9 Tempat Menarik Sambut Birthday di Shah Alam (Meriah dan Unik)


Kalau mencari tempat menarik untuk sambut birthday di Shah Alam ada beberapa pilihan. Antaranya, anda boleh membuat pilihan untuk mengadakan majlis di restoran, di ruang fasiliti mahupun outdoor area.

Banyak tempat di Shah Alam yang sangat sesuai, tidak kira untuk menyambut birthday anda, keluarga, kenalan, atau yang tersayang. Anda juga boleh memilih menu yang pelbagai jenis dan sesuai untuk semua golongan.

Di sini kami kongsikan senarainya. Jom kita tengok.

Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam

1. Gula Cakery

Jika anda ingin menyambut ulang tahun kanak-kanak, Gula Cakery lah tempatnya! Restoran ini mempunyai ruang khas untuk kanak-kanak dengan hiasan yang cantik dan menarik. Jika kanak-kanak ke sini, mereka pasti teruja.

Selain daripada kek, restoran ini turut menawarkan menu Western untuk dicuba. Anda juga boleh mencuba pelbagai jenis minuman yang unik di sini. 

Restoran ini turut menawarkan kelas membuat kek. Dengan kepakaran yang mereka ada, mereka akan membantu anda untuk membakar dan menghias kek.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website ini.

 

2. Cake Jalan Tiung

Cake Jalan Tiung memang sudah tidak asing lagi dengan namanya di Lembah Klang. Dengan pelbagai jenis kek yang disediakan, hiasan dalaman yang ala-ala hipster turut menjadi tarikan di sini.

Restoran ini juga telah membuka satu lagi cawangan di Seksyen 4, Shah Alam selain cawangan utamanya di Seksyen 9, Shah Alam.

Anda boleh membuat tempahan kek di sini dan mereka akan terus menyiapkannya dengan penuh kasih sayang!

 

3. Foodsbury Cafe

Seterusnya, Foodsbury Cafe juga boleh menjadi restoran pilihan anda untuk menyambut birthday. 

Restoran ini akan menawarkan deko tambahan untuk anda jika ada sambutan ulang tahun. Seronok, kan? Anda tidak perlu bersusah-payah untuk memikirkan dekorasi lagi dan boleh menikmati parti anda. Hiasan dekornya juga sangat cantik dan sesuai untuk acara hari jadi anda.

Selain menawarkan menu western di sini, peminat kopi juga harus mencuba pelbagai jenis kopi yang ditawarkan. Anda pasti tidak akan menyesal!

Untuk layari menu dan membuat tempahan, anda boleh klik di sini.

 

4. Pinggan Puteh

Jika anda inginkan menu yang lain dari yang lain, anda boleh ke Restoran Pinggan Puteh! 

Restoran ini akan memberikan anda pengalaman yang unik dengan menu masakan tradisional Melayu mereka. Antara menu popular mereka ialah lontong, gulai kari dan nasi kenduri. Jika anda datang beramai-ramai, anda boleh memilih sharing platter mereka. Seronok sangat makan sama-sama.

Terdapat juga suami atau pasangan yang kurang gemar makanan western. Jadi anda boleh mengajak suami atau isteri anda ke sini.

Anda juga boleh menyambut birthday di sini dengan menu kek mereka yang unik, seperti kek sirap bandung dan kek apam balik. Ini merupakan salah satu tempat menarik sambut birthday di Shah Alam!

Untuk membuat tempahan dan layari menu yang ada di Pinggan Puteh, sila klik sini.

 

5. Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Anda inginkan suasana yang romantik untuk sambut birthday? Di sini tempatnya. 

Mempunyai hiasan dalaman yang elegan akan menyerlahkan lagi suasana romantik. Sangat sesuai untuk pasangan yang ingin menyambut birthday dalam suasana yang mewah dan eksklusif. Restoran ini juga sangat sesuai untuk menyambut anniversary bersama pasangan anda.

Menu di sini memang sedap semuanya dan restoran ini akan menghias makanan anda dengan lebih cantik jika ada sebarang perayaan yang ingin diraikan anda.

Menu western menjadi tarikan di sini, pelanggan yang datang ke sini memang puas hati dengan makanan yang disediakan. Walaupun harganya agak mahal, namun rasa dan pengalaman di sini sangat berbaloi!

Lihat sini untuk menu terkini yang ditawarkan di restoran ini.

 

6. RUANG

Seterusnya, antara tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ialah di RUANG. Tempat ini merupakan ruang fasiliti yang luas, yang disediakan memang khas untuk mengadakan acara. Pelbagai acara dan event telah dilakukan di sini termasuklah sambutan hari jadi.

Jika anda ingin mengadakan parti hari jadi yang meriah, disinilah tempatnya. Terdapat kemudahan untuk acara disediakan di sini seperti kerusi dan meja, PA sistem, projektor dan skrin untuk memudahkan acara.

Anda juga boleh mengadakan parti anda di outdoor area yang disediakan. Anda boleh mengadakan majlis mengikut pakej yang ditetapkan mereka. 

Sila layari website RUANG untuk pakej & promosi mereka di sini.

 

7. Al-Fateh Steamboat & Grill

Jika anda inginkan kelainan untuk sambut birthday di Shah Alam, anda boleh datang ke Al-Fateh Steamboat & Grill. 

Apa yang bestnya di sini? Di sini anda boleh masak sendiri dan makan sepuas hati! Konsep steamboat dan grill semakin meluas di Malaysia. Restoran ini menawarkan menu yang menarik dengan kambing, daging, makanan laut, dan ada juga spaghetti dan nasi goreng. Aiskrim pun ada!

Pilihan makanan di sini sangat banyak, dan anda boleh makan sampai puas. Cuma di sini tiada kek yang disediakan, tetapi anda boleh bawa dari luar untuk upacara meniup lilin dan makan kek.

Anda boleh membuat tempahan di sini kerana restoran ini selalu penuh, terutama hujung minggu.

 

8. Taman Tasik Shah Alam

Anda tidak mahu menyambut birthday di restoran dan lebih gemar untuk berpicnic? Anda boleh menyambut birthday di Taman Tasik Shah Alam. Taman Tasik Shah Alam merupakan tempat yang menarik untuk sambut birthday.

Taman tasik ini sangat luas dan mempunyai pemandangan yang cantik lebih-lebih lagi di waktu petang dengan kehadiran sang mentari. Anda boleh hamparkan tikar dan membuat dekorasi anda mengikut citarasa yang diinginkan. Kalau nak buat photoshoot pun cantik di sini.

Tapi diingatkan jangan lupa kutip sampah dan bersihkan tempat sekeliling anda selepas habis acara. Barulah tempat ini kekal cantik dan bersih.

 

9. Padang MBSA Shah Alam

Tempat ini juga sesuai untuk anda jika anda inginkan kawasan yang luas dan lapang untuk menyambut birthday anda atau kenalan dan keluarga. Berlatar belakangkan Masjid Negeri Shah Alam, suasana di kawasan ini sangat indah.

Anda juga boleh menyambut hari jadi anda pada waktu malam di sini kerana malam begitu meriah dengan lampu. Cantik juga suasana pada waktu malam di sini.

 

Akhir kata

Banyak tempat menarik sambut birthday di Shah Alam. Anda boleh membuat pilihan anda dan semoga majlis yang dirancang dapat disambut dengan meriah.

Jika anda mencari tempat menarik di Shah Alam, anda boleh lihat di sini.

Leave a Comment