26 Tempat Menarik di Kundasang (Datang Kota Kinabalu, Mesti Singgah)


Tak lengkap percutian anda ke Kota Kinabalu jika tak jejak kaki ke Kundasang. Jadi, sambil-sambil tengok pemandangan indah Gunung Kinabalu dari bilik hotel atau homestay, jemput baca beberapa lagi tempat menarik di Kundasang yang boleh anda lawati.

Izinkan kami berkongsi.

Tempat menarik di Kundasang

1. JIC Seng Nursery

Jika anda dalam perjalanan ke “New Zealand” Sabah yang tekenal dengan lembu bertompoknya, singgahlah ke JIC Seng Nursery yang terletak tidak jauh dari kawasan popular itu. Sebuah lokasi yang sangat menarik untuk dikunjungi. Apabila anda memasuki kawasannya anda boleh menikmati keharumah bunga-bungaan yang mekar di sekitarnya.

Jika anda tertarik dengan mana-mana bunga untuk diletakkan di rumah anda sebagai hiasan, anda boleh membelinya secara terus dari nursery ini. Terdapat juga pelbagai bentuk pokok kaktus yang ditanam di sini selain bunga bunga indah.

 

2. Marakau Cabin Lodge

Jika datang ke salah satu tempat sejuk di Malaysia ini, anda pasti mahukan pengalaman unik.

Jadi, jika anda inginkan gambar berlatarbelakangkan puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu, anda boleh menginap di Marakau Cabin Lodge dengan harga bilik bermula dari RM120 dan bangun dari tidur malam yang lena untuk menikmati pemandangan.

Rekabentuk unik dan hiasan sekeliling yang sangat menarik untuk bergambar merupakan konsep kabin penginapan ini. Jadi kliklah butang kamera anda sebanyak mungkin kerana di mana-mana sudut pun, pasti ada kawasan yang cantik untuk bergambar.

 

3. Dream World Resort Kundasang

Lokasinya yang berhadapan dengan destinasi pelancongan terkenal, Desa Dairy Farm, Dream World Resort Kundasang menawarkan pengalaman penginapan yang cukup indah. Dari bilik anda juga anda akan dapat melihat Gunung Kinabalu yang megah sambil menghirup udara segar disamping menikmati suasana indah alam semula jadi.

Pada waktu pagi dan petang pula, anda disajikan dengan pemandangan matahi naik dan matahari terbenam. Hmm, banyangkan saja pun dah rasa segar bukan?

 

4. Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial merupakan sebuah memorial peperangan yang telah dibuka sejap tahun 1962. Ia didina demi mengenang banduan-banduan perang Australia, British dan masyarakat tempatan yang telah terkorban sewaktu Perand Dunia Ke-2.

Kawasan ini terbahagi kepada 4 taman berbeza, Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan dilengkapi dengan sebuah kolam menjadikannya sangat istimewa serta unik.

Apa yang menjadikan taman memorial ini lebih indah dan menenangkan adalah setiap taman ini dihiasi bunga-bungaan yang berkaitan dengan namanya seperti bunga ros di Taman Inggeris, manakala di Taman Borneo pula terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dari Sabah

 

5. Sungai Moroli Ikan Tagal Kg Luanti

Teringin untuk bermandi-manda di sungai sambil ditemani ikan-ikan yang mesra manusia? Anda boleh bermandi-manda di Sungai Morolo dimana ikan-ikannya tidak lari apabila didekati manusia.

JTapi jangan terkejut pula, apabila ikan-ikan ini menggigit-gigit kulit mati yang terdapat di badan anda. Adakah ini antara sebabnya kulit orang Sabah semuanya cantik-cantik belaka? Walaubagaimanapun, anda dilarang menangkap ikan di sini ya, walaupun hanya seekor. Janganlah merosakkan ekosistem di sini dan janganlah juga anda merosakkan persekitaran ikan tersebut.

 

6. Hamster World Ranau

Di Kundasang juga terdapat sebuah kawasan yang disediakan khas untuk hamster yang comel! Ia di hias dengan penuh keceriaan di lokasinya di Hamster World Ranau yang terletak di Kampung Kibbas.

Kawasan untuk hamster ini semua telah dihias mengikut tema kota-kota tersohor di dunia dalam size mini seperti Turki, Mesir, Perancis, Mexico dan banyak lagi. Sangat comel!

 

7. Pekan Ranau

Jika berkunjung ke Sabah, adalah wajib bagi anda untuk mengunjungi Pekan Ranau kerana di sini terletak pelbagai tarikan yang bukan setakat terkenal di Malaysia, malah di peringkat dunia.

Di sinilah terletaknya Desa Cattle juga dikenali sebagai “New Zealand” Malaysia, Gunung Kinabalu, Ladang The Sabah, Sungai Moroli dan banyak lagi. Jadi, rugi kalau tak singgah.

 

8. Taman Rose Dan Strawberry Kundasang

Kebun bunga dan strawberi yang luas ini agak mudah untuk dicari kerana terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang.

Sebaik saja anda melangkah masuk ke Taman Rose dan Strawberry Kundasang ini, anda boleh melihat sendiri kawasan penanaman buah ini. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat banyak bunga-bungaan lain seperti ros yang pelbagai warna, lili, bunga matahari, kaktus dan bermacam lagi.

 

9. Rumah Terbalik Tamparuli

Pernah bayangkan bagaimana rupanya kalau semua benda di dunia ni terbalik kecuali badan kita? Haa, cuba berkunjung ke Rumah Terbalik Tamparuli, dan nilai sendiri.

Semua benda yang berada di dalam rumah ini berada dalam keadaan terbalik. Beginilah agaknya kalau berumah di angkasa lepas.

Sebagai salah satu tempat menarik dan unik di Kundasang, anak-anak pasti suka!

 

10. Tandem Paragliding

Ingin melihat pemandangan pergunungan, perkampungan dan sawah padi dari pandangan burung? Anda boleh mencuba aktiviti tandem paragliding di Ranau Randem Paragliding yang terletak lebih kurang 108KM dari banda Kota Kinabalu dan alami sendiri pengalaman terbang seperti burung.

Walaupun hanya berada di atas awan sana hanya untuk beberapa minit, gahnya terasa seperti anda telah menawan seluruh Sabah.

 

11. Pasar Kraftangan Pekan Nabalu

Dalam perjalanan ke Pekan Kundasang, anda akan melalui pasar yang menjual pelbagai jenis barang kraftangan. Ia terletak di Pekan Nabalu dan ia sentiasa meriah. Anda boleh dapatkan pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang seperti fridge magnet, keychain, t-shirt dan banyak lagi.

Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bejet yang ketat apabila melancong ke sini. Pastikan anda menjadikan lokasi ini sebagai lokasi persinggahan anda!

 

12. Midori Homestay, Kundasang Sabah

Lagi satu penginapan yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu iaitu Midori Homestay. Lanskap sekitarnya dipenuhi rumput segar yang menghijau pasti mengasyikan.

Homestay ini juga tersedia meja dan kerusi untuk anda sekeluarga bersantai sambil menikmati pemandangan gunung di halamannya.

 

13. Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge

Tak perlu ke Mongolia kalau nak merasa pengalaman tinggal di dalam khemah mereka yang unik ini. Penginapan di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge menyediakan pengalaman tinggal di dalam khemah unik ala-ala berada di Mongolia. Tak perlu ke Mongolia pun.

Selain menawarkan penginapan yang luas di dalam khemah Mongolia, di malam hari anda sekeluarga boleh menyaksikan keindahan langit malam yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Bintang-bintang bergemerlapan seluas pemandangan di langit gelap, tambahan lagi dengan udara yang nyaman. Bawa tikar dan selimut, nikmatilah pemandangan ini, pasti membuatkan anda lupa dengan masalah yang di alami dalam hidup.

 

14. Ladang Teh Sabah

Ditengah-tengah hutan yang berusia 130 juta tahun, terletak Ladang Teh Sabah yang menawarkan pemandangan yang tidak dapat ditandingi dilengkapi pula dengan udara segar kawasan pergunungan, ia merupakan ladang the organic yang seumpanya di Kepulauan Borneo.

Di samping keindahan panorama, terdapat juga aktiviti menarik yang dapat dilakukan oleh anda dan keluarga sepergi mendaki Bukit Kamunsu, berjalan di waktu malam untuk melihat haiwan unik dan bermacam lagi.

Berada di ketinggian 2272 kaki dari aras laut, anda boleh menikmati teh segar dan juga pankek teh ynag hanya esklusif di ladang ini saja.

 

15. Mesilou Cat’s Village

Anda pencinta kucing dan sekarang sedang merindui kucing kesayangan anda sendiri di rumah? Bolehlah berkunjung ke Mesilou Cat’s village yang terletak di Kampung Mesilou Kundasang. Ia merupakan tarikan baru di negeri Sabah.

