SSD Hosting Malaysia (VPS) vs Shared Hosting (Mana Lebih Baik?)

Banyak cloud hosting sekarang sudah guna SSD. Tapi, masih ramai yang guna shared hosting lagi. Kami faham, memang susah nak pilih web hosting terbaik di Malaysia kalau tak ada ilmu dan pengalaman. Jadi, izinkan kami kongsi berkenaan SSD hosting di Malaysia dan juga Singapura.

1. VPS hosting guna SSD atau shared hosting di Malaysia?

Kau mesti kata VPS mahal kan? Susah nak manage bagai, sebab kau kata kau tak pandai Linux.

Nanti kalau jadi apa-apa, susah.

Tunggu dulu, jangan cepat sangat kata mahal. Jangan cepat sangat kata susah.

Kalau kau tak rasa susah, macam mana nak rasa manisnya? Ewah…

Tujuan aku kongsi bukan nak tutup periuk nasi mana-mana syarikat hosting. Cuma sekadar bagi pilihan pada kau. Akhirnya, keputusan di tangan kau, bukan aku.

Aku akan jelaskan dari 2 sudut ini sahaja

 

2. Harga SSD VPS hosting di Malaysia vs shared hosting

Kau ingat shared hosting murah? Kalau kau beli reseller akaun sekalipun, kau tetap akan kena bayar setahun terus. Akhirnya, bila di tengah-tengah, bila kau dah fed-up dengan hosting itu yang mungkin tak dapat selesaikan masalah yang kau hantar pada support, kau pun terminate.

Refund? Mungkin dapat, mungkin tidak.

Jadi VPS murah?

Aku tak kata murah. Tapi, harga biasanya bermula dengan harga $5. Lima dollar. Kau kalikan dengan 4 (ikut kadar tukaran matawang), harga lebih kurang RM20.

Harga lebih kurang sama macam kau minum Starbucks Green Tea Ice Blended saiz Venti.

 

3. Pengurusan SSD hosting complicated?

Ya, aku tahu kau dah selesa dengan cPanel. Kalau tak ada cPanel, kau rasa hidup kau serabut. Susah nak manage itu ini.

Kau tahu tak, kalau kau guna cPanel, ia akan beberapa peratus dari RAM, CPU dan hard disk space kau. End-up, jadi kurang.

Senang nak manage, mungkin. Tapi dari perspektif kuasa VPS tersebut, mungkin kurang.

Kau akan kata, “Memanglah aku guan cPanel. Tapi aku ada root access, semua aku boleh buat”.

Memanglah kau boleh guna root untuk rm -rf / server kau (sila jangan cuba command tadi, kau akan menyesal seumur hidup); tapi kau akan belajar lebih lagi kalau kau guna VPS.

Susah aku nak terangkan. Kau kena cuba dulu. Aku berani cakap, suatu hari nanti kau akan bangga dengan diri kau kerana pandai bermain dengan command Linux, walaupun kau cuma Google.

Lagi satu, dengan adanya One Click Install dari banyak penyedia hosting, kerja jadi semakin mudah. Dulu-dulu, siap kena download Wordpress, upload, edit config. Letih.

Sekarang, semuanya jadi mudah.

Laju pun laju. Cuba sekali gtmetrix nanti.

Dan lagi, siap ada pilihan untuk backup & snapshot. Kalau jadi apa-apa, restore sahaja. Apa susah?

 

4. Hosting apa yang bagus dan terbaik?

Ramai antara kita suka guna Digital Ocean.

Link aku tak letak sini, kau cari sendiri.

Aku tak letak pun link affiliate untuk makan komisen.

Jangan risau.

Tapi antara lain yang bagus ialah Vultr.

Satu lagi yang tak ramai aku dengar orang guna, Linode.

Kalau kau rasa aca-acah enterprise punya company, kau boleh cuba Amazon AWS.

Alibaba Cloud pun boleh.

Cuma aku tak minat guna yang enterprise. Banyak sangat configurations. Pening kepala aku.

 

5. Jadi, shared atau VPS hosting?

Seperti yang aku cerita di atas, kalau kau nak rasa mudah, gunalah shared hosting. cPanel boleh buat macam-macam.

Tapi kalau kau rasa nak jadi superhero, cuba macam-macam dan ada keberanian, silalah cuba VPS.

Cuma percayalah kata aku, bila kau dah mula merasa betapa indahnya kelajuan dengan VPS, kau tak akan berpatah balik.

Terima kasih banyak-banyak sudi membaca!


Lagi Artikel Tentang Blog ↓

Leave a Comment