Tempat Menarik Di Papar


Anda ingin mencari tempat menarik di Papar? Sebelum kami berkongsi, jom baca serba sedikit tentang Papar. Papar merupakan sebuah bandar kecil yang terletak 38 kilometer dari Kota Kinabalu. Bandar kecil ini merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu.

Selain itu, Papar juga terkenal dengan destinasi terakhir bagi laluan North Borneo Railway. Daerah ini juga terkenal dengan beberapa kawasan pelancongan kerana kawasannya yang cantik dengan alam semula jadi. Jadi, apa yang menarik di Papar? Jom baca perkongsian kami.

1. Mandalipau White Water View & Fishpond

Mandalipau White Water View & Fishpond merupakan salah satu tempat menarik di Papar yang harus anda kunjungi. Kawasan ini merupakan kawasan eko-pelancongan dan menawarkan keadaan yang tenang dan santai untuk anda. Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh buat di sini seperti berkelah, memancing, berkayak dan mandi-manda. Fasiliti di sini lengkap dengan pondok rehat, tempat barbekue, tandas dan sebagainya.

Namun diingatkan sungai di sini agak dalam, jadi jika anda ada anak kecil sila lebih berhati-hati. Di sini juga tersedia resort jika anda ingin bermalam. Bilik yang disediakan memang selesa dan berpatutan. Selain itu, di sini juga terdapat tarikannya iaitu jambatan gantung. Anda boleh bergambar kenangan dan pengalaman menaiki jambatan gantung pasti akan membuatkan anda teruja.

Anda boleh membuat booking di 013-8790994 atau berkunjung ke Facebook Mandalipau White Water View & Fishpond.

2. Restoran Abang

Dah seronok berjalan di Papar tetapi tidak tahu ingin makan di mana? Singgah di Restoran Abang, Papar ini. Restoran ini memang terkenal dengan pelbagai jenis menu dan masakan. Anda boleh memilih sama ada inginkan makanan kampung, makanan tradisi Sabah, lauk-pauk dan seafood. Antara yang sering menjadi pilihan di sini ialah seafood, nasi lemak pada waktu sarapan dan peria goreng rangupnya.

Restoran ini dibuka dari pukul 6 pagi sehingga 8 malam.

3. Melinsung Beachwalk Cafe

Antara tempat menarik di Papar ialah Melinsung Beachwalk Cafe. Mesti seronok kan makan sambil menghirup udara pantai, sambil menikmati pemandangan yang indah. Cafe ini sangat menarik jika dikunjungi untuk minum petang. Jika anda datang bersama keluarga, anda boleh membawa mereka berjalan-jalan di tepi pantai selepas minum petang. Jika anda berseorangan juga boleh juga, feeling sangat jika berjalan seorang di tepi pantai.

Cafe ini dibuka setiap hari bermula pukul 3 petang hingga 6 petang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 019-5379537.

4. Tree House Ponohuan

Inginkan pengalaman yang unik semasa berkunjung di Papar, Sabah? Pastikan anda berkunjung ke Tree House Ponohuan! Apa yang menarik di sini ialah rumahnya yang terletak di atas pokok di tepi sungai. Dengar pun memang menarik kan? Bangun pagi terus terjun ke dalam sungai. Wah! Best betul ni.

Di samping itu, terdapat juga rakit berbumbung yang disediakan di sini. Anda boleh bersantai di atas rakit ini semasa mandi-manda. Tambahan lagi, ada juga buaian di atas sungai yang disediakan. Anda boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan ini dalam suasana desa yang cantik dan damai. Pastikan anda ke sini kerana banyak aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dibuat di sini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 016-2456680 atau 017-8984272.

5. Mondikot Deer Camp

Tempat menarik di Papar yang anda harus kunjungi ialah Mondikot Deer Camp. Tapak perkhemahan ini berada di dalam kawasan yang sangat menenangkan. Dengan keluasannya seluas 10 ekar, tapak ini mempunyai sungai, berlatar belakangkan bukit-bukau dan kehijauan pastinya memberi kedamaian pada anda.

Tapak perkhemahan ini menyediakan fasiliti yang lengkap seperti dewan, khemah, tandas, dapur, pit BBQ dan ruang yang luas, sangat sesuai jika anda ingin membuat aktiviti untuk keluarga. Jika anda bukan jenis yang berkhemah tetapi inginkan suasana perkhemahan, di sini terdapat chalet yang tersedia.

Terdapat juga kolam ikan, kebun buah-buahan serta ladang haiwan yang anda boleh lawati di sini. Selain aktiviti yang mendamaikan, ada juga tersedia aktiviti untuk pengunjung yang lebih lasak. Antaranya jungle trekking, trail orienteering, berkayak, melihat burung dan bermacam lagi. Terdapat juga trail untuk pelari dan basikal.

6. Beringgis Beach Resort & Spa

Inginkan percutian yang asyik dan tenang di Papar? Anda boleh menginap di Beringgis Beach Resort & Spa. Resort ini sangat sesuai jika anda datang seorang, bersama pasangan atau keluarga. Dengan bilik yang menghadap laut, pasti seronok bangun pagi terus menghadap pemandangan yang indah.

Jika anda tidak mahukan bilik yang menghadap laut, jangan risau. Anda boleh memilih bilik yang menghadap taman. Resort ini juga memang terkenal dengan servis spa mereka yang memang first class. Bolehlah anda membelai diri anda jika sudah penat dan ingin berehat kan.

Untuk membuat tempahan dan melihat lebih lanjut, anda boleh layari Beringgis Beach Resort & Spa.

7. Pantai Manis

Pantai Manis ini merupakan pantai yang agak famous di kalangan penduduk tempatan. Kebiasaannya, mereka akan ke sini sekadar untuk bersiar-siar sambil menghirup angin pantai. Pantai Manis merupakan pantai yang tidak boleh mandi kerana infrastrukturnya. Jadi, anda hanya boleh bersiar-siar atau berjogging di sini.

8. Brunei Satay House Restaurant

Jika anda nak tahu, sate Brunei dengan sate Malaysia agak lain rasanya. Dari segi kuah dan rasanya. Jika anda ingin merasa bagaimana sate Brunei, anda boleh berkunjung ke Brunei Satay House Restaurant. Selain dari sate, restoran ini juga menyediakan pelbagai aneka masakan Brunei seperti kelupis, kuchong dan ambuyat. Kena datang ke sini untuk rasa, mesti tak rugi.

Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga 7 petang.

Akhir kata

Sekian perkongsian mengenai tempat menarik di Papar. Jika ada lagi, kami akan tambah dari semasa ke semasa. Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda membuat perancangan percutian anda.

Baca juga tempat menarik di Sabah dan tempat menarik di Kundasang untuk memberi idea kepada anda.

Selamat bercuti!

Leave a Comment