Sekiranya anda ke sini dari Pekan Kundasang, masa yang diambil untuk tiba ke tarikan ini hanyalah dalam sekitar 16 minit atau 5.7 km sahaja.

Menjadi rumah kepada lebih 100 ekor kucing, pasti saja ada yang akan datang dan bertegur sapa dengan anda. Dengan pelbagai baka kucing menarik dari kucing lokal hingga ke baka yang mahal, anda pasti tidak menang tangan nak layan semua.

Selain itu, terdapat juga banyak tempat yang selesa untuk kucing bersantai dan bermain yang dihias dengan pelbagai cara. Sekaligus, boleh la ciduk idea untuk taman khas atau rumah kucing anda sendiri nanti.

 

16. J.S Nursery Kundasang

Sabah dan bunga-bunga segar tidak boleh dipisahkan, mana tidaknya, udara yang segar dan sejuk sangatlah sesuai untuk penanaman pelbagai jenis tumbuhan yang indah. Tapi di mana nak cari pokok-pokok bunga yang pelbagai ini?

Sekiranya anda peminal flora, anda harus mengunjungi nursery ini kerasa terdapat pelbagai jenis pokok bunga dan kaktus yang anda boleh beli dan bawa balik untuk ditanam semula di rumah.

 

17. Mount Kinabalu Holiday Camp

Jangan tersilap, Mount Kinabali Holiday Camp merupakan tapak perkhemahan dan bukannya rumah penginapan ya. Jika anda ke sini, bawa kelengkapan yang cukup untuk digunakan sepanjang waktu perkhemahan anda. Sekali-sekala kita cuba sesuatu yang berbeza bersama keluarga, satu memori yang sukar dilupakan.

Pemandangan indah langit malam yang meriah dengan kerlipan bintang dan pemandangan matahari terbit dan terbenam pasti memberi pengalaman yang lain dari yang lain disertakan dengan udara segar di tapak perkhemahan ini. Fuh, pasti segar badan dan minda.

 

18. Mount Kinabalu Heritage & Spa

Bukan sahaja anda akan dapat melihat sekitar Pekan Kundasang, anda juga dapat melihat batasan Gunung Kinabali dari Mount Kinabalu Heritage & Spa ini. Pasti menenangkan hati dan fikiran sambil menghirup udara yang yang segar.

 

19. Air Terjun Kipungit

Air Terjun Kipungit menawarkan pemandangan yang mempersona dengan kawasan air terjunnya yang jernih ini.

Rendamkan kaki anda di dalam air sungai sambil menikmati pemandangan dan menerima kedatangan ikan-ikan kecik yang akan memakan kulit mati di kaki anda. Ya, pengalaman yang sama seperti di Tagal Moroli, tapi di sini, anda boleh bersantai selama yang mungkin.

Anda juga boleh berbbq bersama rakan atau keluarga sambil-sambil bersantai di kawasan air terjun ini. Ahh, tenang betul di sini kan?

Untuk menuju ke sini, anda hanya perlu menempuh perjalanan sepanjang sekitar 400 meter sahaja.

 

20. Puncak Borneo Resort

Dari kawasan Puncak Borneo Resort, anda dapat menikmati keindahan pemandangan gunung dengan bayu angin yang segar dan sejuk mengusap kulit.

Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh mencuba sup tulang di restoran resort, sangat sesuai untuk dimakan dalam cuaca yang sesejuk ini.

Lokasi resort ini juga sangat sempurna, antara destinasi yang mudah untuk anda sekeluarga lawati dari resort ini adalah Kolam Air Panas Poring, Desa Dairy Farm, Arnab Village dan banyak lagi.

 

21. Kolam Air Panas Poring

Tempat menarik di Kundasang yang boleh kita mandi-manda ialah Kolam Air Panas Poring.

Terletak di kawasan tanah rendah, Kolam Air Panas Poring bukanlah kolam air biasa, kolam air panas semulajadi ini kaya dengan kandungan sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan dan dapat memberikan kesegaran badan serta melegakan sendi yang lenguh.

Kolam ini cukup sesuai bagi mereka yang ingin menghilangkan lelah setelah mendaki Gunung Kinabalu, boleh hilang sengal-sengal badan. Untuk pengetahuan anda, kawasan kolam air panas ini dibina oleh penjajah Jepun, lihat sahaja kawasan di sekitarnya yang ditumbuhi pepohon buluh, tak ubah seperti di Jepun.

Bagi mereka yang lebih suka bermandi-manda dalam air sejuk, anda boleh memilih untuk mandi di 2 buah kolam lain yang diairi air dari gunung. Manakala bagi mereka yang ingin lebih privasi bersama keluarga, anda boleh memilih untuk bermandian di kolam tertutup yang disediakan.

 

22. Hounon Ridge Farmstay & Camping

Malaysia ke ni? Macam bukan, tapi ya. Keindahan alam di Huonon Ridge Farmstay & Camping ini, memang menggamit betul. Lihat sajalah dengan rumput yang menghijau ini dan pemandangan bukit-bukau dan gunung-gunung yang gah, anda pun mesti taknak balik ke rumah anda sendiri nanti.

Jika anda ingi mengadakan bbq bersama rakan, fasiliti tersebut ada disediakan tetapi, anda haru membawa arang dan bahan-bahan anda sendiri.

Selepas kenyang makan bbq, anda boleh juga berjalan di sekilar farmstay ini dan menikmati keindahan taman yang dihiasi pelbagai jenis bunga. Bawa kamera anda bersama untuk bergambar!

 

23. Desa Cattle Dairy Farm

Antara tempat menarik di Kundasang yang mesti anda lawati ialah Desa Cattle Dairy Farm. Datang ke sini, seakan-akan berada di New Zealand.

Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu dan sering dikenali sebagai New Zealand di negara Malaysia, Desa Cattle Dairy Farm menghidangkan pemandangan sekitarnya sangat menyejukkan mata. Ladang lembu yang berkeluasan 199 hektar ini juga dipenuhi dengan baka-baka lembu yang didatangkan dari New Zealand.

Anda boleh mendekati lembu-lembu ini dengan memberikan mereka susu di dalam botol dan belajar bagaimana susu lembu diperah. Bukan setakat lembu yang ada di sini, kambing pun ada untuk anda cuba berikan makanan dan berkenalan. Pasti akan menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga.

Sudah puas melihat pemandangan dan beraktiviti, jangan lupa untuk mencuba susu segar, ais krim dan juga yogurt yang dihasilkan di ladang ini. Rasai kesegarannya di setiap suapan.

 

24. Sabah Tea

Kalau orang semenanjung, kita ada Cameron Highlands, di Sabah, mereka ada Sabah Tea! Ia merupakan antara lokasi wajib lawat apabila berkunjung ke negeri di bawah bayu ini.

Di sini, terdapat pelbagai pakej menarik yang ditawarkan yang merangkumi tempat penginapan, canopy walk, restoran, kedai teh dan lain-lain lagi.

Di kedai teh mereka, terdapat pelbagai produk asli daripada sekitar Borneo  seperti kopi Tenom, herba, batik sarong, lada hitam, asam boi dan sebagainya.

Dah puas beraktiviti, anda boleh menikmati pelbagai jenis teh dan minuman lain yang ditawarkan di kafenya. Andai kata anda nak cuba antara hidangan yang terkenal di sini, anda boleh mencuba Sabah Tea Pandan teh tariknya dan juga penkek teh. Memang rugi tak rasa!

 

25. Tugu Nunuk Ragang

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenati asal-usul etnik Kadazan-Dusun yang merupakan etnik terbesar di Sabah. Kunjungi Tugu Nunuk Ragang, dan anda boleh dapatkan info lebih lanjut.

Nunuk Ragang dikatakan bermaksud “Pohon Ara Merah” dimana ia merupakan tempat asal nenek moyang mereka. Terdapat 2 batang sungai yang terletak tidak jauh dari Nunuk Ragang iaitu Sungai Gelibang dan Sungai Liwagu yang dipercayai menjadi lokasi pemindahan masyarakat Kadazan Dusun suatu waktu dahulu.

 

26. Mesilau Nature Resort

Anda boleh menikmati keindahan flora dan fauna di Mesilau Nature Resort ini. Kawasan ini selalu diliputi kabus dan berudara nyaman menjadikannya lokasi yang begitu indah sekali.

Sekiranya anda menetap di sini, anda boleh merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga termasuklah merentas hutan.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tempat menarik di Kundasang ini akan memudahkan urusan percutian anda.

Percayalah, orang Sabah semuanya baik-baik!

Leave a Comment