STR eBelia


Ramai yang keliru adakah bantuan STR eBelia ini adalah layak untuk semua pelajar di institusi pengajian tinggi.

Mari kita lihat sama-sama adakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah sama dengan eBelia Rahmah atau tidak.

Apa beza STR dan eBelia?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak sahaja.

Manakala eBelia Rahmah pula adalah satu inisiatif kerajaan yang memberikan bantuan untuk pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang layak sahaja mengikut umur.

Jadi, tidak ada istilah STR eBelia kerana ini mengelirukan masyarakat umum.

STR adalah Sumbangan Tunai Rahmah. eBelia Rahmah adalah bantuan untuk pelajar universiti. Kedua-duanya tidak sama.

Bila boleh mohon eBelia?

Mereka boleh mula memohon kredit eWallet RM200 mereka pada hari Isnin, 26 Jun 2023 di bawah program eBeliaRahmah (dahulunya dikenali sebagai eTunai Belia Rahmah).

Siapakah yang layak untuk mendapatkan kredi eBelia Rahmah sebanyak RM200?

Program eBelia Rahmah hanya untuk warganegara Malaysia yang memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2023 (rakyat Malaysia yang lahir dari tahun 2003 hingga 2005)
  • Pelajar sepenuh masa yang belajar di institusi pengajian tinggi berdaftar di Malaysia dengan status aktif sebelum 30 April 2023.
  • Program ini dijangka memberi manfaat kepada 2 juta belia di negara ini.
  • Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2002) tidak layak.
  • Pelajar yang baru memulakan pengajian mereka tahun ini tetapi telah mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa sebelum 30 April 2023 layak untuk menebus.

Macam mana nak tebus kredit RM200 eBelia Rahmah?

Untuk inisiatif ini, hanya terdapat tiga penyedia eWallet yang disokong. Kredit eWallet RM200 sekali ini boleh ditebus dari eWallet berikut:

eWalletMakluman
BoostPastikan anda sudah ada akaun Boost. Jika belum, rujuk cara daftar Boost
SetelPastikan anda sudah ada akaun Setel. Jika belum, rujuk cara daftar Setel
Touch ‘n Go eWalletPastikan anda sudah ada akaun Touch ‘n Go. Jika belum, rujuk cara daftar Touch n Go
Senarai eWallet yang dilantik kerajaan untuk menguruskan pembayaran eBelia Rahmah

Pengguna perlu mengesahkan akaun eWallet mereka melalui proses Know Your Customer (eKYC) sebelum mereka boleh menebus kredit.

Yang menjadi tanda tanya, bantuan eWallet sebelum ini disokong oleh penyedia seperti BigPay, Grab dan Shopee semasa program ePemula tahun lalu. Namun, pada tahun ini, mereka tidak tersenarai.

Selain daripada kredit eWallet RM200, penyedia eWallet akan menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucer, cashback atau mata ganjaran sepanjang program.

Ingat, anda hanya boleh menebus kredit eWallet RM200 sekali daripada salah satu daripada tiga eWallet yang tersenarai.

Bila boleh tebus eBelia Rahmah yang berjumlah RM200?

Menurut Kementerian Kewangan, penerima yang layak boleh memohon untuk menebus kredit bermula dari jam 8.00 pagi pada hari Isnin, 26 Jun 2023.

Penebusan kredit eWallet RM200 akan disediakan dari 26 Jun hingga 22 Ogos 2023. RM200 akan dikreditkan dalam tempoh 3 hari selepas permohonan.

Kredit RM200 eBelia Rahmah ada tarikh luput atau tidak?

Ya, kredit RM200 eBelia ini memang ada tarikh luput.

Mana-mana kredit RM200 yang sudah ditebus hanya boleh dibelanjakan melalui saluran luar talian sehingga 11:59 malam pada 31 Ogos 2023.

Apa yang boleh dibeli dengan kredit eBelia Rahmah ini?

Perlu diingatkan, anda tidak boleh menggunakannya untuk transaksi dalam talian, pembayaran bil dan permainan dalam aplikasi, pemindahan sesama rakan, pembayaran tempat letak kereta dan tol.

Boleh transfer kredit eBelia ke GrabPay, ShopeePay dan BigPay tak?

Tidak boleh. Anda tidak boleh memindahkan kredit RM200 ke akaun eWallet lain.

Ketiga-tiga penyedia eWallet yang disokong – Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet, membolehkan pengguna untuk mengimbas dan membayar menggunakan kod QR DuitNow.

Baki yang tinggal daripada kredit eBeliaRahmah RM200 akan luput selepas tamat tempoh yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat laman eBelia Rahmah di laman web Kementerian Kewangan.

Categories STR

Leave a Comment