Tempat Menarik di Pontian 2022 (Aktiviti Best & Makan Sedap)


Kalau anda memandu ke Johor Bahru, pasti akan nampak signboard Pontian. Kalau urusan sekejap sahaja di Johor Bahru, memang tidak sempat kalau nak singgah ke Pontian. Namun, sekiranya anda ada masa, ada banyak tempat menarik di Pontian untuk dikunjungi.

Izinkan kami berkongsi.

Tempat menarik di Pontian

Untuk makluman, Pontian merupakan salah satu daerah di dalam negeri Johor dan ibu daerah Pontian ialah Pontian Kechil. Tambahan lagi, kebanyakan kawasan di daerah Pontian ini terdiri daripada paya bakau. Di sini juga terdapat paya bakau tanpa penduduk yang kedua terbesar di dunia.

1. Taman Negara Tanjung Piai

Bila ke Pontian tempat wajib yang perlu anda lawati semestinya Taman Negara Tanjung Piai. Apa yang ada di sini? Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan di benua Asia.

Apabila sampai ke titik paling hujung di Taman Negara Tanjung Piai ini, anda akan dapat lihat Pulau Karimun di negara Indonesia dan Singapura dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, view tidaklah secantik mana. Hanya nampak hutan-hutan biasa dan kapal-kapal kargo yang berlabuh.

Nak menunjukkan betapa dekatnya Indonesia, Singapura dan Malaysia, siap boleh dapat signal handphone daripada negara-negera jiran ini.

Sekiranya anda pergi ke Tanjung Piai bermaksud anda sudah sampai ke penghujung benua Asia.

 

2. Pulau Kukup

Alang-alang dah sampai Tanjung Piai, anda boleh terus ke Pulau Kukup dengan menaiki bot. Pulau Kukup merupakan antara salah satu khazanah negara kerana di sini terletaknya kawasan paya bakau tanpa penduduk kedua terbesar di dunia.

Pulau Kukup dipenuhi dengan paya bakau. Bagi anda yang tidak pernah menyaksikan ekosistem paya bakau, anda wajib datang ke sini. Anda boleh lihat dengan lebih dekat keunikan paya bakau dan haiwan-haiwan yang terdapat di dalam hutan paya bakau.

 

3. Kopi Tenggek

Antara tempat makan sedap di Pontian ialah Kopi Tenggek.

Kopi tenggek diusahakan oleh Encik Ghazaly Ayuib, berdekatan dengan Tanjung Piai. Kopi tenggek diberi nama kerana kopi terletak di atas cawan, ditapis menggunakan penapis agar dapat merasai kopi sebenar. Rasa kopi di sini memang sedap sangat dan lain dari yang lain.

Anda mesti cuba. Selain kopi ada pelbagai hidangan lain seperti char kuey teow udang, keropok lekor cheese dan lain-lain lagi.

[su_panel]

Lokasi – 161 Kampung Serkat Tanjung Piai 82030 Pontian, Johor.
Masa operasi: 8:30 pagi – 5:30 petang (Isnin-Jumaat), 8:30 pagi – 4:30 petang (Sabtu dan Ahad)

[/su_panel]

 

4.  Selera Tradisi Catering

Hari-hari hari raya! Ya, itulah yang boleh dikatakan apabila anda masuk ke Selera Tradisi Catering ini. Sebagai salah satu tempat makan best di Pontian, semua menu yang berada di sini adalah menu raya. Yang paling menarik burasak juga ada dijual di sini di samping ketupat dan lepat.

Lauk-lauknya pula terdiri daripada rendang, kuah kacang, ayam masak merah dan lain-lain lagi. Kalau ada ibu mengandung yang mengidam lauk raya, anda dah jumpa penyelesaiannya.

[su_panel]

Lokasi: Pontian Kechil, Johor
Masa operasi: 11 pagi-6 petang (Tutup setiap hari Rabu)

[/su_panel]

 

5. Pontian Seaside (Tambak Pontian, Johor)

Tambak Pontian atau lebih dikenali dengan nama Pontian Seaside ini merupakan pilihan penduduk setempat untuk beriadah pada hujung minggu.

Anda boleh jalan-jalan di sini sambil menikmati tiupan angin pantai. Pada waktu malam Pontian Seaside lebih meriah dengan limpahan lampu-lampu dan pelbagai aktiviti yang terdapat di sini.

 

6. Sinar Eco Resort

Sekiranya anda gemarkan aktiviti lasak, anda wajib ke Sinar Eco Resort yang terletak di Pekan Nanas ini. Sinar Eco resort merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang di ubah suai menjadi tempat percutian dalam ladang terbaik untuk anda.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah menunggang kuda, menaiki ATV, menaiki ‘buggy’, memanah, menyusuri sungai menggunakan rumah bot, berkayak, berakit dan karaoke. Anda pasti tidak bosan kerana ada pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari: https://www.sinarecoresort.com

 

7. Lata Seri Pulai

Anda tercari-cari tempat untuk beristirehat di sekitar Pontian? Anda boleh ke Lata Seri Pulai yang terletak di Pekan Nanas ini. Kami pasti ini adalah tempat menarik di Pontian yang sesuai untuk kanak-kanak.

Dikelilingi ladang kelapa sawit, Lata Seri Pulai menyediakan tempat percutian terbaik untuk anda. Selain dari pemandangannya yang cantik, di sini juga terdapat tempat penginapan yang dilengkapi dengan kolam berserta slide.

Kawasannya yang luas dan selesa pastinya membuatkan percutian anda lebih bermakna. Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti memancing, menaiki ATV, barbeku dan berbasikal.

[su_panel]

Buka hari Sabtu hingga Khamis, Tutup pada setiap hari Jumaat.
Lokasi: Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Johor

[/su_panel]

 

8. El-Dhuha Campsite

Anda suka aktiviti berkhemah? El-Dhuha Campsite adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda. Tapak perkhemahan El Dhuha terletak bersebelahan Air Terjun Gunung Pulai 2 dan menawarkan tapak khemah bersebelahan jeram yang dilengkapi dengan bekalan elektrik, surau dan bilik air. Di sini terdapat juga kolam mandi dan air terjun.
Anda juga boleh datang ke sini untuk berkelah tanpa menginap. Tapi jika tiba-tiba anda nak tidur di sini, jangan risau kerana perkhidmatan sewa khemah juga disediakan.

[su_panel]

Lokasi: Jalan hutan Lipur Gunung Pulai 2, Pekan Nenas

[/su_panel]

 

9. KW Caravan Park And Cabin Stay

Tak banyak kan tempat yang mesra caravan di Malaysia? Menariknya ada satu tempat mesra caravan di Pontian! Selain mesra caravan, di sini juga terdapat 16 buah kabin yang diubah suai daripada kontena untuk anda menginap. Di KW Caravan Park ini juga ada perkhidmatan sewa serta menjual caravan.

KW Caravan Park and Cabin Stay terletak di Kawasan Benut, Pontian dan dikelilingi dusun buah. Jika anda menginap di sini pada musim buah, anda boleh terus petik buah dari pokok dan makan! Selain itu terdapat juga kolam renang di sini. Sesuai untuk anda seisi keluarga.

Memang sesuai dijadikan satu lokasi dan tempat menarik di Pontian yang sesuai untuk yang sudah berkeluarga.

[su_panel]

Lokasi: Parit Pinang, Benut
Masa operasi: Dibuka setiap hari

[/su_panel]

 

10. Haidat Fish Breeding

Bagi kaki pancing, anda boleh ke sini untuk memancing. Untuk ke Haidat Fish Breeding ni, anda perlu menaiki bot dari Terminal Feri Antarangsa Kukup untuk ke sangkar ikan berdekatan. Di Haidat Fish Breeding ini, anda boleh memancing di pelantar ikan yang disediakan. Anda juga boleh membeli pelbagai jenis ikan air masin yang di ternak di sini.

[su_panel]

Lokasi: Kukup, Pontian
Masa operasi: 8:30 pagi – 5:30 petang, dibuka setiap hari.

[/su_panel]

 

11. Muzium Bugis

Jika anda hendak pergi ke Taman Negara Tanjung Piai, anda akan melalui Muzium Bugis. Jangan lupa singgah kerana ini adalah salah satu tempat menarik di Pontian yang anda perlu lawati kerana ia banyak maklumat sejarah.

Untuk masuk ke muzium ini tiada bayaran yang dikenakan tetapi jika anda hendak memberi sumbangan ikhlas, sangat dialu-alukan.

Terletak di Kampung Teluk Kerang, Pontian, muzium ini dibina oleh orang ramai yang meminati dan menyimpan pelbagai tinggalan sejarah berkaitan orang bugis. Muzium ini dibina bagi memelihara adat resam serta sejarah masyarakat Bugis supaya dapat dipelajari dan terus diingati masyarakat moden.

Di sini tersimpan 2616 artifak bersejarah dan lebih daridapa 300 bahan sudah berusia ratusan tahun!

Yang paling menarik bahan-bahan tinggalan di dalam muzium ini adalah hasil peninggalan daripada masayarakat tempatan sendiri. Mereka kumpulkan di muzium ini dengan niat orang muda dapat terus mempelajari dan mengingati asal keturunan Bugis.

Antara koleksi menarik yang dipamerkan adalah seperti barangan dapur, pakaian tradisional, alat- alat perhiasan, serta pelbagai keris dan senjata buatan pada 1617 hingga 1836 yang digunakan oleh pahlawan serta masyarakat Bugis untuk mempertahankan diri pada zaman penjajah.

[su_panel]

Lokasi: Muzium Bugis, Taman Rekreasi Sungai Rambah, Pontian, Johor.
Masa operasi: 9 pagi – 6 petang

[/su_panel]

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan tempat menarik di Pontian ini akan memudahkan anda merancang perjalanan dan percutian.

Walaupon Pontian hanya sebahagian daripada Johor, namun terdapat pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawati dan kunjungi. Semoga artikel ini dapat membantu anda yang sedang pening tak tahu nak bawa keluarga ke mana hujung minggu ini.

Jika sudah ke Johor, jangan lupa singgah ke tempat-tempat lain di dalam negeri Johor seperti Desaru, Mersing, Kluang dan banyak-lagi.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment