyalah bantuan kepada orang-orang muda yang sudah dibentangkan dalam Bajet 2022 yang lalu.

Kredit RM150 yang diterima tidak boleh transfer ke bank.

Hasrat kerajaan memberikan bantuan ePemula ini adalah untuk menggalakkan penggunaan cashless dalam masyarakat Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan kategori umur 20-22 yang mudah beradaptasi dengan teknologi.

Ada cara lain untuk keluarkan duit dan cashout ePemula tak?

Jawapan pendek lagi, boleh.

Macam mana?

Kami tidak pasti ini akan melanggar terma dan syarat atau tidak. Tapi atas persetujuan yang dicapai antara dua orang individu, anda boleh sahaja menukar kredit tersebut dengan kawan-kawan anda.

Lebih selamat, tukarkan dengan ahli keluarga.

Contoh, kalau ibu anda seorang kaki shopping online di Shopee, mungkin boleh transfer ePemula Shopee kepada dia supaya hatinya lebih gembira. Kalau kakak atau abang anda selalu pergi ke mana-mana menggunakan Grab, boleh cuba transfer ePemula Grab kepada dia.

Jika ayah anda selalu lalu tol PLUS, Guthrie, KESAS, LDP dan lain-lain yang seangkatan dengannya, cakap pada dia yang anda nak berikan kredit RM150 ke dalam ePemula TNG eWallet. Tapi dengan syarat dia perlu berikan anda RM150 dalam bentuk tunai.

Jika saudara-mara anda jenis yang rajin pergi melancong ke luar negara, cakap pada dia yang anda ada kredit RM150 dalam ePemula BigPay. Tanya dia, “Nak tak?”. Gunakan alasan yang kadar tukaran BigPay yang berkolaborasi dengan MasterCard adalah sangat murah di luar negara. Doa-doalah agar dia angguk.

Boleh cuba semua yang tertulis di atas. Tapi, kami tak jamin anda boleh cash out ePemula ini dengan mudah.

Kalau tak boleh withdraw, kredit ePemula boleh guna untuk apa?

Ada yang mengatakan bahawa kredit RM150 itu memang tidak boleh digunakan untuk shopping online. Walau bagaimanapun, anda masih lagi boleh memanfaat duit tersebut dengan shopping offline di mana-mana lokasi yang menerima GrabPay, ShopeePay, TnG eWallet dan juga DuitNow QR. Untuk makluman, tiada kod QR untuk BigPay kerana ia menggunakan DuitNow QR code.

Sekarang, sudah banyak kedai yang menerima pembayaran secara cashless. Tidak timbul cara menggunakan ePemula kerana anda hanya perlu tunjukkan kod QR di kaunter dan juruwang akan scan kod QR tersebut.

Setidak-tidaknya, kalau tak boleh cash out ePemula sekalipun, anda masih lagi boleh beli minuman, makanan atau barang keperluan harian.

Untuk makanan dan minuman, boleh dapatkan senarai di bawah. Namun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk check status halal di restoran-restoran ini:

  • KFC
  • Starbucks
  • Tealive
  • Kenny Rogers
  • Manhattan Fish Market
  • O’Briens Sandwich
  • Sangkaya
  • Family Mart
  • DubuYo
  • Dominos Pizza
  • Myeongdong Topokki
  • Llao Llao
  • Pizza Hut
  • Secret Recipe
  • Texas Chicken
  • Old Town White Coffee
  • Burger King
  • Salad Atelier
  • Genki Sushi
  • Empire Sushi
  • Marrybrown
  • Boat Noodle
  • Nandos
  • Boost Juice
  • Cool Blog
  • Bubble Bee
  • dan banyak lagi….

Barang keperluan harian:

  • 99 Speedmart
  • Mydin
  • Lotus’s
  • Watsons
  • 7 Eleven
  • KK Mart
  • Mr DIY
  • Eco Shop
  • dan banyak lagi….

Isi minyak:

  • Shell
  • Petron
  • Caltex
  • dan banyak lagi….

Lifestyle:

  • MBO Cinemas
  • TGV Cinemas
  • Book Xcess
  • Gamers Hideout
  • Red Box
  • Samsung Store
  • Xiaomi Store
  • Switch (barang-barang Apple)
  • Huawei Store
  • Uniqlo
  • JD Sports
  • ELLE
  • Giordano
  • Focus Point
  • dan banyak lagi….

Akhir kata

Janganlah marah-marah kalau tak boleh keluarkan duit ePemula. Kredit tetap ada dalam eWallet anda.

Kami faham, ada yang betul-betul memerlukan sehingga perlu cash out ePemula untuk menanggung kehidupan seharian di universiti. Tapi bukankah masih guna ShopeePay, GrabPay, TNG eWallet dan DuitNow QR yang membolehkan anda berbelanja di kedai-kedai berhampiran?

Apa-apa pun, kita ucapkan dahulu terima kasih kepada pihak kerajaan. Semoga duit yang diberi ini, walaupun tidak boleh withdraw, akan memberikan manfaat sebaiknya.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment