Tempat Menarik Untuk Kanak-Kanak


Budak-budak memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja benda yang dia nak buat. Kadang-kadang, kita sebagai ibu-bapa memang tak menang tangan nak melayan. Jadi, kalau anak-anak anda adalah golongan yang aktif, ini beberapa saranan tempat menarik untuk kanak-kanak di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Namun, kalau anak terlebih lasak, suka berlari sana sini, aktif dan tahan panas, boleh rujuk senarai taman tema di Malaysia. Pasti mereka lebih suka di sini dengan aktiviti outdoor. Izinkan kami berkongsi.

Kidzania, Curve NX, Mutiara Damansara

Banyak role-playing yang boleh dilakukan di sini. Kami pasti anak anda akan teruja berada di Kidzania sebab dia boleh jadi polis, bomba, peguam, penghantar barang, pilot dan macam-macam lagi.

Sila pergi awal-awal pagi kerana kalau pergi tengahari atau petang, confirm tak cukup masa.

Harga biasa dalam lingkungan RM75 – RM95 untuk kanak-kanak yang berusia 4-17 tahun. Namun kalau beli dengan Klook, harganya lebih murah.

Petrosains, KLCC

Banyak yang boleh dipelajari tentang sains di sini. Sesuai untuk anak-anak yang suka explore pelbagai benda. Sambil dia main, sambil dia belajar.

Kalau anak dah sekolah rendah, dia boleh berdikari sendiri. Boleh pergi main macam-macam. Mak ayah cuma tengok dari jauh sahaja.

Harga tiket masuk pula murah, cuma RM7.50 untuk kanak-kanak berusia 3-12 tahun.

Rujuk harga tiket masuk ke Petrosains di sini

Pusat Sains Negara, Bukit Damansara

Ini tiket masuk yang paling murah sekali. Menurut laman web rasmi Pusat Sains Negara, harganya hanya RM2.00 untuk kanak-kanak berusia 7-12 tahun.

Tempatnya sangat luas. Dengan harga yang sebegitu rupa, tentu sekali berbaloi untuk pergi seharian.

Rujuk harga tiket masuk ke Pusat Sains Negara di sini

Aquaria, KLCC

Seronok sangat tengok banyak jenis ikan di sini. Yang paling menarik, ada yang kita boleh pegang.

Cuma harga untuk masuk ke sini agak mahal. Untuk bawa seorang anak, boleh lagi. Kalau ada 5 orang anak, mungkin sedikit mahal.

Breakout Real Escape, Avenue K, KL

Seterusnya, tempat menarik untuk kanak-kanak yang sukakan aktiviti lasak ialah Breakout.

Pernah dengar tentang Breakout? Pernah dengar ‘Role Playing Games’? Terletak di Avenue K, berhadapan dengan KLCC, Breakout ialah satu tempat yang membolehkan anak kita main ‘Escape Games’.

Bukan main permainan lari-lari yang kita main di kampung.

Ia permainan yang menguji minda anak-anak. Anak-anak (dan ibu-bapa) mesti mencari jawapan pada soalan yang diberikan.

Kami pasti anak anda akan mendapat kepuasan maksimum. Tentu sekali pengalaman yang luar biasa.

Rujuk harga tiket masuk ke Breakout Real Escape di sini

Camp5, One Utama, Petaling Jaya

Anak tidak mahu duduk diam? Apa kata suruh dia panjat-panjat? Pergi ke Climb5 di One Utama dimana ada aktiviti indoor rock-climbing. Siap ada air-cond lagi! Boleh pilih route mana yang kita mahu.

Sambil anak memanjat, ibu-bapa boleh pergi shopping atau minum kopi sebentar!.

Web: camp5.com

Facebook: facebook.com/camp5climbinggym

Dinoscovery, Avenue K, KL (Telah ditutup)

NOTA: Berdasarkan carian kami yang terkini, tempat menarik untuk kanak-kanak ini sudah ditutup.

Untuk anak yang minat dinosaur, boleh belajar macam-macam di sini. Dinoscovery ialah taman tema dalaman dinosaur. Apa yang menarik, semuanya dalam bentuk yang interaktif. Dinosaur nampak sangat-sangat real. Siap boleh berlumba dengan dinosaur!

Walaupun tempatnya kecil, rasa macam tidak cukup masa pula bila sudah seronok dengan aktiviti yang disediakan.

Web: discoveria.com.my

Facebook: facebook.com/discoveria.kl

Aviax & SimflightKL, Subang

Ingin rasa bawa kapal terbang Boeing 737 atau Airbus A320 sendiri walaupun tanpa lesen? Jadi pilot satu hari di Aviax.

Yang ini, pasti anak anda akan teruja. Instructor akan bantu kita mengendalikan flight simulator ini. Boleh rasai pengalaman yang jarang-jarang kita dapat. Mana tahu, pengalaman ini akan menyuntik semangat anak kita jadi pilot satu hari nanti?

Aviax dan SimflightKL ialah dua tempat yang berbeza, tetapi tidak begitu jauh. Rancang dan pilih lokasi yang berdekatan dengan rumah.

Aviax

Web: aviax.my

Facebook: facebook.com/aviationexperience

SimflightKL

Web: simflightkl.com

Facebook: facebook.com/simflightkl

Farm In The City

Jika anak anda memang lahir dan membesar di bandar, ini adalah salah satu lokasi tempat menarik untuk kanak-kanak yang wajib anda singgah.

Bila masuk, bagaikan seperti di kawasan kampung. Konsep unik Farm In The City ini ialah kerana ia gabungan hidupan liar dan alam sekitar yang akan buatkan anak tidak mahu balik. Boleh pegang-pegang binatang dan beri makanan pada arnab, kambing, ikan, rusa, burung dan itik. Ada orang kata, haiwan di sini nampak sangat sihat dan gembira!

Ada juga kebun sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita boleh rasai pengalaman bercucuk-tanam. Satu hari bagaikan tidak cukup di sini. Bila bawa ke sini, harap-harap dapat suntik minat anak jadi petani moden yang berjaya!

Boleh layari laman Facebook Farm In The City untuk maklumat lanjut.

Untuk tiket, kami sarankan anda beli sahaja melalui Klook kerana tak perlu beratur panjang nanti.

Denai Alam Riding & Recreation Club (DARC)

Tak ramai orang tahu lokasi tempat menarik untuk kanak-kanak ini kerana agak jauh daripada kawasan bandar.

Kami tahu, ramai ibu-bapa yang teringin ajar anak berenang, memanah dan menunggang kuda. Berenang, pasti banyak fasiliti yang ada. Jika di Shah Alam, boleh hantar ke Pusat Akuatik.

Bagaimana pula dengan memanah dan menunggang kuda? Bagi yang tidak tahu, anda boleh datang ke DARC, Shah Alam. Bukan setakat pengalaman menunggang kuda sahaja, ibu-bapa boleh masukkan anak untuk enroll kelas menunggang kuda dan memanah.

DARC mempunyai pakej tahunan yang membolehkan anak anda belajar menunggang kuda.

Web: darc.com.my

Facebook: facebook.com/darc.malaysia

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan tempat menarik untuk kanak-kanak ini dapat dijadikan panduan.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment