6 Tempat Menarik di Temerloh, Pahang (Bandar Ikan Patin)


Teringin nak pergi ke Pahang tapi tak tahu tempat-tempat yang best. Meh sini. Saya tolong awak semua listkan 6 tempat yang MESTI anda melawat. Kita try yang rare sedikit kali ini. Dah jemu tiap-tiap kali Pahang, mesti ada Genting Highland dan Cameron Highland. Haa. List kali ni akan lebih menarik dan lain daripada lain iaitu 6 tempat menarik di Temerloh, Pahang.

Tempat menarik di Temerloh

Berikut adalah antara aktivi menarik yang boleh dilakukan di Temerloh:

1. Kampungstay Desa Murni

Sebelum kita mulakan pengembaraan ke tempat-tempat seterusnya. Kita mestilah kena cari homestay dulu. Temerloh ni terkenal dengan kunikan flora dan fauna serta kehijauan bumi. Jadi, buangkan hotel daripada senarai anda. Apa yang best tentang Kampungstay Desa Murni? Pertama sekali, ia memang kampung, kampung.

Semua rumah di sini diperbuat daripada kayu sahaja seperti orang tradisional dulu. Bagi orang yang ingin keluar daripada kepompong bandar, inilah jawapannya. Tempat ini juga menawarkan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan seperti memancing, mencanting batik, bekam, urutan di spa dan bekam serta disediakan kolam renang untuk seisi keluarga.

Dah macam servis 5 star hotel tetapi harganya hanyalah RM 140+ semalam. Sangat murah dan sangat berbaloi.

 

2. Air Terjun Lata Bujang

Air terjun khas untuk Nature Lover. Jarang kita boleh jumpa sungai macam ni sebab airnya sangat bersih dan tenang jee rasa bila rendam badan kat situ. Sama juga di sini, anda boleh je tak bawa bekal sebab ada banyak gerai-gerai makanan di sekitar air terjun ni.

Dalam perjalan nak ke air terjun ni, anda akan jumpa sebuah kawasan perkhemahan Lata Bujang. Harga dia mur mur saja. Sebagai suatu peringatan, walaupun airnya tidak seberapa dalam tetapi macam mana pun mestilah berhati-hati apabila bermandi-manda di situ sebab air ni suatu yang kita tak boleh jangka.

 

3. Deerland Park

Temerloh Deerland Park

Selepas melihat kehijauan dan keindahan alam flora, jom kita bermain dengan haiwan pula. Di sini, tarikan utamanya adalah, sudah tentunya, si rusa. Yang menariknya, ada banyak spesies rusa di taman ni seperti Rusa Timur, Rusa Nilga dari India dan Itik Kayu dari Kanada.

Kemudian, ada juga binatang-binatang yang lain seperti beruang madu, burung unta, pelanduk dan juga itik. Anda juga dibolehkan untuk memberi makanan kepada rusa-rusa tersebut. Memang best untuk kanak-kanak mahupun orang tua.

Kalau ada masa untuk spent di sini, Deerland Park ada menyediakan aktiviti seperti Jungle Tracking, Belajar Memasak di Hutan, Night Walking dan Belajar Menyumpit. Rugi kalau tak melawat di sini.

 

4. Kubang Gajah Waterpark

Okay. Asyik alam hijau je. Untuk yang berminat untuk ke arah moden sedikit, saya syorkan anda ke Kubang Gajah Waterpark.

Bak kata penduduk di Temerloh, taman tema air ini sehebat Sunway Lagoon tetapi harga tiketnya sangatlah murah. Hanya RM 10 untuk orang dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak. Apa tunggu lagi, jom kita berseronok di sini.

 

5. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Lanchang, Temerloh

Kalau datang Temerloh, tak sah kalau tak pergi melawat tempat ni. Pusat ini sangat popular kerana mereka yang terlibat telah menyelamatkan gajah-gajah liar yang menjadi mangsa kekejaman pemburu haram sejak 1989 lagi.

Gajah-gajah ini dibela dan dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang agar mereka tidak rasa terancam lagi. Apa yang boleh anda buat di sini? Anda boleh berinteraksi dengan mereka dengan memberi makanan dan melihat anak-anak gajah bermain bersama-sama. Suatu pengalaman yang tidak akan anda lupakan.

 

6. Restoran Claypot Patin Tempoyak

Patin tempoyak Temerloh

Setelah selesai berkelah, bermandi-manda dan bermain, kita tamatkan perjalanan kita dengan tembakan padu ikan Patin Tempoyak. Bak pepatah Inggeris, “Save the best for the last”. Pahang, terutamanya Temerloh memang famous dengan masakan ini.

Banyak kedai dan restoran yang menjual hidang ini tetapi Restoran Claypot Patin Tempoyak adalah yang terbaik dalam pasaran. Jangan terlepas pulak ye.

 

Tempat menarik di negeri Pahang yang lain

Cameron Highlands hanyalah satu satu tempat menarik di Pahang. Langkau artikel ini untuk dapatkan maklumat percutian di tempat-tempat lain yang tidak kurang hebat tarikannya di negeri Pahang:

#1 Dalam Bahasa Melayu:

  1. Cameron Highlands: Tempat menarik di Cameron Highlands
  2. Temerloh: Tempat menarik di Temerloh

#2 Dalam Bahasa Inggeris:

  1. Bentong: Things to do in Bentong
  2. Cherating: Things to do in Cherating
  3. Bukit Tinggi: Things to do in Bukit Tinggi

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tempat menarik di Temerloh ini membantu anda merancang perjalanan.

Tak semestinya perlu pergi Kuantan untuk menikmati tempat-tempat menarik di Pahang. Sebelum sampai Kuantan atau menuju ke Cherating, anda boleh sahaja singgah dahulu di Temerloh.

Hati-hati dalam perjalanan!

Leave a Comment