Kemaskini STR


Kemaskini STR adalah perlu kerana kerajaan memerlukan data yang terkini daripada pemohon. Bukan itu sahaja, anda perlu update maklumat terbaru dalam portal rasmi Bantuan Tunai Hasil untuk memudahkan kerajaan membuat keputusan siapa yang layak mendapat bantuan dan siapa yang tidak layak.

Mana-mana pemohon yang pernah dapat bantuan BKM 2022, tetapi tidak dapat STR juga boleh cuba kemaskini. Dalam artikel ini kami akan kongsikan satu persatu.

Macam mana cara kemaskini STR?

Berikut ialah cara untuk mengemaskini Sumbangan Tunai Rahmah:

  1. Layari portal rasmi untuk login STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  7. Masukkan Kata Laluan anda
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  10. Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  11. Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan
  12.  Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
  13. Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak
  14. Selesai

Apa yang perlu dikemaskini dalam STR?

Bukan semua maklumat perlu dikemaskini dalam portal Sumbangan Tunai Rahmah. Hanya ada beberapa sahaja yang perlu dikemaskini.

Antaranya ialah:

Nombor akaun bank

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini STR
  • Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat dimasukkan

Status perkahwinan

  • Jika anda sudah berkahwin, sila kemaskini
  • Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah
  • Bagi yang berstatus, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.

Nombor telefon

  • Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini STR
  • Jika gagal untuk kemaskini STR dengan nombor telefon yang baru, akan ada masalah
  • Anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

Maklumat anak

  • Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini STR juga

Hanya selepas proses kemaskini diterima oleh pihak LHDN, barulah anda boleh buat semakan STR 2023 untuk melihat status samada lulus atau tidak.

Macam mana nak hubungi STR?

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon STR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran STR, permohonan STR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Waktu operasi talian hotline STR ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara kemaskini STR ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

13 thoughts on “Kemaskini STR”

  1. Macam mana yer nak tukar status bujang pergi ke (kahwin)dan nak tukar no telefon yang lama ke (baharu)?Saya dah cuba update tapi tak boleh.

    Reply
  2. Hi, thanks for sharing. Tapi bila saya buka takde pun pilihan untuk kemaskini permohonan. saya nak tukar status perkahwinan

    Reply
  3. kenapa bila kita kemaskini dari bujang kepada sudah berkhawin bila at bahagian no ic pasangan terus akan keluar no yang anda masukkan telah mempunyai acc sila semak semula no ic anda atau pasangan…mmg la pasangan sye sudah sbb ni yg nk tukar status msing2 dah x boleh nk kemaskini.

    Reply
  4. memang x boleh nak kemaskini status perkahwinan sbb bila nak isi ic pasangan…dikatanya i/c telah wujud…nak kena g lhdn buat permohonan baru pulak…sekarang kat lhdn orang ramai…masa sebulan terlalu singkat bg org yang ingat boleh kemaskini secara online..sekarang masih ada lagi yg x dpt kemaskini…nak wakil ambil borang kena ada ic lg bahaya..

    Reply
  5. tukar status perkahwinan dari bujang ke berkahwin, tetapi keluar maklumat pasangan telah wujud di permohonan lain. Nak macam mana kemaskini?

    Reply
  6. Suami sy stts bujng masih . Saya pula masih sttus ibu tunggal ..Kmi msing2 tidak lulus str fasa 3 .. Ada ka msa bulan 7 buat rayuan saya saja buat rayuan .. Suami tak pyh ?

    Reply

Leave a Comment