Tarikh Pembayaran i-Sinar (Bayaran September 2021, Diawalkan)


Pihak KWSP telah membuat pengumuman di laman Facebook bahawa bayaran i-Sinar bagi bulan September 2021 akan diawalkan. Ini adalah satu berita baik di mana tarikh pembayaran i-Sinar akan dipercepatkan iaitu bermula pada 26 Ogos 2021.

 

[su_note]

Kemaskini:

  • Bayaran i-Sinar bagi bulan September 2021 akan diawalkan bermula 26 Ogos 2021
  • Sila dapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun
  • Hubungi 03-8922 4848 jika ada pertanyaan lanjut
  • Untuk i-Citra pula, sila rujuk artikel i-Citra Bila Masuk

[/su_note]

1. Pengumuman tarikh pembayaran i-Sinar September 2021 yang diawalkan oleh KWSP

 

2. Berapa lama perlu tunggu duit i-Sinar bila masuk dalam akaun?

Pembayaran duit iSinar akan dilakukan dalam masa 1-5 hari.

Langkah pertama, pihak KWSP perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu. Langkah kedua, bank pula akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun anda. Perkara sebegini bukannya boleh dibuat sekelip mata. Semuanya mengambil masa.

Contoh proses transfer duit i-Sinar adalah seperti berikut:

  1. Katakan penerima adalah Zaki
  2. Zaki ada akaun Agrobank
  3. Pihak KWSP akan transfer duit kesemua penerima iSinar yang menggunakan Agrobank pada 26 Ogos 2021
  4. Pihak Agrobank terima pada hari yang sama
  5. Pada keesokan harinya iaitu 27 Ogos 2021, pihak Agrobank transfer duit i-Sinar ke akaun bank Zaki
  6. Zaki dan kesemua penerima i-Sinar yang menerima pembayaran melalui Agrobank akan mendapat bayaran
  7. Tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 1 hari sahaja

Sila ambil mkalum bahawa apa yang diterangkan di atas adalah contoh sahaja. Proses mungkin mengambil masa yang lebih lama, bergantung kepada tempoh pemprosesan.

 

3. Bayaran i-Sinar, masuk bank mana?

Sila ambil perhatian bahawa KWSP tidak akan memberikan wang tunai untuk tujuan pembayaran i-Sinar. Duit anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda pilih mengikut tarikh pembayarn i-Sinar yang telah ditetapkan.

Berikut ialah senarai bank-bank yang tersenarai:

  • Affin Bank Berhad
  • Agrobank
  • Al Rajhi Bank (M) Berhad
  • Alliance Bank
  • Ambank (M) Berhad
  • Bank Muamalat (M) Berhad
  • Bank Rakyat
  • Bank Islam (M) Berhad
  • BSN
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • EON Bank Berhad
  • HSBC Bank (M) Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • OCBC Bank (M) Bhd
  • Public Bank Bhd
  • RHB Bank BHd
  • Standar Chartered
  • UOB (M) Bhd

Jangan simpan maklumat tentang bila i-Sinar masuk seorang diri. Jika duit i-Sinar anda sudah masuk ke dalam akaun, mohon kongsikan di ruangan komen.

 

4. Berapa jumlah duit i-Sinar yang akan dikreditkan?

Pengkreditan adalah bergantung kepada amaun yang anda mohon tempohari.

Bagi yang terlupa, berikut ialah maklumat pengeluaran dan pembayaran i-Sinar:

a) Kategori baki > RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika anda mempunyai baki duit KWSP lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, anda boleh buat pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.
  • Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan
  • Jadi anda akan terima RM10,000 dahulu dan bulan seterusnya ialah RM10,000 setiap bulan.

 

Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000

  • Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM100,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM10,000 sahaja melalui iSinar KWSP. Kenapa cuma RM10,000? Ini kerana jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan cuma RM10,000 sahaja.
  • Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM500,000 dalam Akaun 1, anda dibenarkan untuk mengeluarkan RM50,000. Ini kerana 10% dari RM500,00 ialah RM50,000. Itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM800,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM60,000 juga. Tapi, 10% dari RM800,000 kan RM80,00? Kenapa tak boleh keluarkan sebanyak itu? Seperti dimaklumkan, ini kerana RM60,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.

 

b) Kategori baki < RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika anda mempunyai baki duit KWSP RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM9,000 sahaja.
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.
  • Jadi, anda anda menerima bayaran pertama sebanyak RM4,000 dan seterusnya RM1,000 setiap bulan.

 

Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000

  • Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM4,500 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM4,400 sahaja melalui iSinar KWSP. Ini kerana baki minimum dalam akaun yang perlu ditinggalkan ialah RM100.
  • Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM10,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM9,000 sahaja. Ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM80,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM9,000 juga. Seperti dimaklumkan, ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.

 

Maklumat lanjut berkenaan iSinar

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai, permohonan, kemaskini, semakan, tarikh bayaran i-Sinar atau apa-apa sahaja persoalan yang masih belum ada jawapan, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran i-Sinar ini dapat melegakan hati anda. Bila sudah dapat duit nanti, jangan berbelanja sesuka hati. Simpan untuk masa depan.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Tarikh Pembayaran i-Sinar (Bayaran September 2021, Diawalkan)”

  1. selamat Petang..
    Disini saya ingin bertanyakan mengapa duit i-sinar saya sampai tarikh ini 1 September 2021 masih belum diterima.

    Reply

Leave a Comment