Sushi King Halal atau Tidak? (Ini Semakan dari Halal JAKIM)


Sushi King merupakan franchise sushi terbesar di Malaysia. Boleh dikatakan outlet mereka sudah hampir berada di setiap negeri. Namun, sama seperti persoalan Sakae Sushi halal atau tidak, yang menjadi tanda-tanya seterusnya ialah adakah Sushi King halal atau tidak?

Izinkan kami berkongsi.

Cawangan Sushi King

Rangkaian Sushi King semakin berkembang di Malaysia dan kedudukan mereka sebagai rangkaian makanan Jepun yang popular di Malaysia iaitu masih lagi belum tergugat.

Berikut merupakan antara beberapa lokasi Sushi King di Selangor:

  • Ampang Point
  • AEON Taman Equine
  • IOI Mall
  • Metro Point Kajang
  • One Utama
  • The Mines
  • Setia City Mall
  • Subang Parade
  • Tesco Puchong
  • Tesco Klang
  • Sunway Pyramid
  • AEON Rawang
  • AEON Bukit Raja
  • Bangi Gateway
  • SACC Mall
  • Mitsui Outlet Park
  • Star Avenue
  • AEON Shah Alam
  • D’Pulze
  • AEON Cheras Selatang
  • Paradigm Mall
  • Evo Bangi
  • Central Plaza i-City
  • The Curve
  • KLIA2
  • Tropicana Garden

 

Semakan di JAKIM halal.gov.my

Semakan Sakae Sushi di Halal JAKIM

Semakan di laman sesawang Portal Rasmi Halal Malaysia, www.halal.gov.my mendapati Sushi King sememangnya mendapat status halal dari JAKIM.

Untuk kepastian, anda boleh pergi ke laman web dan masukkan carian “sushi”. Anda akan mendapati bahawa cuma ada dua sahaja jenama sushi yang mendapat pensijilan halal iaitu Nippon Sushi dan Sushi King.

 

Jawapan Bahagian Hab Halal JAKIM tentang status halal Sushi King

Ramai peminat-peminat makanan Jepun di Malaysia terutamanya yang beragama Islam tertanya-tanya tentang masalah ini.

Ia berpunca dari mesej Whatsapp yang tular, sehinggakan pihak sebenarnya.my mengeluarkan kenyataan untuk menjawab persoalan ini.

Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan, JAKIM menerusi laman Facebook rasmi Hab Halal JAKIM telah mengesahkan bahawa Sushi King di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Sushi King Hab Halal JAKIM

 

Soalan:

Adakah Sushi King memiliki Sijil Halal?

Jawapan:

Untuk makluman, premis makanan Sushi King di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Untuk sebarang persoalan dan maklum balas berkenaan info-info halal boleh layari FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://facebook.com/HabHalalJakim/

 

 

Jangan makan jenama sushi yang diragui

Jadi seperti biasa, jika sesebuah premis itu tiada halal berautoriti, kami tetap dengan pendirian kami. Apa yang masuk dan menjadi darah daging kami. Tinggalkan apa yang diragui.

Mungkin boleh beralih kepada jenama Sushi King atau Nippon Sushi yang disenaraikan halal oleh JAKIM.

Nasihat kami, buat masa ini tinggalkan dulu Empire Sushi dan juga Sakae Sushi.

Tepuk dada tanya selera!

Terjemahan hadith :

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh banyak manusia. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.

Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya.

Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati ” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian Sushi King halal atau tidak ini dapat menjelaskan apa yang anda ragu-ragu.

Kalau anda mahu ke Jepun untuk menikmati sushi yang sebenar menaiki penerbangan Air Asia, jangan lupa baca cara check in Air Asia.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment